Wednesday, March 6, 2013

BUSINESS!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Alhamdulillah, rasanya semangat baru dah hadir dalam diri ni.
Dia dah mai..dia dah mai.. 

Saya rasa saya perlu berusaha lagi kuat untuk tambahkan mutu kehidupan saya dan keluarga.
Dulu masa study, saya buat bisnes topup. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan, Untung tak banyak, tapi saya puas hati sekurang-kurangnya saya tak mengharap sangat duit belanja dari mama ngan ayah saya. Saya puas hati lagi sebab dapat mudahkan urusan kawan-kawan saya. :)
Betul, saya tak ambil banyak untung pun. 
Bila dah habis belajar, perniagaan saya terhenti sebab kat rumah saya susah nak dapat customer. (walaupun hakikatnya saya rindu nak jual topup macam dulu-dulu).kihkihkih. 

Alhamdulillah, sekarang saya dah berkerja. Lagi lah tak harap duit mama ayah. Dah ada gaji sendiri kan. Tugas saya pulak bagi duit kat mama ayah. Gaji saya tak banyak. Cukup2 makan kata orang. So, duit bagi mama ayah pun ala kadar je.

Belajar tinggi-tinggi, tapi saya belum capai impian saya untuk jadi seorang peguam. Panjang kisahnya. Cukuplah saya katakan kami seakan2 teraniaya. Sobs. hihi. Tapi takpe la, saya rasa saya kena bersabar lagi. Allah tengah menduga saya dan rakan-rakan. :) POSITIF..POSITIF.. *oh mungkin saya perlu buat satu post khas pasal ni untuk buka mata awak-awak semua. hiks.

Bagi saya, kehidupan saya yang sederhana begini dah cukup bagus, cukup bahagia. Ada keluarga yang bahagia. Tak ada kereta mewah, tapi saya tak perlu semua tu. Cukuplah mereka-mereka yang sentiasa cuba buat saya ketawa dikala saya sedih. Kami tak dapat melancong luar negara. Mahal. Tapi saya tak kisah, sebab bagi saya, duit yang ada saya kumpul  lepas tu saya nak pergi MEKAH. Sekurang-kurangnya saya nak mama ayah saya dapat pergi. Saya kena kumpul duit untuk itu. Lepas tu, baru saya boleh fikir untuk diri saya :). Tak tak, bukan nak kata saya baik, tapi itu tanggungjawab yang saya rasa perlu. Kalau bagi awak awak tak perlu, itu hak masing-masing. hihi.

Maka, (wah maka gitu) tahun 2013 ni rasanya tahun permulaan saya untuk kembali ke alam yang fana. (eh alam bisnes). Saya percaya pada rezeki Allah yang ada dimuka bumi ni. So saya berbisnes. Buat masa ni saya cuba dengan PROGRAM DROPSHIP dulu. Sebab saya tak ada modal yang banyak. Saya nak belajar dari bawah selok-belok perniagaan. Alhamdulillah, lepas survey-survey, saya dapat beberapa supplier yang boleh dipercayai dan senang untuk berurusan. 

Saya masih lagi mencari supplier untuk business berasaskan dropship saya ni. Kalau ada, bolehla gtau saya ye. hihi. Mudah-mudahan dengan membantu saya untuk maju, Allah murahkan rezeki anda.  Hiks :)

Sambil-sambil tu bolehlah lawat website saya :- 


2)SHOPMESHOPBYFAFA (BLOGSHOP)

LOVES;

Friday, March 1, 2013

SIKAP PEMANDU


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh


Hari ni terasa nak bicarakan soal sikap. Higlightkan : SIKAP!. Nak kecilkan skop lagi, SIKAP PEMANDU. Sila buat karangan tidak melebihi 150 patah perkataan dan hantar sebelum pukul 12 tengah malam ini.


.....
.....
.....
.....


Huehuehue. Bajet cikgu.

Macam ni lah, kalau korang seorang pemandu kereta mahupun lori mahupun van  mahupun bas sekalipun, korang mesti tension tahap max kalau jalan jem teruk kan. Apatah lagi di saat dan ketika pergi dan balik kerja. Sangat menguji keimanan. wuhuuuu.

