Wednesday, January 30, 2013

KULIT BUKU KULIT MANUSIA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Ramah-tamah
Sila takrifkan. apakah maksud ramah-tamah.

Baik hati
Sila takrifkan. apakah maksud baik hati

Sombong-mombong
Sila takrifkan. apakah maksud Sombong-mombong.
Eh, sombong saja.
Sejak bila ada mombong. Mambang tanah ada la. kehkehkeh.
Malu-malu kucing
Sila takrifkan apa itu malu-malu kucing.
Jangan kata kucing tu malu. Kalau tak kena sepak.

Sopan-santun
Takrifkan.

Lemah-lembut
Sila takrifkan. Adakah lemah lepas tu jadi lembut.
Bagaimana?

Poyo
Oh itu awie.kehkehkeh.
Sila takifkan.


Kesemuanya yang tersebut di atas adalah sikap/sifat manusia. Ya, kita. Manusia.
Kesemuanya ada kaitan diantara satu sama lain.

Contoh 1:-
Kalau aku ramah tamah, adakah bermaksud aku juga baik hati?
Tidak semestinya.
Ada kaitan tak?
Ada.
Mari buat hipotesis: "Semakin ramah tamah manusia itu, semakin baik hatilah dia"

HIPOTESIS DITOLAK

Kajian sains tidak membuktikan sebegitu.
Sebab ada yang ramah tamah tapi hati busuk laksana telur tembelang.Eww.

Contoh 2:-
Muka nampak sombong, maka aku tak baik hati, tak sopan santun, apa lagi lemah lembut.
Cuma Poyo.
Benarkah?

Sila buat hipotesis sendiri dan lakukan eksperimen.

Contoh 3:-
Aku malu-malu kucing, maksudnya aku sombong

Hipotesis?
Semakin malu manusia itu, semakin sombonglah dia.

Buatlah eksperimen. Lepas tu habaq mai na.

 -----------------------
"DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER."
Alahai, cliche sungguh.

Apa keadaan sekalipun, cuba dekati manusia itu walau mukanya tak secantik Siti Nurhaliza, walau kulitnya hitam macam Black Mentor, walau mukanya asam boi, walau berkerut seribu dahinya. Selami peribadi dan hati. Bukan hanya di dasar lautan saja.

Ingat, jangan menilai seseorang manusia itu selagi anda belum kenali manusia itu secara mendalam ataupun untuk tempoh yang lama.
Lain manusia, lain caranya.

Contohnya aku.
Walau mukaku tidak rupawati, tidak juga ramah-tamah, tidak juga sopan santun mahupun lemah-lembut, tapi hatiku baik walaupun aku pemalu. Pemalu bukan sombong. Maka, dekati aku. kehkehkeh.


Contengankaki:-

InsyaAllah kita sama-sama hiasi diri dengan peribadi yang menyenangkan :)
Sedang berusaha ke arah yang lebih baik
Doakan

LOVES



Friday, January 18, 2013

SYUKUR

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

SYUKUR
Terangkan erti SYUKUR.
Terangkan padaku
Kukira ku jahil, masih jahil dalam mengenali SYUKUR.
Apa itu SYUKUR? atau bagaimana?atau siapa?

GOOGLED

SYUKUR
bersyukurlah. walau apa jua keadaan. walau apa jua situasi. SYUKUR.
ucapkan Alhamdulillah.
kerana apa jua yang Allah berikan itu adalah kurniannya yang tak ternilai.
diberi hujan. bersyukurlah.
diberi matahari. bersyukurlah.
diberi gemuk. bersyukurlah.
diberi kurus melidi. bersyukur.

kerna apa?
kerna itu kurniaan Allah.

kerna apa?
kerna Allah tahu itu yang terbaik buat kita. buat aku. buat kamu. buat dia. buat semua.

kerna apa?
kerna disebalik setiap kejadian Allah, ada hikmahnya.

Allahuakbar.

Ucaplah Alhamdulillah.

Diberi keputusan SPM 10A1. Misalannya.
Ucaplah ALHAMDULILLAH. Puji ALLAH dulu. Berterima kasih pada Allah dulu.
Barulah disusuli berterima kasih kepada ibubap kaum keluarga sahabat handai guru guru.

Diberi seorang Isteri/Suami peneman hidup.
ALHAMDULILLAH.
bersyukurlah kerana Allah tidak membiarkan kita keserorangan biar hitam putih gemuk kurus berkawah muka berpanau mukanya. Kerana itu rezeki yang Allah beri.

Allah maha penyayang.

Bersyukurlah.
ALHAMDULILLAH.

[syarfa fafa /18012013/6.16pm]









Wednesday, January 16, 2013

HATI

Hati
Merintih
Merindu
Merasa
Menyintai

Hati
Tersentuh
Terpaut
Terluka
Tertutup rapi

Hati
Sayu
Sayang
Simpati
Selembut-lembutnya
Sekeras-kerasnya

Hati seorang wanita
Keras.
Benar. Keras teramat.
Namun usah dirisau.
Lalukan sahaja air nan dingin padanya, sejuklah ia, lembutlah ia umpama lembutnya kerak-kerak nasi.

Kerasnya hati wanita bukan kerana egois.
Tapi kerana lembutnya.

Nah!
Fahamilah wahai Sang Adam.
Fahami hati wanita.
Fahami
Fahami
Fahami
Sepertimana kamu mahu dirimu difahami.

Fahamilah kelembutan hati wanita sepertimana kamu memahami kekerasannya walhal sebenarnya tidak.
Fahamilah.
Pasti indah.

[syarfa fafa. 16/1/2013. 5.32pm]