Wednesday, January 16, 2013

HATI

Hati
Merintih
Merindu
Merasa
Menyintai

Hati
Tersentuh
Terpaut
Terluka
Tertutup rapi

Hati
Sayu
Sayang
Simpati
Selembut-lembutnya
Sekeras-kerasnya

Hati seorang wanita
Keras.
Benar. Keras teramat.
Namun usah dirisau.
Lalukan sahaja air nan dingin padanya, sejuklah ia, lembutlah ia umpama lembutnya kerak-kerak nasi.

Kerasnya hati wanita bukan kerana egois.
Tapi kerana lembutnya.

Nah!
Fahamilah wahai Sang Adam.
Fahami hati wanita.
Fahami
Fahami
Fahami
Sepertimana kamu mahu dirimu difahami.

Fahamilah kelembutan hati wanita sepertimana kamu memahami kekerasannya walhal sebenarnya tidak.
Fahamilah.
Pasti indah.

[syarfa fafa. 16/1/2013. 5.32pm]

No comments: