Saturday, March 19, 2011

mama......demam :(

Assalamualaikum,

tengah mood  demam, sayu  teringat  kat  mama
ohhhhh..seriously, i miss  her  so much n  i miss my  ayah n  my adek2  yang  nakal
time2  demam macam  ni, memang rasa  nak nangis  je  selalu

dari  dulu lagi, kalau  duduk  kat  rumah,  asal  demam je terlepek  macam tak bermaya  langsung
nakk tidooooo  je keje.
lepas tu mama mesti datang  bilik, tanya  " demam ke?"
sambil tanya, tangan mesti letakk kat  dahi..
and.....
time tu jugakla airmata ni mesti nak menitis
cehhhh. mengada?


bukan mengada, tapi memang secara automatic kerana  sentuhan seorang ibu..
dan mesti lepas tu terus carikan panadol nak  suruh anak dia ni makan, supaya  cepat sembuh
kalau ajak pergi klinik, hurmmmm.jangan harap la nak pergi
aku  memang  tak berapa suka nak pergi klinik,  jangan  tanya kenapa.huhu

masa  kecik  kecik dulu, memang  seronokla bila mama sapu  air  asam jawa kat kepala
sejukkk  je.  takpun letak air lidah buaya. :)
lagi satu,  minum  air badak, tapi aku tak suka.tak tau kenapa.heh.pelik kan.
pastu ayah  pulak,  memainkan  peranan  untukk memicit  kepala  yang confirm berdenyut2 tatkala demam
memang ayah the best  tukang  urut ever. kaw  kaw punya. heh.

tapi,
kat  sini, ketika ini,  aku sorang  sorang
tak ada yang  boleh picitkan  kepala
tak ada yang  boleh hulurkan panadol, apatah  lagi yang nak letak air asam jawa kat kepala





YA ALLAH, SEMBUHKANLAH AKU


Thursday, March 17, 2011

salah . menyalah . kesalahan . pesalah .

Assalamualaikum,

sad.
really.
no more tear?

i cant.

banyak perkara yang berlaku  sejak beberapa hari ni
yang  menuntut  kesabaran memujuk hati agar  tak memberontak
manusia memang tak pernah  puas  hati
yang jadi  mangsa,  manusia  jugak

things  just  happened

apabila  manusia  cuba  menutup  kesalahan  diri sendiri  dengan mencari  kesalahan  orang  lain. manusia  jenis apa  ni? manusia  hipoktrit?manusia ego? manusia yang tak  ada akal fikiran? manusia yang tak ada otak?

bagi  aku, ini manusia  BODOH!

apabila manusia menyalahkan orang hanya kerana perkara yang sebesar kuman sehingga dijadikan sebesar gajah. mengadu domba di  ruangan  public dengan  alasan-alasan tahap kanak kanak  tadika  yang  mungkin  kanak  kanak  tadika  sendiri  lebih  matang  pemikirannya. semuanya  dilakukan  untuk menagih  simpati. manusia  jenis  apakah  ini?  manusia  gedik?  manusia  propa?  manusia  gila?

bagi  aku,  ini  manusia  BODOH!


kenapa manusia-manusia  ini BODOH?

sebab  tak pernah  nak  menilai diri  sendiri sebelum beban kesalahan  diletak atas orang  lain
sebab  betah menjatuhkan  hukuman  tanpa menilai fakta  fakta  kes  dan  bahan bahan  bukti

kalau  manusia  manusia jenis ini tak  berubah
masyarakat boleh  porak peranda
kelak jangan disalahkan manusia lain tak cuba mengubah,
gunakan akal fikiran yang  waras, bukan ikut  rasa.


Wassalam

Sunday, March 13, 2011

bila mama berbicara.....


fafa  : tinggall  berapa  bulan  je lagi ila nak habis  belajar. harap  harap  lepas  la grad tahun ni. tapi, kalau da grad pun beum boleh nak chambering lagi.kitorang punya degree  kan belum dapat approval bar council

mama  : belum ada la yang lepas jadi lawyer?  senior2  macam  mana?

fafa  :  senior pun dengar cerita ramai yang amik nak jadik lawyer syarie la sebab takyah recognition bar
          council.

mama : owh,takyah chambering?

fafa: takyah.tapi depend on certain state  gak.ada yang  nak kena wat  chambering gak,tapi tak lama la     macam civil punya pastu kena amik test plak. 
      emmm..kalau nak kerja under government,memang  takde  masalah la.sebab jpa dah  lepas.so,bolehla apply pegawai undang undang under government.  tapi..ila  tak  berapa  minat  la ma..ila taknak jadik DPP, or SAR, or Magistrate. Ila tak berapa suka. nak kerja kat firm je.huhu

mama :  kenapa  tak  suka?
fafa : entahla. plannya.sementara nak tunggu dapat recognition  bar council, bley la ila kerja je jadik kerani ke kat mana mana law  firm, at least, dapat experience  more kat firm.then nanti bila boleh chambering,ilmu tu boleh  apply.senang sikit kan. takla terkubur macam tu je. tak kisah la gaji macam mana pun.

(mama mengangguk)

fafa : lepas tu kan mama,nak g kelas buat kek la.beajar  banyak banyak resipi, nanti  boleh  jual. best la dapat  buat yang  comel comel. 

mama : pergi la.. (sambil suggest  nama tempat untuk belajar  )

fafa : haaaa.kalau jadik cikgu macam mana ea ma.tambah belajar setahun je kan..

mama : apply je nanti, ok je kalau  jadi cikgu.  tapi kalau boleh cubalah bidang  yang  kamu belajar  dulu

fafa :  yela,memang  pon.dah belajar 6thn,takkan nak biar  macam  tu je. tapi bila fkir  pasal recognition, terus  jadik down.  :( kawan kawan ila pon ramai yang nak jadi pensyarah,lawyer syarie. tak ramai yang nak amik bidang civil. sambung belajar, macam nanti dulu kot. nak rasa pegang duit sendiri dulu.dah lama sangat belajar.

mama  : memang  taknak ke kerja ngan  government?

fafa  :  taknak,sebab nanti kena  dengan bidang  yang ila  tak  suka.  

mama :  kena mintak jugakla. kalau  government kan terjamin  sikit.  nak buat  loan rumah  semua senang.  at  least dapatkan tapak dulu nak kerja. nanti apa apahal senang.

fafa : tapi tak suka. nanti kena tukar suka suka hati.kena bahagian yang ila tak suka.


..........


fafa :  yela yela...apply jugak nanti  -____-"


Bila mama berbicara...
 

CONTENGANKAKI
ila adalah panggilan manja dirumah. =p
fyi, kenapa ada choice nak amik civil or syariah, sebab memang my degree is double degree :)

doakan kejayaanku  
semoga  segalanya  dipermudahkan..
aminnnn