Thursday, November 4, 2010

FULL OF HOPE !

Aku punya harapan, harapan yang menggunung.. bukan, harapan yang melangit, harapan yang sangat sangat aku cuba gapai. Harapan itu cita citaku, harapan itu angan-anganku. Biarlah orang nak kata angan angan Mat Jenin; aku tak kisah. Tak menarik hidup ini kalau tidak ada angan angan seperti Mat Jenin. Sekurang kurangnya, berfaedah. Tapi aku tahu, harapan aku, cita cita aku, angan anganku bukanlah seperti Mat Jenin. Aku sedang berusaha ke arah itu..!

Bila harapan terlampau melangit; aku mula risau. Mampukah aku nak menggapai (?) Tinggi! Sangat Tinggi! 

INFINITE! 

Air mata memang peneman setia. Air mata juga yang menjadi pendengar setia setiap kali aku diuji. 

Sungguh, memang pendengar yang setia. Dia tak mampu berkata-kata.

Ujian ujian yang tak pernah henti, betul betul melemahkan aku. betul betul mampu meruntuhkan iman. Sedikit aku terleka, sang  Syaitan Durjana bakal menjajah diri. Auzubillahi minassyaitonirrajeem..~.. Ya Allah, sungguh, aku risau. 

Dah tentu, banyak pengorbanan yang aku kena buat. Bukan angan angan semata mata. Aku sedar, semakin aku berusaha, semakin aku diuji.

Tapi, aku takkan putus asa! Aku tahu, ALLAH sentiasa ada dengan aku. 

Hari2, aku baca doa ni, yang aku rasa memang dari sekolah rendah kita dididik dengan ayat ni. Mudah !


Bismillahirrahmanirrahim ;
Robisyhrohli Sodri Wa yassirli amri, wahlul 'uqdatan millithani yafqohulqouli
"Ya Allah terangkan hatiku, mudahkan urusanku, bukakan ikatan Lidahku, fasihkan Tuturku "

Mungkin kadang kadang kita baca, seolah olah ambil sikap 'IKUT JE'.. so, kita tak faham apa kepentingan doa yang kita baca tu terhadap kehidupan seharian kita. Bukanlah kata wajib nak kena faham. tapi 'AFDHAL'. Sebab sekurang-kurangnya, kita lebih menghayati tujuan kita membaca doa tersebut, apatah lagi kalau doa tu drpd ayat-ayat Al-Quran..

doa yang simple kan, tapi untuk harapan yang tinggi melangit! 
Satu je punca aku masih mampu bertahan sampai ke hari ni ;;;;;


Matlamat untuk balas jasa mereka berdua;
Kerana mereka aku kuat; kerana mereka aku bertabah; kerana mereka aku bermatlamat; kerana mereka juga aku menangis..
Menangis sebab aku rindukan mereka, menangis sebab aku dah banyak susahkan mereka

Banyak lagi yang perlu aku tempuh

Ok, da tacing da.. Sob-sob.. :(

Doakan saya ya kawan kawan2 semoga dapat mencapai segala harapan, cita cita dan angan angan saya yang tinggi melangit !

 6 months to go for a 'SCROLL', after 6 years of waiting, insyaALLAH :)

No comments: