aku mencari sahabat
aku bukan mencari kawan
aku ada ramai kawan
tapi aku tak ada ramai sahabat
sebab aku tau, sahabat memang tak ramai
cuma sahabat yang boleh berkongsi suka duka aku
cuma sahabat yang boleh tau rahsia buruk baik aku
kalau kawan, dia belum cukup syarat untuk tau segala-galanya
sebab dia bukan sahabat
kau mungkin takkan menangis kerana aku
kau mungkin tak pernah kisah pasal aku
tapi aku tak malu untuk menangis kerana kauu
sebab kau sahabat aku
kenapa kau takkan menangis kerana aku?
aku tau... sebab aku bukan sahabat kau..
ye, masa aku mentitipkan nukilan ni,
sambil itulah airmata mengalir laju,
aku rindukan kemesraan kita, aku rindukan sikap ambil berat kau
aku dah tak rasa semua tu sekarang ni
ya..
aku tau,kau dah ada banyak perancangan untuk hidup
aku tak layak untuk tau perancangan masa depan kau kan?
sebab aku bukan sahabat kau.
dulu,aku yakin aku sahabat kau,dan kau sahabat aku
kau tak macam orang lain, kau berbeza sebab tu aku sayang kau sangat
aku rindu kau bila kita jauh
tapi sekarang,
aku dah dapat jawapan yang aku cari cari
mungkinkah sia sia kau kuanggap sahabat?
mungkinkah selama ni,memang aku tak pernah kau anggap sahabat
tak apa,aku tak kisah
sebab itu hak kau
rupa-rupanya,perbezaan sikap itu mampu membuatkan kita jauh dengan sekelip mata
sungguh,aku sedih
aku menangis bila ingat kembali detik detik gembira kita
namun, semua tu makin hilang, makin jauh ditiup angin yang sepoi sepoi bahasa
aku dah cuba melakukan yang terbaik untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk diri kau
mungkin aku gagal.
maafkan aku
semoga kau berjaya dengan cita cita kau
doa aku sntiasa mengiringi
No comments:
Post a Comment