Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah, hari ni dikurniakan umur sehari lagi oleh Allah untuk hidup di bumiNYA. Dan dengan izin Allah juga, hari ni digerakkan hati dan dikuatkan hati untuk berblogging setelah sekian lama. Yes, lama la jugak. Kenapa? Ketandusan idea? kemalasan? keterlupaan? atau mungkin kerana contengcontengfafa tak ada pembacanya.haha. *palm face
Kerana Nescafe Hubungan Terkorban?
Apakah kaitannya Nescafe dan hubungan?
minum nescafe boleh membawa kepada maut ke?
atau mati kerana tercekik nescafe?
Mari kita ungkai apa disebaliknya..hehe.
Sebenarnya ada satu hari masa balik kerja, dengar la kat radio kisah seorang wanita ni.
Ok, aku tak tahu sama ada dah ada orang ulas pasal ni atau tak, tapi ini version aku, so, nak tak nak aku nak blog juga..huhu
Alkisahnya, sorang wanita ada call stesen radio ni, ceritanya bermula bila si Lelaki bersama-sama kedua ibu bapanya datang ke rumah dia, untuk merisik2 camtu la gamaknya. Sorry, tak dengar full version, Tapi initipatinya still ada :) Ok, nak dijadikan cerita, Si Lelaki tahu yang Si Wanita ni sangat la terpandai hebatnya membuat air Nescafe Tarik yang kalau minum boleh sampai menjilat cawan. eh over. Tapi memang menurut katanya, dia memang tere la. Dan pada hari kedatangan tu, Si Wanita pon buatlah air tersebut, dengan harapan dapatlah menambat hati ibu dan bapa kepada Si Lelaki. Dan, Ibu Bapa Si Lelaki tu pulak memang la peminat tegar Nescafe. heee, ni tambah sendiri.
Tapi, sepandai-pandai tupai nelompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tiba-tiba, boleh pulak hari tu bila air dah siap, dan Si Lelaki,Si Ibu dan Bapa pun minum, masing-masing buat muka kelat. Si Wanita lagi la terasa kelat.
Dan anda tahu apa je yang terkeluar dari mulut Si Lelaki?......
Ni yang nak marah ni... ni yang nak marah ni... Tarik nafas sekejap..
Tarik..Hembus..Tarik..Hembus... Pffttt...~
"Nampaknya antara kita memang tak ada jodoh"
!@##$%^&*(()))__+
Marah tak?? Marah Tak??
Apa punya pendekla akal! Kalau tak silap, dorang kenal pun dah lama. Lagipun, seperti yang diceritakan oleh Si Wanita, memang Si Lelaki tahu sangat yang dia terer buat air Nescafe tu. Come on! Kerana kesalahan sebegitu yang sebenarnya boleh dibetulkan, Si Lelaki lupa untuk menilai kelebihan Si Wanita. Takkan tak ada langsung kebaikan Si Wanita yang dapat menutup kelemahan sehari tersebut. Bukanlah satu kesalahan yang besar atau berdosa Besar Si Wanita kerana tiba-tiba buat air tak sedap.
Apalah sangat sekali minum Nescafe yang tak sedap kalau nak dibandingkan dengan berkali-kali nescafe sedap yang dia pernah minum hasil tangan orang yang sama..
Apalah salahnya kalau cakap "Pahit sangatla air awak buat ni/ Manis sangat la/ Tawar sangat la"..
Then, Si Wanita boleh betulkan.. Isnt that a better way?
Anyway, aku pun tak ada dengar anything pasal Ibu Bapa Si Lelaki tu, tapi, conclusionnya memang diorang putus.. Terkilan sangat dengan sikap manusia yang selalu bertindak tanpa berfikir dengan akal yang waras
..................................
Tapi.. apapun, lets see it in a positive way.. bersangka baik..
Bersangka baik dengan Allah,
bersangka baik dengan manusia kerana manusia tak sempurna..
Walaupun nampak remeh, Allah tetap jadikan Nescafe tu sebagai penyebab untuk putuskan hubungan dorang dan menguji dorang..
kalau bukan sebab nescafe, mungkin Kopi ke, teh ke, hatta air kosong sekalipun boleh dijadikan penyebab.
Kita tak pernah tahu rencana Allah..
Kalau difikir logik akal, takkanla sebab nescafe tu je pon tiba-tiba senang-senang nak putus.
Tapi, untuk sedapkan hati, yes, itu semua Kuasa Allah Yang Maha Besar, Kuasa Allah yang Maha Berkuasa dan kuasa Allah yang Maha Mengetahui..
Kita sebagai manusia, cuma kene redha dan bersabar.
Stop blaming each other, sebab Allah sentiasa janjikan yang terbaik..
Tapi kita kena beringat, Allah kurniakan kita Akal untuk kita berfikir, maka dengan itu, gunakanlah akal dengan sebaik-baiknya, jangan guna hati semata-mata..
jangan juga ikut rasa semata-mata.. Macam kata pepatah : "IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA"
Mungkin ada sedkit pengajaran dari kisah Si Wanita itu yang dapat memuhasabahkan diri kita.
(ii)Berfikir sebelum bertindak/bercakap
(iii) Bersangka baik dengan sesiapa sahaja mahupun apa sahaja
(iv) Bersabar dalam apa jua keadaan
IMAGE CREDIT TO CIK GOOGLE :) |
“Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.” SURAH YASIN : AYAT 82
Wallahua'lam..
Semoga kita tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.
Tetapkan hati, kuatkan Iman
Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari kejahatan diri kita dan juga kejahatan sekalian yang melata di muka bumi ini.. InsyaAllah..
LOVES,