Friday, December 31, 2010

Hijaucantik Giveaway.



GIVEAWAY untuk akhir tahun duaribusepuluh
belekbelek blog terjumpa orencantik.blogspot
terpampang gambar si tomey , baru gigi susu je yang tumbuh
harap harap nya tepilihlah, entry simple lagi comot

eheh,
rasanya ni memang last minit punya participation
siapa siapa nak join, kalau sempat klik je kat sini
tak payah ada pensel warna ataupun crayon
buat je entry HIJAUCANTIK GIVEAWAY macam yang daku buat ini


rasanya syarat dah ditepati
banner pon dah ada kat sidebar blog comot daku ini
last but not least, Selamat Hari Birthday mrABi(!)
semoga hidup sentiasa dirahmati

Wassalam :)

2010 belum lagi yang terbaik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM;
------------
cuba korang tanya diri korang,
adakah korang telah melakukan yang terbaik sepanjang 2010 ni?
adakah korang  telah jadi yang terbaik (?)

kalau korang tanya aku, my answer would be : NO!

kenapa?

sebab itu apa yang aku rasa. aku rasa 2010 bukanlah tahun yang patut aku banggakan. aku belum mampu lakukan yang terbaik, dan aku belum jadi yang terbaik
kadang kadang, feel like give up nak bersungguh sungguh sebab hasil yang mendukacitakan
aku cemburu, sungguh, cemburu dengan kejayaan sahabat sahabat, cemburu dengan kepandaian diorang, cemburu dengan kecantikan diorang, cemburu dengan kekayaan diorang, SEBAB aku tak macam diorang :(

ohhh, emosi!?

tak bersyukur?

tak, aku bukan tak bersyukur.haippp, babap kang! tak baik taw korang cakap aku tak bersyukur. aku syukur, syukur sangat sangat dengan kehidupan aku sekarang ni. aku masih ada orang orang yang menyayangi aku, bersama sama aku, menyokong tindak tanduk aku. aku tak heran kalau ada yang membenci aku, sebab aku tak perlu orang yang macam tu untuk memporak perandakan kehidupan aku.

oh, emosi lagi | tiba tiba |

orang tanya aku apa azam 2011.
aku cakap, 'MACAM MACAM'(menjengkelkan kan?) -____-"

bagi aku, azam 2010, 2009 pun belum lagi tercapai,
selagi aku belum jadi yang terbaik,
selagi aku belum buat yang terbaik,
azam 2010 still akan dibawa ke tahun tahun akan datang :)
kalau dah jadi terbaik, nak jadi yang terbaik dari yang terbaik kan.( s0unds so tamak haloba, HA-HA, tapi aku percaya, hati nurani semangat korang pun mesti ada macam ni kan kan kan (?) )


2010, aku rasa macam gagal untuk dapat yang terbaik
antara yang paling ketara, mestilah result exam aku :(

sedih, sebab target tak tercapai, in fact makin merudum. hah, merudum! scary tak? haha
tapi, at the same time, bersyukur sangat, sebab lulus semua subjek.
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku :)

bila tengok je result, tengok ada C+. C+ (?) ..........
ye, C+, bad kan, sampai berulang2 kali aku tanya kat en,beliau : " C+ lulus ke tak eh? " sampai agaknya dia pun macam nak hempuk hempuk kepala aku kat bantal ,haha. AMPUN eh !

tak malu ke gtaw aku dapat C?
erm, takpe, tu hakikat yang aku kena terima, sekurang kurangnya, LULUS. syukur sangat sangat sebab memang tu yang aku dah jangka, tapi ada lagi yang aku tak jangka, satu turn to +VE, but satu lagi the other way round.

see, sebab tu aku kata, aku belum lagi dapat yang terbaik
so, azam 2011, mestilah nak dapat YANG TERBAIK!