Bagi saya, setiap kali jalan jem teruk, saya akan jadi pemerhati. Memerhati sikap manusia. Macam mana manusia-manusia, yakni kita-kita ni menghadapi saat-saat macam tu sebagai pemandu.

Yang ke satu.
Eh, yang pertama sekali : SIKAP HORMAT 

Bawak kereta pun perlu ada sikap hormat ye kawan-kawan. Jangan ingat jalan lalu depan orang tua je kau kena tunduk mintak lalu. Tambah-tambah time jem. Tolonglah bagi signal kalau nak potong barisan pun. Saya memang suka bagi signal . kihkihkih. Jadi, saya marah sangaaaatt kalau ada kereta yang tak bagi signal bila nak potong line. Atau saya juga saaaaaangat marah kalau kereta dah bagi signal, tapi awak tambahkan lagi speed kereta awak. Alahaiiii.. sangat tak ada manner tau! Janganlah macam tu. Bagi je some space. Kalau awak tambah speed lepas tu kereta tu pun masuk menggila, apa akan jadi? THINK!

Yang kedua : TOLAK ANSUR

Ini pun penting. Bawak kereta pun kena ada tolak ansur. Sebab jalan tu bukan jalan kita sorang yang punya. Sepanjang pengalaman dengan jem ni, apa yang saya nampak, puncanya bila masing-masing tak nak mengalah. Bila tak nak mengalah, itu yang bertambah jem. Sebab stuck dekat satu tempat tu punyaaaaa la lama. Satu kereta nak masuk kiri, 5 kereta yang tak bagi. Boleh imagine ruginya masa stuck dekat situ je. Seriously, saya pernah buat cuba jadi lebih bertolak ansur. Saya bagi je kereta masuk depan saya, untuk kurangkan stuck. Kereta belakang saya pun kebetulan buat macam tu. And the result is WOW!  Perjalanan lepas tu pun jadi sangat smooth. Allahuakbar!


Yang ketiga : SABAR

Bersabarlah sebab sabar tu separuh daripada iman. Pernah kena follow rapat oleh kereta belakang? Mesti pernah punya. Tambah-tambah bila kita dekat line 1 highway. Dari jauh dah nampak kelinat dia yang mak aiiiii laju gila! Anda tengok speed meter anda --> 110 km/j. Maximum speed in highway!  Perlu ke saya pun tambah speed saya supaya kereta belakang tak follow rapat? Jawapan saya TAK! Sebab ?  Saya dah sampai had maximum speed. Kalau ada speed trap, saya yang kena bayar, bukan dia! haha. Lagi satu sebab, itu memang had maximum, jadi kenapa perlu saya tambahkan kelajuan walaupun saya di lorong 1. Jadi dia yang sebenarnya kena kurangkan speed. haha lagi. 

Saya pernah buat macam tu. Saya maintain kan speed saya sebab tak nak bahayakan diri saya atau sesiapa saja. Kereta belakang makin mencucuk.Tapi saya tak ada pilihan sebab tak ada ruang untuk saya masuk line 2. Apa pilihan saya? AWAK FIKIR. Kalau awak, apa yang anda lakukan?

Jangan kata saya kejam, atau tak faham kot kot awak ada ermergency. Saya faham. Tapi saya pun tak nak bahayakan diri saya. Sebab tu, saya still bagi kereta yang mencucuk saya tu laluan, HANYA bila line 2 memungkinkan saya untuk masuk.

DAN! Abang-abang pakcik pakcik yang bawak bas tu, tolongggggglah. Jangan lah bawa laju sangat. Tambahan malam-malam tu. Laju sangat pakcik oi. Ada 120/130 km/j rasanya. Terhoyong-hayang bas tu saya tengok. Lepas tu zup zap sapppp suppppp ke kiri ke kanan bas awak macam bawak basikal je. Anda bawa raaaamaiii penumpang. So, please behave!

Oh lagi satu, tolong jangan bawa terlalu perlahan. Sebab itu pun bahaya!

Persoalannya di sini :- 

Dimanakah relevannya halaju maximum highway dengan total speed meter yang ada di kereta? hehe..tetiba :p


CONTENGANKAKI:-
Decrease your speed, increase your patient! 
Give respect and earn more respect!

Oh tiba-tiba guna kata ganti nama SAYA. Boleh kan? kihkihkih

LOVES;