Friday, July 9, 2010

ANDAI AKU TIADA


Andai aku tiada,
jangan ditangisi
aku bukan milikmu,aku bukan milik siapa-siapa
aku milik DIA,DIA penciptaku

Andai aku tiada,
teruskan cita-citamu
teruskan perjuanganmu
teruskan angan-anganmu
Aku kagum dengan semangatmu!

Andai aku tiada,
ingatlah pesan-pesanku
tidakku pinta pesanku diagung-agungkan
cukup sekadar ingatan sampingan
pesanku padamu,seperti aku berpesan-pesan pada diriku jua

Andai aku tiada,
Jangan diratapi
Kerana aku bukan siapa-siapa
Hanya doa yang kupohon
untuk diriku yang serba hina

Andai aku tiada
Maafkan Aku
.

No comments: