Sunday, December 5, 2010

HOI, TOLONGLAH INSAF!

Pagi tadi, tengok la TV9, NASIK LEMAK KOPI O tu; mereka berbicaralah pasal nak sambut tahun baru dah, i mean tahun baru ISLAM, bukan tahun baru Georgian -___-". Masa tengok tu, memang dah lambat, kol 9 baru bangun tido. haha. Tolong jangan contohi saya ye adek adek. sangat tak sesuai untuk dibuat menantu . OHHH,beginilah nasib diriku. hak hak .

kembali kepada NASI LEMAK KOPI O, memang sedap makan di pagi hari,aaaaaaaaa, sedap gile wa cakap lu la kan, tapi pagi tadi minum kopi o je, nasi lemak takde, sebab jangan harap la aku ni nak memasak kalau da bangun kol 9 kan. haha. again, jatuh standard aku -___-"

orang kata, kalau jatuh bangun semula, maka, meh lagi sekali aku bangun, cerita pasal NASI LEMAK KOPI O neh,,,

Kumpulan apetah ea nama dia, eden lupo la, yang nyanyi sedap2 badan ala ala comel2 gitu kt NASI LEMAK KOPI O, nyanyi memang kaw kaw hao Liao la, sukeeee sukeeee. Beliau nyanyi lagu Maal Hijrah :)
alaaaa,masa zaman zaman sekolah, memang kita kita suka sangat la lagu tu kan, masuk pertandingan nasyid, dengan gaya gaya tangan  genggam penumbuk..(HIJRAH ITU PENGORBANAN, HIJRAH ITU PERJUANGAN...) tehehehe. comel kan, sebab aku memang suka masuk nasyid dolu dolu walaupon suara macam ong gedek gedek.

tak caye?
sile la carik saya kalau anda bijak bistari
carik la saye, carik la -__-"
haaa, caye tak, caye tak.. teheehhe.. berkilat hitam berminyak, gaya mutu keunggulan. haha, tengok tengok, salji yang turun taw, bukan hujan.muahaha.

ohh, saya sangat suka merapu merepek, ampunkan daku

------

hah, maal hijrah, frankly speaking, masa dengar orang nyanyi2 kat NASI LEMAK KOPI O tu, pastu disusuli dengan FARAH AF cakap cakap pasal baca doa akhir tahun, doa awal tahun, baru terdetik kat hati "EH, bila 1 Muharram ? "....

terkesima kejap.... 

naif, memang naif  :'( jahil, memang jahil :'( aku lupa, aku tak amik berat :'( aku tak alert :'(
entah apa je yang dalam fikiran pun tak taw, benda benda lagho je agaknya

sedih kan bila tergolong dalam golongan sedemikian, 
lepas ni, aku mesti jadi lebih alert, lebih peka dengan tarikh2 bulan Islam.. dan dan, TOLONG INGATKAN AKU..!! | bak kata lagu Ana Rafali. ( tapi mama sebut 'Ana Rafael',,tehehehe ,, ampun ea Ana, mama gurau2 je tergeliat lidah =p)|

  --------
oh, nak share gak doa akhir &  hujung tahun 


DOA AKHIR TAHUN :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."
DOA AWAL TAHUN :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Sekian, wassalam

Selamat Berhijrah ye to all my dearest(s) ... 
:) make our life better :)
:) may Allah bless us :)


welcome to 1 Muharram, 1432 Hijrah :)
 

No comments: