Saturday, March 19, 2011

mama......demam :(

Assalamualaikum,

tengah mood  demam, sayu  teringat  kat  mama
ohhhhh..seriously, i miss  her  so much n  i miss my  ayah n  my adek2  yang  nakal
time2  demam macam  ni, memang rasa  nak nangis  je  selalu

dari  dulu lagi, kalau  duduk  kat  rumah,  asal  demam je terlepek  macam tak bermaya  langsung
nakk tidooooo  je keje.
lepas tu mama mesti datang  bilik, tanya  " demam ke?"
sambil tanya, tangan mesti letakk kat  dahi..
and.....
time tu jugakla airmata ni mesti nak menitis
cehhhh. mengada?


bukan mengada, tapi memang secara automatic kerana  sentuhan seorang ibu..
dan mesti lepas tu terus carikan panadol nak  suruh anak dia ni makan, supaya  cepat sembuh
kalau ajak pergi klinik, hurmmmm.jangan harap la nak pergi
aku  memang  tak berapa suka nak pergi klinik,  jangan  tanya kenapa.huhu

masa  kecik  kecik dulu, memang  seronokla bila mama sapu  air  asam jawa kat kepala
sejukkk  je.  takpun letak air lidah buaya. :)
lagi satu,  minum  air badak, tapi aku tak suka.tak tau kenapa.heh.pelik kan.
pastu ayah  pulak,  memainkan  peranan  untukk memicit  kepala  yang confirm berdenyut2 tatkala demam
memang ayah the best  tukang  urut ever. kaw  kaw punya. heh.

tapi,
kat  sini, ketika ini,  aku sorang  sorang
tak ada yang  boleh picitkan  kepala
tak ada yang  boleh hulurkan panadol, apatah  lagi yang nak letak air asam jawa kat kepala





YA ALLAH, SEMBUHKANLAH AKU


No comments: