Wednesday, January 30, 2013

KULIT BUKU KULIT MANUSIA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Ramah-tamah
Sila takrifkan. apakah maksud ramah-tamah.

Baik hati
Sila takrifkan. apakah maksud baik hati

Sombong-mombong
Sila takrifkan. apakah maksud Sombong-mombong.
Eh, sombong saja.
Sejak bila ada mombong. Mambang tanah ada la. kehkehkeh.
Malu-malu kucing
Sila takrifkan apa itu malu-malu kucing.
Jangan kata kucing tu malu. Kalau tak kena sepak.

Sopan-santun
Takrifkan.

Lemah-lembut
Sila takrifkan. Adakah lemah lepas tu jadi lembut.
Bagaimana?

Poyo
Oh itu awie.kehkehkeh.
Sila takifkan.


Kesemuanya yang tersebut di atas adalah sikap/sifat manusia. Ya, kita. Manusia.
Kesemuanya ada kaitan diantara satu sama lain.

Contoh 1:-
Kalau aku ramah tamah, adakah bermaksud aku juga baik hati?
Tidak semestinya.
Ada kaitan tak?
Ada.
Mari buat hipotesis: "Semakin ramah tamah manusia itu, semakin baik hatilah dia"

HIPOTESIS DITOLAK

Kajian sains tidak membuktikan sebegitu.
Sebab ada yang ramah tamah tapi hati busuk laksana telur tembelang.Eww.

Contoh 2:-
Muka nampak sombong, maka aku tak baik hati, tak sopan santun, apa lagi lemah lembut.
Cuma Poyo.
Benarkah?

Sila buat hipotesis sendiri dan lakukan eksperimen.

Contoh 3:-
Aku malu-malu kucing, maksudnya aku sombong

Hipotesis?
Semakin malu manusia itu, semakin sombonglah dia.

Buatlah eksperimen. Lepas tu habaq mai na.

 -----------------------
"DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER."
Alahai, cliche sungguh.

Apa keadaan sekalipun, cuba dekati manusia itu walau mukanya tak secantik Siti Nurhaliza, walau kulitnya hitam macam Black Mentor, walau mukanya asam boi, walau berkerut seribu dahinya. Selami peribadi dan hati. Bukan hanya di dasar lautan saja.

Ingat, jangan menilai seseorang manusia itu selagi anda belum kenali manusia itu secara mendalam ataupun untuk tempoh yang lama.
Lain manusia, lain caranya.

Contohnya aku.
Walau mukaku tidak rupawati, tidak juga ramah-tamah, tidak juga sopan santun mahupun lemah-lembut, tapi hatiku baik walaupun aku pemalu. Pemalu bukan sombong. Maka, dekati aku. kehkehkeh.


Contengankaki:-

InsyaAllah kita sama-sama hiasi diri dengan peribadi yang menyenangkan :)
Sedang berusaha ke arah yang lebih baik
Doakan

LOVES



1 comment: