Thursday, September 17, 2015

ANAK BATUK : Terapi Sonotron

Bismillahirrahmanirrahim,

Perkara yang membelenggu diri saya sebagai supermama yang masih mentah. Pastinya la ibu-ibu di luar sana pun sama. Bila si manja mula kedengaran terbatuk-batuk,  mula selsema memang hati dah mula risau.

Hari ni saya nak share pengalaman berdepan dengan baby batuk seawal 2 bulan.

Pengalaman : Aqil batuk berterusan selama seminggu. Mula batuk hari jumaat, 29.8.2014. Hari Sabtu tu makin teruk dengar batuknya. Mujur tidur tak banyak meragam. Bila malam, Alhamdulillah, Aqil  tidur agak nyenyak. Mama pun lega. hehe. Tapi bila bangun pagi, terbatuk-batuk. Macam orang tua dah gaya batuknya. Kita yang dengar ni pun rasa sakit.

Macam-macam cara tradisional dibuat. Antaranya :-

(a) Cuba teknik steam
(b) tepukan percussion.
(c)minyak bawang putih

Hmmmm TAK JALAN. Tak kena cara kot. Sebab tak pandai. Ok give up. Petang Sabtu terus bawak Aqil  gi klinik. Bila doc dengar paru-paru dia, doktor cakap paru-paru berbunyi means banyak kahak dan menyebabkan paru-paru Aqil Farhan sukar nak mengembang. Doktor suruh sedut gas. OK mama pasghah. Sayu je hati tapi kata nak jadi supermama. Kena la  tough. Kan? Kalau mama tak kuat, macam mana Aqil  nak kuat.

Tapi Alhamdulillah, Aqil Superbaby! Dia merengek2 awal-awal je sebab tak selesa gas tu kacau pernafasan dia. Tapi lepas tu dia senyap je menikmati detik-detik bersama gas. Mama pulak yang sayu tengok dia. Huuu. Ailebiu baby! Tak ada gambar time tu. Sebab saya, hubby, nenek Aqil bekerjasama nak pastikan Aqil  selesa. Huhu. Lepas habis sesi sedut gas, doktor check semula paru-paru. Alhamdulillah, mama lega bila doktor cakap dah clear. Doktor prescribed 3 jenis ubat.

(i) ubat batuk/kahak
(ii) ubat selsema /gatal
(iii) ubat cairkan kahak.

Pasal ubat ni kita cakap nanti. Hehehe.

Tapi, Aqil Farhan masih batuk dan makin teruk. Cuma Alhamdulillah anak mama ni tak demam. Kalau tak, bergandalah risau. 

Nak bagi pendek cerita, last solution, atas cadangan rakan sekerja nenek aqil, dia pernah bawa baby ke sebuah klinik yang ada service theraphy. 'SONOTRON THERAPHY' namanya. Lepas google sedikit info tentang sonotron ni, kami pun pergi la tanpa ragu2. Lepas sekali dua buat rawatan SONOTRON Alhamdulillah, memang nampak perkembangan positif :) terus batuk & selsema slowly hilang. Cuma ada balance kahak sikit2 yang kedengaran. Jumpa  doc untuk kali ketiga sonotron tu pun, doc check paru2 Aqil dah clear dari kahak. Alhamdulillah Alhamdulillah. Happy sangat. 


Baby Aqil  dengan Wan. Wan ni la yang bantu saya mengasuh Aqil sebelum saya berhenti kerja.  :')

Menunggu giliran jumpa doktor untuk check tahap batuk :) 

Lepas checkup, baru doktor suggetskan untuk buat terapi sonotron.

Nampak tak relax je Baby Aqil Farhan . Rasa suam-suam je, Baby suka la :)

Ye, Relax

Relax lagi. 
Tak relax dah sebab masa ni kena buat dekat hidung. Well, of course la tak selesa sikit kan. hehe


Lepas rawatan, esok lusa Alhamdulillah batuk makin berkurangan. Syukurrr. Memang berlendir-lendir najis baby Aqil Farhan.


Nah untuk yang tak ada masa nak google,saya letak siap-siap contact details klinik. hehe
Boleh try call klinik ni tanya pasal sonotoron ni. Atau terus je pergi sana  :)  Harap membantu.



  1. Klinik Dr. Fauziah
  2. Address: No. 15, Jalan 2A/1, Off Jalan Ulu Yam, Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor



Caj rawatan : RM30 sekali rawatan. Tapi untuk pertama kali, kena jumpa doc dulu, baru doc akan advise untuk buat rawatan sonotron. Dinasihatkan juga untuk buat 3x supaya kahak betul2 cair & keluar melalui muntah @ najis. Macam Aqil, kahak keluar melalui dia. Berlendirrrrr.. 

p/s : Ni pengalaman masa Aqil baru 2 bulan :)

Thanks for reading!


2 comments:

Unknown said...

Rawatan sonotron bagus utk ank2 selsema n batuk..
Mmg boleh rawat scra smulajadi dgn cepat.

Sape2 area Bangi boleh ke
Pusat rawatan sonotron tawakal
8am-11pm (buka tiap hari)
019-4007258
(Kene call Dulu buat appointment

Fafa said...

Alhamdulillah terima kasih berkongsi tempat untuk sonotron di Bangi. Memang ramai kawan2 saya tanya untuk area berdekatam sana. InsyaAllah saya war-warkan :)