Friday, February 14, 2014

ANGEL SOUND FETAL DOPPLER


Bismillahirrahmanirrahim,

First time dengar ni. Baru dapat tahu. Erghh so lame so slow
Tiba-tiba semalam kawan yang tengah pregnant jugak bagitaw dia ada beli alat untuk dengar heartbeat baby.
Alaaaa macam yang kat KKIA tu. Kan kalau korang pergi ada dengar heartbeat baby kan? kan? kan?
Haaa cenggitu lah.

Ohmaiiiii excited giler!
Seriously ada? So takyah pergi klinik sangatla nak dengar heartbeat baby kan. Eh.

Lepas tu saya terussssss berdesupppp google, jumpa website ni:-

http://www.didiksihat.com/2013/03/fetal-doppler-pengesan-denyutan-bayi.html




Ada tiga jenis.
Oh well, harga REASONABLE la. Modal sekali je kottt, then guna la sampai hancur. hahahah

Yang penting, boleh dengar heartbeat baby hari-hari :). So bila ada hari kita rasa macam baby kurang je gerak-gerak, bolehlah kita zappppp check-check heartbeat dia. Kurangkan sikit kegelisahan.
Alah, semua bakal-bakal ibu pun mesti akan rasa resah gelisah kan. Kalau boleh setiap saat nak rasa little angel tu bergerak . PRICELESS :')

Alkisahnya tiba-tiba keluar isu macam ni sebab hari selasa & rabu hari tu baby macam dok senyap je. Gerak pun sekejap. Selalunya kalau petang sampai ke malam baby dah start active. RISAU! Bila google, macam-macam respon negatif yang saya baca. Hurm.. saya yakin baby Alhamdulillah sihat. Tidur agaknya. Dan di usia 5 bulan dalam kandungan, masih dikira kecil. Jadi ada masa kita tak dapat rasa sangat gerakan dia sebab ruang masih besar kat dalam tu. Kan?

So antara caranya saya kerap panggil dia, tepuk-tepuk perut..huhu, baca Al-Quran. Macam tak respon sangat. Tengah malas agaknya.huhu

So semalam, ikut tips kawan saya, "cuba letak bacaan ayat-ayat Al-Quran kat perut, pasang lagu-lagu untuk bagi lagi ransangan kat baby". Saya buat!

Dan subhanallah, memang kuasa Allah, terus rasa baby moving-moving & keep moving. Dan saya terus repeat bacaan yasin tu sampai petang. Alhamdulillah, petang tu sampai malam baby terus active. Subhanallah subhanallah :')

Baby penat ye sayang, sebab tu 2 hari tak layan mummy sangat.. huuuu

Oh ya, malam sebelum tu sebelum tidur, saya ikut tips yang saya dapat masa google, try minum air sejuk. Saya pun minum, selawat2 sambil cakap dengan baby & Alhamdulillah, malam tu baby moving-moving quite banyak.

Jadi bakal-bakal ibu yang ada pengalaman macam saya, harap bertenang (walaupun saya tahu susah) & cubalah macam yang saya buat . InsyaAllah, dengan izin Allah, dapat perkembangan positif.

Kesimpulannya memang nak beli lah ANGEL SOUND ni. Good device kan. TAPI apapun, still kena refer doctor :)

Apa kata anda?



Tuesday, February 11, 2014

CERITA KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

Bismillahirahmanirrahim,

Dah sehari pun berlalu untuk 2nd Checkup dekat KKIA. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Takda angin takda ribut terus2nd Checkup ye dak? Mana 1st Checkup nya? hahahaha tu nanti kita up next entry la sebab panjang nak cerita. ecececece.

Kali ni pun bukan nak cerita sangat pasal 2nd Checkup.
Ni nak cerita pasal SIKAP pelawat masa pergi 2nd Checkup semalam.... haihhhhh

Ok rasanya korang semua sedia maklum KKIA ni MEMANG AKAN SELALU PENUH. SESAK.
Jadi, tempat duduk adalah terhad. Betul tak???

Haaaa, ni nak habaq ni. Apa yang buat panas hati sangat ni. Fahamkan situasi ni ye

TEMPAT DUDUK PENUH.

RAMAI IBU MENGANDUNG BERDIRI

RAMAI IBU DUKUNG ANAK BERDIRI

RAMAI BAPA DUKUNG ANAK BERDIRI

SEORANG LELAKI  MUDA KACAK BERGAYA elok sangat lah duduk sebelah isteri dari awal saya datang, sampailah dah nak balik. Tak berganjak dari kerusi SEDANGKAN IBU-IBU NI SAMPAI LENGUH2 KAKI KENA BERDIRI SAMPAI NOMBOR DIPANGGIL

Apa perasaan anda?

