Cak cak cak !!
Selamat Pagi, Good Morning, Sobahulkhoir ^_^
Hari ni aku bangun awal, yeay! hak hak bangga jap
Kol 7 la tapi -___-"
Lepas tu, memerapkan sekejap diri dalam cik To i let,
saje buat perapan diri di pagi hari, teheeeee..
well, memang kan, org ckp, |org la ckp, aku tak ckp |, kalau duduk ngan cik To I Let, mcm2 menda dalam pikiran
Memang pun taw, termain di minda pasal nama nama kita sebagai Makhluk yang hidup di muka bumi ini
haha, bosan kan, bosan kan !
tapi,
haha, bosan kan, bosan kan !
yang bermaksud :
SYARFA' : kemuliaan
'AQILAH : yang berakal
Alhamdulillah, maksud yang baik ^_^
nampak tak ada tanda (') tu |?|
ahha, memang spesel lah, dan menimbulkan banyak spekulasi, eh, kompilasi, eh eh, komplikasi kot.. -___-
next time ah cite, kali ni nak cite kenapa kita perlu nama yang membawa maksud yang baik :)
Dulu, aku pernah attend satu seminar, dengan Dato' Dr Hj. Fazilah Kamsah,
tertarik juga mengenai personaliti diri
dan menyentuh isu nama
Beliau cerita pengalaman sebenar beliau :
"Seorang makcik mempunyai seorang anak perempuan, yang baru berumur berapa belas tahun (sekolah menengah tak sampai form 3 kot, kalau tak silap ). Alkisahnya, emak kepada si anak gadis ni, bertemu dengan Dato' lantas menceritakan perihal anak gadisnya. Anak gadisnya saaaaangat liar, |bukan haiwan liar ok|, keluar dengan laki tu, laki ni, siang malam, kadang2 tak balik, ditegah, tapi tetap tak berubah, sampai makcik ni buntu. Satu soalan yang ditanya oleh Dato'
: Siapa nama anak makcik ni ? :
Jawapan makik tu :
"Sharrul Bariah "
Istighfar panjang Dato' bila dengar nama tu
Kenapa?
Maksud nama tu :
"SEJAHAT JAHAT MANUSIA"
-____-"
cuba anda fikirkan, kaitan dengan tingkah laku si anak tadi, dengan nama yang diberi
hmmmm,,, memang sangat berkait
makcik tu, ahli keluarga, cikgu, kawan kawan, hari hari panggil si anak gadis tadi dengan nama tu
bayangkan ea,
"assalamualaikum SHARRUL BARIAH (SEJAHAT-JAHAT MANUSIA) "
ataupun
" eh Sharrul Bariah (SEJAHAT-JAHAT MANUSIA), kau nak pergi mana?"
|sila tukar sharrul bariah tu dengan ayat dlm kurungan)
haaaaaaa... see, orang kata kalau 44 kali sebut, boleh jadi betul
macam doa la
' nauzubillah min zalik'
tapi,da jadi da kat anak gadis tu
then, makcik tu dinasihat supaya tukar panggilan nama anaknya.
jangan panggil lagi nama tu, mudah mudahan boleh berubah
Nampak tak, seriusnya peranan nama dalam kehidupan seharian kita?
So, janganla diambl ringan bila nak letak nama anak anak, atau kata panggilan sekalipun,
nama nama indah banyak dalam islam kan
contoh lagi nama yang kalau boleh dielakkan tapi sangat menjadi trend masyarakat melayu :
* zaniah = penzina
*wati = orang yang bersetubuh
*faqir = orang miskin yg sangat2
ada lagi la, banyaaaaak sangat, try google eh eh.. hehehe
oh yes, ada yang ckp " saya amik daripada ayat quran, takkan x elok jugak "
ye,memang daripada ayat al-quran, tapi kena faham jugak maksud ayat al-quran tu, bukan main ambik cmtu je, taw taw, bukan susah pun, tgk je tafsir :)
Nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.
Nama yang baik adalah doa, harapan ibu bapa kepada anak mereka
nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi.
p/s : sebagai ingatan untuk diri sendiri jugak, t nak letak nama anak, kena pikir yang terbaik.. teehheeheh
contengan kaki aku : korang taw tak maksud nama korang ?
WASSALAM :)
No comments:
Post a Comment