Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Saat berganti Minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, dan terus berganti-ganti.
Oh, mungkin konsep berganti2 ini yang cuba diterapkan dalam sistem pendidikan kita. Sentiasa berganti-ganti, sentiasa berubah-ubah.
Kadang-kadang kita memang perlukan perubahan dalam kehidupan supaya hidup bertambah baik dan terus maju ke depan. Tapi, biarlah perubahan tu berkadaran dan rasional. Bukan perubahan membuta tuli!
Dah lama berniat nak menconteng isu ni, tapi asyik tertangguh sebab kekangan masa. eheh,kekangan la sangat. malas je sebenarnya. :p
Tak berapa nak ingat hari apa hari tu, tengok berita TV3, dia punya intro : "BAHASA INGGERIS BAKAL JADI SUBJEK WAJIB LULUS SPM". Dgr je intro dia, memang tak berganjak dari TV sebab taknak terlepas tengok. heee...~
Ok, speech yang tak berapa nak speech sangat given by Timbalan Perdana Menteri.. YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Beliau cakap, macam dalam tajuk tu la, BAHASA INGGERIS BAKAL JADI SUBJEK LULUS SPM. haaaaaaa..amek kau! Tapi...! tapi ye kawan kawan, beliau berkata lagi, itu hanya akan dilaksanakan sekiranya bekalan gur bahasa ingegris mencukupi... oh, macam tu pulak. agak-agaknya, ada tak usaha untuk mencukupkan jugak bekalan guru bahasa inggeris? kot kot la import cekgu bahasa inggeris dari LONDON ke.? ye dakk? huhu
Bukan nak mempertikaikan sangat usaha yang bakal dijalankan oleh government ni, tapi hakikatnya memang nak pertikaikan pon.heeee.
Ada beberapa point penting yang kita boleh renung sejenak:
1) Bahasa Jiwa Bangsa ; Mana semangat patriotik yang diwar-warkan sangat yang sepatutnya kita tinggikan martabat bahasa melayu, bukan martabat bahasa penjajah. Bila kita cuba jadikan bahasa Ingggeris sebagai subjek wajib lulus SPM sama macam bahasa melayu, sedar tak yang kita sedang cuba menyamatarafkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris? Tak sedar? ha, cuba sedarkan diri sekarang! Oh lagi satu, amatlah tidak bersesuaian bila tambah tambah lagi, pengumuman tersebut dibuat masa kita masih dalam mood kemerdekaan. Sebab terasa macam apa yang dicakap mengenai sayangi negara, cintakan bahasa tak selari dengan perbuatan.. -____-". Not a good example tau..!
2) Negara Matarahari Terbit boleh maju hanya dengan bahasa ibunda mereka ; JEPUN! cuba anda tengok negara JEPUN. rasanya fakta ni semua dah sedia maklum. Kita pergi negara diorang, kita kena cakap bahasa diorang. dorang datang negara kita, diorang tak cakap pun bahasa kita. btol? Tapi, tengok sendiri macam mana majunya teknologi diroang hanyta dengan berbekalkan bahasa ibunda mereka tanpa perlunya memartabatkan bahasa orang lain.
3) Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhakan; Apa cerita dengan yang ni? Cuba anda fikir, kalau dulu, sibuk dengan usaha mengapplikasikan Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris, sampai hantar guru2 untuk attend special course. Now, nak mansuh pulak. Lagi sekali berganti-ganti silibus,and as I posted on my facebook's wall, " Malaysia akan tersenarai dalam top 5 negara paling banyak orang gila" ! Jangan terkejut sebab itu semua tak mustahil kalau sistem education asyik berubah. Ok la, kalaulah Math & Science in English tu tak dimansuhkan, rasanya, mungkin ada juga relevan nya untuk jadikan Bahasa Inggeris tu sebagai subjek wajib lulus SPM ( walaupun tak berapa nak relevan), sebab adik2 kita ni dah dipolish dengan penggunaan bahasa inggeris yang agak meluas, berbanding zaman-zaman kita dulu.kot. Tapii, bila nak dimansuhkan, dah tak ada relevannya di situ sebab dah tak selari intentionnya. Dua tindakan yang super super contra. Renung-renungkan :)
4) Bahasa Inggeris Bahasa International? : Oh ye, ini memang tak dinafikan. Sampaikan aku dulu pun bahasa utama belajar memang guna Bahasa Inggeris (walaupun duduk kat Malaysia, yang dulunya dikenali sebagai TANAH MELAYU ) . Tapi kenapa perlu dijadikan subjek wajib lulus SPM? Bukan semua orang nak pergi luar negara, bukan semua pelajar2 akan dihantar belajar ke luar negara, bukan semua pelajar akan bekerja di luar negara. Yang lulus cemerlang pun bukan semua dapat pergi sambung belajar kat luar negara, apetah lagi yang lulus sipi sipi je..kan?
5) Apa nasib pelajar yang tak lulus Bahasa Inggeris? : Renungkan lagi.. Hanya kerana subjek bahasa asing ni, mungkin ramai anak-anak bumi tanah melayu ni yang kena repeat SPM. Kalau dulu,gagal SPM sebab tak lulus Bahasa Melayu, memang patut pun! sebab itu bahasa tanah air kita. Tapi bila gagal SPM sebab tak lulus bahasa asing, sedangkan Bahasa Melayu dah lulus,what should i say? hurmmm.. macam-macam dunia. Janganlah bebankan lagi adik-adik saya, Diroang tengah semangat belajar,jangan diberi banyak sangat tanggungan. Mereka manusia biasa. Bukanlah nak megendahkan. atau tak kisah kalau diroang gagal Bahasa Inggeris, tapi bagi mereka peluang. Gagal dalam SPM belum tentu lagi diorang akan gagal jugak di peringkat yang lebih tinggi. Lulus cemerlang Bahasa Inggeris masa SPM pun belum tentu lagi akan terus pandai menguasai bahasa tu. Ingat, kita manusia biasa, beri peluang kepada diorang. Jangan jatuhkan semangat diorang.
Thanks for reading!
3 comments:
setuju if kene lulus BI dlm SPM hak9!~
muahaha. kalo nak diwjibkan jugak,byk perkara yang perlu diambil kira.bukan sekdar cukup bekalan guru bahsa inggeris :)
dengan ini ramai budak2 msia jd pressure.hehe
Post a Comment