Monday, December 24, 2012



Bismillahirrahmanirrahim..

Kata Beliau:

"FOR ME U ARE MOST VALUABLE PERSON THAT I LUV THE MOST"

Alhamdulillah..

:) :) :) :) :) :)

senyum sampai telinga.

hekhekhek.


motif post macam ni?

TERHARU TAHU TAK?
kbai.


Thursday, October 25, 2012

.Bismillahirrahmanirrahim.


" Berdiam kadangkala lebih baik daripada berkata-kata. Benar. Tapi jangan sampai makan diri sendiri "



Luvs,

Friday, September 14, 2012

BICARA HATI

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Ah, terkubur lagi. Kenapa mesti begini. Idea yang datang selalu saja berlari kesana kemari. Lantas hilang tanpa mampu dijejaki. Lantas bagaimana harus aku menconteng di sini. Adoi, sakitnya hati. eh.

Oh, kita manusia sentiasa mahu bicara, terkadang bicara tanpa makna. Atau terkadang bicara dusta. Atau mungkin juga bicara cinta. ewah. cinta pulak kan. Boleh saja kalau mahu berbicara asal ada isinya. Atau kalau tdak punya isinya, biarlah tidak sampai menyakitkan hati sesiapa. mudah bukan?

Eh, tidak tidak, siapa kata mudah begitu saja? Bukankah manusia, yakni, kita, hatinya lain-lain, perasaannya juga sudah tentu lain-lain. Kau fikir mudah untuk menjaga hati orang yang lain-lain? Kalau kita cuba berbicara gaya 'A' dengan CIK TIPAH yang berdarah "A", dan CIK TIPAH suka, cuba kau cakap gaya "A" dengan CIK MINAH yang berdarah "B". Kalau dia tak buat dekk je dengan kau, silap haribulan putus kawan sebulan. Faham tak analogi suka-suka hati ini?

andai tak faham, tak mengapa. mungkin perlukan kepada bacaan berulang kali. makulumla, ini karangan kanak-kanak berumur 7 tahun lagaknya. aturan ayatnya tiada. mengikut jari yang pantas menaip. maka, anda harus bersabar.

maka kesimpulannya, jangan disimpulkan bicara kita. budi bahas budaya kita. selami hati, hiasi peribadi, berdiri di atas bakat sendiri. eh. bukan.

bicara hati pada hati sendiri, bicaralah apa saja, tapi bicara dari hati kita ke hati manusia lain, seperti CIK MINAH, perlukan sedikit kajian. terlajak perahu boleh reverse, terlajak bicara kena belasah.


BICARA NASI LEMAK? Ohhh.drooling  =p~


sekian.
thanks for reading

LUVS,

Wednesday, July 18, 2012

Tajuk hari ni ialah Aaron Aziz


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Hari ini hari Rabu, bersamaan 18haribulanJulai2012 bersamaan juga 28Syaaban1433Hijrah.

Hari ini adalah hari kelahiran Aaron Aziz. eh? suka-suka hati aku je kan nak bagi hari lahir dia hari ni. marah pulak kipasusahmati beliau.

Semoga Aaron Aziz sentiasa sehat, dipanjangkan umur dan bertambah tambah hensem.

Saya tujukan lagu selamat harijadi kepada Aaron Aziz. Semoga terhibur. Psstt.. ce la google lagu epi besday kat youtube, ai tujukan semua lagu tu untuk yu.

ok bai.

motif?

tak ada motif, cuma rindu kat Aaron Aziz. ahaks.  sila bagi pelempang sedas.

"Berusahalah ke arah kebaikan, niat kerana Allah, InsyaAllah, pasti ada ganjaran"


 
conteng-conteng kaki;
Baru perasaan banyak betul things yang tak berfungsi dengan hebat. Ahh, tulah dah lama sangat tak menconteng. So ketinggalan zaman kan. Kena fix balik ni supaya jadi hebat. ahaks. nak bajet hebat sekali sekala. -____-"



Loves,

Monday, May 14, 2012

SIMPUL-SIMPUL KEHIDUPAN


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Duduk termenung, duduk tersipu, duduk terkesima, sambil berputar-putar segala macam hal dalam minda..
Bersimpul-simpul rupanya kehidupan ini...

Untuk merungkai satu persatu simpulan-simpulan  kehidupan bukanlah mudah
Kerana ia memerlukan strategi yang maha hebat
Mungkin, jika anda berotak kreatif lagi genius, mudah untuk merungkai
Tapi, bagi yang berotak agak lem lem.. ohh, tekanan dirasakan..
Bagaimana kalau begini, bagaimana kalau begitu, bagaimana kalau begitu begini..
Adehhh,  rumit.. bukan terungkai simpulan, makin bersimpul-simpul jadinya nanti..parahh parah.. :)

Dalam kita brserabut begitu begini itu ini, kita kadang-kadang lupa..
Ye, LUPA, LEKA, LALAI, ALPA..

LUPA sebenarnya simpulan-simpulan kehidupan ini siapa yang jadikan..
LEKA dengan benang lurus yang kita pernah ada, dan kita ambil mudah..
LALAI untuk mengambil berat bagaimana mengekalkan benang kehidupan ini supaya kekal lurus..

Tapi, sudah dinamakan 'Benang'.. mana mungkin Benang mampu untuk kekal lurus..
Benang itu sifatnya lembut,mudah  berubah bentuk, mudah juga bersimpul-simpul..
Silap cara, Simpulan benang akan jadi simpulan mati yang tak dapat dirungkai lagi..

Sebab tu sudah ku katakan, untuk merungkai simpulan-simpulan kehidupan itu, perlukan strategi..
Benar, Allah itu sebaik-baik perancang dan ada strategi yang Maha Hebat, tapi kita sebagai Hambanya, Allah mahu kita juga menjadi perancang, itu yang dinamakan USAHA..

Berbekalkan panduan yang Allah bagi, Allah akan bimbing kita untuk merungkai simpulan kehidupan kita..

"Bagaimana? Aku tak dapat dengar Allah berbicara denganku untuk bagi panduan?"

Ini jawapannya...

IMAGE: GOOGLE JE
  

Ya,Al-Quran..

Kenapa?
IMAGE: GOOGLE JE

Inilah KALAM ALLAH.. beginilah cara Allah memberi panduan bagi kita...
Selebihnya, AKAL kita sebagai manusia perlu digunakan sebijak-bijaknya,
Walau sesukar mana, JANGAN PUTUS ASA! Rungkailah simpulan-simpulan itu sehingga berjaya
Jika cubaan pertama gagal, usulkan cubaan kedua, ketiga dan seterusnya.. sehingga berjaya.

Tapi ingat, 
Walau sudah berjaya merungkai, benang itu tetap akan mampu tersimpul kembali
Di saat itu, berstrategilah kembali untuk merungkai.. .:)

Dan ingatlah, benang yang lurus juga akan berliku-liku jalannya.. :)



Conteng-conteng : 
Memang tak terer betul mengarang benda-benda serius ni, sekadar contengan berbasa basi supaya tak terus basi. Gedit? Gedit?

Thanks for reading!

LUV,

Sunday, March 25, 2012

Kerana Nescafe Hubungan Terkorban..ek?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah, hari ni dikurniakan umur sehari lagi oleh Allah untuk hidup di bumiNYA. Dan dengan izin Allah juga, hari ni digerakkan hati dan dikuatkan hati untuk berblogging setelah sekian lama. Yes, lama la jugak. Kenapa? Ketandusan idea? kemalasan? keterlupaan? atau mungkin kerana contengcontengfafa tak ada pembacanya.haha. *palm face

Kerana Nescafe Hubungan Terkorban? 
Apakah kaitannya Nescafe dan hubungan? 
minum nescafe boleh membawa kepada maut ke? 
atau mati kerana tercekik nescafe? 

Mari kita ungkai apa disebaliknya..hehe.

Sebenarnya ada satu hari masa balik kerja, dengar la kat radio kisah seorang wanita ni.
Ok, aku tak tahu sama ada dah ada orang ulas pasal ni atau tak, tapi ini version aku, so, nak tak nak aku nak blog juga..huhu
Alkisahnya, sorang wanita ada call stesen radio ni, ceritanya bermula bila si Lelaki bersama-sama kedua ibu bapanya datang ke rumah dia, untuk merisik2 camtu la gamaknya. Sorry, tak dengar full version, Tapi initipatinya still ada :) Ok, nak dijadikan cerita, Si Lelaki tahu yang Si Wanita ni sangat la terpandai hebatnya membuat air Nescafe Tarik yang kalau minum boleh sampai  menjilat cawan. eh over.  Tapi memang menurut katanya, dia memang tere la. Dan pada hari kedatangan tu, Si Wanita pon buatlah air tersebut, dengan harapan dapatlah menambat hati ibu dan bapa kepada Si Lelaki. Dan, Ibu Bapa Si Lelaki tu pulak memang la peminat tegar Nescafe. heee, ni tambah sendiri.

Tapi, sepandai-pandai tupai nelompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tiba-tiba, boleh pulak hari tu bila air dah siap, dan Si Lelaki,Si Ibu dan Bapa pun minum, masing-masing buat muka kelat. Si Wanita lagi la terasa kelat.
Dan anda tahu apa je yang terkeluar dari mulut Si Lelaki?......

Ni yang nak marah ni... ni yang nak marah ni... Tarik nafas sekejap.. 
Tarik..Hembus..Tarik..Hembus... Pffttt...~


"Nampaknya antara kita memang tak ada jodoh"

!@##$%^&*(()))__+

Marah tak?? Marah Tak??

Apa punya pendekla akal! Kalau tak silap, dorang kenal pun dah lama. Lagipun, seperti yang diceritakan oleh Si Wanita, memang Si Lelaki tahu sangat yang dia terer buat air Nescafe tu. Come on! Kerana kesalahan sebegitu yang sebenarnya boleh dibetulkan, Si Lelaki lupa untuk menilai kelebihan Si Wanita. Takkan tak ada langsung kebaikan Si Wanita yang dapat menutup kelemahan sehari tersebut. Bukanlah satu kesalahan yang besar atau berdosa Besar Si Wanita kerana tiba-tiba buat air tak sedap.
Apalah sangat sekali minum Nescafe yang tak sedap kalau nak dibandingkan dengan berkali-kali nescafe sedap yang dia pernah minum hasil tangan orang yang sama.. 
Apalah salahnya kalau cakap "Pahit sangatla air awak buat ni/ Manis sangat la/ Tawar sangat la".. 
Then, Si Wanita boleh betulkan.. Isnt that a better way?
Anyway, aku pun tak ada dengar anything pasal Ibu Bapa Si Lelaki tu, tapi, conclusionnya memang diorang putus.. Terkilan sangat dengan sikap manusia yang selalu bertindak tanpa berfikir dengan akal yang waras

 ..................................

Tapi.. apapun, lets see it in a positive way.. bersangka baik..
Bersangka baik dengan Allah,
bersangka baik dengan manusia kerana manusia tak sempurna..
Walaupun nampak remeh, Allah tetap jadikan Nescafe tu sebagai penyebab untuk putuskan hubungan dorang  dan menguji dorang.. 
kalau bukan sebab nescafe, mungkin Kopi ke, teh ke, hatta air kosong sekalipun boleh dijadikan penyebab.
Kita tak pernah tahu rencana Allah..
Kalau difikir logik akal, takkanla sebab nescafe tu je pon tiba-tiba senang-senang nak putus. 

Tapi, untuk sedapkan hati, yes, itu semua Kuasa Allah Yang Maha Besar, Kuasa Allah yang Maha Berkuasa dan kuasa Allah yang Maha Mengetahui..
Kita sebagai manusia, cuma kene redha dan bersabar.
Stop blaming each other, sebab Allah sentiasa janjikan yang terbaik..
Tapi kita kena beringat, Allah kurniakan kita Akal untuk kita berfikir, maka dengan itu, gunakanlah akal dengan sebaik-baiknya, jangan guna hati semata-mata..
jangan juga ikut rasa semata-mata.. Macam kata pepatah : "IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA"

Mungkin ada sedkit pengajaran dari kisah Si Wanita itu yang dapat memuhasabahkan diri kita.

(i) Belajarlah buat Nescafe Tarik yang betul-betul kaw untuk menambat hati bakal mertua;
(ii)Berfikir sebelum bertindak/bercakap
(iii) Bersangka baik dengan sesiapa sahaja mahupun apa sahaja 
(iv) Bersabar dalam apa jua keadaan
IMAGE CREDIT TO CIK GOOGLE :)
 “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.” SURAH YASIN : AYAT 82

Wallahua'lam..
Semoga kita tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.
Tetapkan hati, kuatkan Iman
Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari kejahatan diri kita dan juga kejahatan sekalian yang melata di muka bumi ini.. InsyaAllah..




LOVES,