Relax je? Oh sangat bagus.
Bukan apa, ni masalah ATTITUDE . Mana sikap timbangrasa ?
Bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri, panas hati takk? hihihihihihihihihi

Saturday, February 8, 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE : SUMBER MINYAK IKAN TERBAIK!


             


Antara manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee:

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout



Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak






Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus





> SYARFA ID 888589 <
PM/SMS/WHATSAPP : 0176108997


SCALING, POLISHING, TAMPAL GIGI


Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini dalam sejarah.
Lepas 10 tahun, akhirnya jejakkan kaki jugak kat klinik gigi. Huahuahua. TERPAKSA. eh

Alkisahnya gigi dah perlukan sangat-sangat khidmat doktor gigi. Dah tu, takkan nak degil lagi kan. Lompong habis gigi baru tawww.. Nak makan susah, nak senyum, nak gelak, pun susah. Jadinya, bertabahlah jumpa dentist -__-". Apa lagi ibu mengandung. Kurang kalsium, gigi pun mudah sangat mereput. Almaklumlah, baby dok sedut segala kalsium mommy. Acane? Mommy pasrah je lah bila gigi reput. Gigi depan pulak tu. hahahaha. Huduh taw dak!

Dah malas nak banyak cerita. Ni nak bagi isi-isi penting untuk panduan korang, kot-kot la lepas ni korang jadi berani nak jumpa dentist kan.

Ok yang saya pergi ni kat area Puchong. KLINIK PERGIGIAN NURUL kat Bandar Puteri Puchong. So, siapa yang duduk area Puchong, bolehlah serbu klinik ni.


Sebelum nak serbu, ni nak nasihatkan sikit, eloklah buat appointment dulu. Sebab apa, macam haritu  saya call pun, hari sabtu, PENUH, next isnin PENUH, next selasa PENUH. hoih. Tu sebab hari cuti umum kot. So terusssss jump ke next SABTU. Alhamduillah, ada kosong, 1230 pm. TERUS BOOKING! Pilih doktor perempuan. heh. Boleh pilih-pilih doktor pulak kau :p

So, hari ni la appointment. Takut tapi tak sabar nak bagi gigi ni cantik so that boleh senyum melebar lepas ni. hahahaha.

Dah register segala bagai, tunggu la dalam beberapa minit. Kebetulan tak la ramai sangat masa saya sampai tu. So, tunggu sekejap je. Masuk-masuk bilik SURGERY 1, kehadiran disambut penuh mesra oleh doktor. Doktor NURUL lah kot. Tak la pulak tengok namanya. Sebab nevous. hahaha.
Perkara pertama yang saya tanya doktor : " Doktor, saya pregnant, boleh kan?" HAHAHA. Oh yes, doc gelak kecil. Doc kata BOLEHHHHH . hehe. Eh, ofkos la kena tanya kan. Over risau. Kot la nanti gerudi2 tu mengganggu baby dalam perut. hahaha

So, ibu-ibu mengandung, jangan risau ye. Boleh je nak cuci gigi ke, nak cabut gigi ke. BOLEH. Jangan risau. Suka takkk? :D

Lepas tu mula la sesi check sana check sini cungkil sana cungkil sini. Oh, masa ni ok lagi. Tak ada lagi ngilu-ngilu sangat.

Bila start scaling.. HAAAAAA.. ngilu kaww! Habis kena korek semua. Idok le nampak dia korek-korek. Tapi boleh rasa. Heeeee..Tapi dalam hati dah mula selawat, mohon ketenangan.

Oh, seriously korang, letakkan pengharapan kia pada Allah, Allah akan bantu. Baca bismillah banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Its MAGIC. Sakit pun rasa macam ada tak ada :) dan akan rasa macam diawang-awangan je & nak tidur. huhu.
So please, bismillah, selawat NONSTOP! Ni tips ni . Semoga membantu.

Oh, tapi korang jangn risau tau! Doc ni sangat lemah lembut. Tak kasar langsung dia buat. Dan bermula saat itu, terus berazam nak rajin check gigi lepas ni. Wahhh sampai gitu sekali kan!

Range harga dia macam ni la. Total yang saya kena pun AGAK BOLEH TAHAN JUGAK. wuwuwuwuwu. Tapi ok lah. Padan muka siapa suruh 10 tahun tak check gigi. Kira cover la 10 tahun punya fees tu. hihihi.

IMAGE GOOGLE 

IMAGE GOOGLE

Akhir sekali, KLINIK PERGIGIAN NURUL ni HIGHLY RECOMMENDED!  :)

Sekian review pergi klinik gigi :D Dah boleh senyum lebar sekarang ni . heeeeeeeeeeeeeeee