Friday, September 14, 2012

BICARA HATI

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Ah, terkubur lagi. Kenapa mesti begini. Idea yang datang selalu saja berlari kesana kemari. Lantas hilang tanpa mampu dijejaki. Lantas bagaimana harus aku menconteng di sini. Adoi, sakitnya hati. eh.

Oh, kita manusia sentiasa mahu bicara, terkadang bicara tanpa makna. Atau terkadang bicara dusta. Atau mungkin juga bicara cinta. ewah. cinta pulak kan. Boleh saja kalau mahu berbicara asal ada isinya. Atau kalau tdak punya isinya, biarlah tidak sampai menyakitkan hati sesiapa. mudah bukan?

Eh, tidak tidak, siapa kata mudah begitu saja? Bukankah manusia, yakni, kita, hatinya lain-lain, perasaannya juga sudah tentu lain-lain. Kau fikir mudah untuk menjaga hati orang yang lain-lain? Kalau kita cuba berbicara gaya 'A' dengan CIK TIPAH yang berdarah "A", dan CIK TIPAH suka, cuba kau cakap gaya "A" dengan CIK MINAH yang berdarah "B". Kalau dia tak buat dekk je dengan kau, silap haribulan putus kawan sebulan. Faham tak analogi suka-suka hati ini?

andai tak faham, tak mengapa. mungkin perlukan kepada bacaan berulang kali. makulumla, ini karangan kanak-kanak berumur 7 tahun lagaknya. aturan ayatnya tiada. mengikut jari yang pantas menaip. maka, anda harus bersabar.

maka kesimpulannya, jangan disimpulkan bicara kita. budi bahas budaya kita. selami hati, hiasi peribadi, berdiri di atas bakat sendiri. eh. bukan.

bicara hati pada hati sendiri, bicaralah apa saja, tapi bicara dari hati kita ke hati manusia lain, seperti CIK MINAH, perlukan sedikit kajian. terlajak perahu boleh reverse, terlajak bicara kena belasah.


BICARA NASI LEMAK? Ohhh.drooling  =p~


sekian.
thanks for reading

LUVS,

1 comment:

Nursaila Norman said...

psl kk utk hiv test tu, sy dpt kk batu,jln ipoh KL..result on the spot..isnin ni sy g :)) tp mmg teruk la skrg ni,leceh tau kena g klinik swasta pastu nk kena endorse pulak..huhu..harap awk jmp kk secepatnya ya :))