contengankaki: 
kamu kamu yang kusayang, doakan yang terbaik untuk aku okay! semoga kalian juga dapat yang terbaik dalam hidup kalian. Ameeenn....
luv ya lotsss! 
X0X0
--------
OH, SILALAH NYANYI LAGU FAIZAL TAHIR, ' GEMURUH JIWA' TU,lirik yang penuh dengan semangat. ^_^

 SELAMAT TAHUN BARU 2011
wassalam :)

Thursday, December 30, 2010

KHAIRUL FAHMI KHAIRUL FAHMI KHAIRUL FAHMI

haaaaa
amacam? bosan tak?geli tak bulu hidung korang dengan tajuk entry aku?
orang tengah hot, so, kita mesti buat tajuk hot juga. tak gitu? teeeeeheheheh

pedih ulu hati aku bila mane forum aku pergi pun, nama si khairul fahmi memang tak lekang la dari taipan di keyboard mereka, kiri kanan atas bawah wesite penuh
banyak kategori yang aku dapat observe ( ececece, sejak bila lak jadi observer kan (?)) -___-"

mari kita layannnn.. zassss :

KATEGORI 1 : peminat fanatik bola yang bersungguh memuji ketangkasan khairul fahmi, (yang ni selalunya terdiri daripada kaum lelaki)

KATEGORI 2 : peminat sederhana fanatik yang turut memuji ketangkasan serta ke'hot'an serta ke'stylo'an khairul fahmi dalam mempertahankan gawang

KATEGORI 3 : peminat yang hanya menyokong dan menonton bola kerana kehenseman khairul fahmi ( yang ni, mmg confirm la gadis2, tapi mak gadis, mak janda pon ada gak taw, ooOOps.. ) haha

KATEGORI 4 : gadis2 yang telah tangkap cintan,tangkap leleh sampai meleleh air liur dengan khairul fahmi

KATEGORI 5 : gadis2 yang frust menonggeng bila dapat tau khairul fahmi dah berpunya, time ni,tak meleleh air liur dah,meleleh air hidung pulak

KATEGORI 6 : lelaki lelaki yang jeles bila nama khairul fahmi menjadi sebutan gadis2 di luar sana. haha. well bro,normal la tu kan. ^_^

apapun kategori anda, tahniah kerana anda secara langsung mahupun tidak langsung telah menyokong team Malaysia

game yang best rite? and me personally memang admire la kt khairul fahmi tu, bukanlah sebab keapexkan beliau, tapi sebab beliau memang memanglah smart tangkap bola! feeewiittt! i likeee! stylo lah anda. tolong ajar saya jd keeper boleh(?) hahaha.

oh, aku tengok game tu kat kedai makan, time dinner, and one thing yang memang rasa terharu la, ada supporters yang keep on saying : 'takpe takpe, cuba lagi, one more more' bila team Malaysia gagal dlm each percubaan nak jaringkan gol. cukup supportive! even dari jauh :)

anyhow, tahniah kepada team Malaysia yang rata ratanya pemain muda, anda anda memang berbakat, and teruskan usaha menangkis dakwaan team bolasepak Malaysia lembik.
^_^




Tuesday, December 21, 2010

KYOAZ.FORUMM.NET untuk anda

 

This is the time, oyeahhh!
to pay back adik aku, sebab dia dah tolong aku pagi tadi, ehehe

alkisahnya, as i stated dalam entry sebelum ni, dia ni memang la 24hrs mengadap lappy
jap kepala kat atas, jap lagi kepala kat bawah, jap lagi pulak kepala kat dapur badan kat bilik
hahahaha,hiperbola la puloksss kan
tapi, camtu la yang aku nak gambarkan keakraban beliau dengan cik lappy itu.

oklah adik adik abang abang kakak kakak pakcik makcik
mari ke sini, duduk renggang renggang,jangan pegang pegang, bertambah sayang, ewahhh (?) ,saya mahu menjemput anda semua berforum di laman sosial di bwah kelolaan adik saya
bagaimana caranya?

senang saja, tidak perlu wang, tidak perlu fotostat i/c bagai, cuma perlu KLIK sahaja link yang disertakan di atas sana, lepas tu, ikut je la arahan arahan dalam forum tuh. teeehehheh.

kat sana, then, kita bolehla berkenalan antara satu sama lain dan merelease tension sebab dicussion yang santai santai membolehkan anda meregangkan otot2 anda yang kejang, h0h0h0h0h, jadi, marilah, ayuhhh segera dapatkan jejaka terhangat di pasaran....
-----------
SELAMAT BERJAYA U ols! terima kasih daun ketum kerana mengsupport.
haippp, daun ketum (?) eheh, silap la, daun kelapa, boleyh (?) -__-"

sokonglah barangan buatan malaysia. |tetiba|

contengankaki: kena paksa ngan adik soh promot. bahahahhaa, kau memang d best kan!


,

SKRIN UNTUK DIPRINT SEKEPING 20SEN

Haaaaa, meh sini weyh ceq nak habaq sket
ohhhhhoooii korang ( gelek ala ala dato' M.daud Kilau ye), memang btol la orang kata, malu bertanya, tersesat sampai afrika..hakhak

today is absolutely fantasticly amazing superduper ah,
sebab kan
sebab kan
sebab....


i just knew how to do the so called 'PRINTSCREEN!'

aaaaaa, yela yela, i am so outdated, memang lampi ah,
-_____-"
LOSER! LOSER!

gelak gelak, my pleasure..

my pleasure too to kick your butt..    :)
hahahaha
......
macam ni la, nak dipendekkan cerita, the story begins pagi tadi, while i was disturbing my adek yang bawah aku, Ee tapi he is exactly taller than me, FINE!
he was busy with his FORUM, ohh, 24 hrs in front of the lappy..
and me, as his lovely adorable sister, eceehhh, mcm nak muntah je kan*, memang its my routine to kacau2 dia
BUT, tapi di situ ye my dear friends, this time, my kekacauan sangat berfaedah, which, i asked him:

ME : "CAMNE NAK WAT PRINTSCREEN EH!" ( dlm hati mmg da taw, dia mesti kutuk aku pasni)
DIA : PRINTSCREEN PON TAK TAW
ME : X__X

FINE, but it is undeniable la yang dia nih memang baik hati, dalam sinis2 tetap gak memberi tunjuk ajar. HAHA, | akak puji k0 neh, blanje milo Es kaw kaw,, bahahahaa|

all in all, I AM NOW DAH PANDAI BUAT PRINTSCREEN! weeeewiitt sket please.. HAHA

Btol lah, kalau aku tak tanya, memang aku dah sampai AFRIKA dah kot, mengikut peribahasa seperti tersebut dia atas.. LOL, peace! 
 tak caye? jap2.. 

kan(!)
weyhhh, terharu neh terharu, rase macam nak hant0k pale kat bantal neh.. -___-"
SOB SOB
lepas ni, memang memanjang printscreen je la keje haku..muahahaha..

tenkiu la my adek, i lap u more lah! XOXO



contengankaki: 
tak penah amik tau pon pasal printscreen before, its like, i am in my own world. sadis kan. OHH, tolonglah sampaikan tahniah berbunga bunga kat aku pleaseee! haha







Saturday, December 18, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU AWAL DAN SCHA

 kompang dipalu, pengantin baru,
duduk bersanding tersipu malu
kompang dipalu pengantin malu
moga bahagia ke anak cucu
kami doakan moga berkekalan 
selamat sejahtera hingga akhir zaman
(tak taw la betul ke tak lirik ni..eheh)
-----------------------
alhamdulillah, selamat dah majlis
tapi bukan antara awal ngan scha
tapi antara sahabat sekelas aku
Anis and pasangannya.

eheh, ampun ek awal & scha, minjam name sat..teeeehehehe
|bajet je la konon2 awal bace -___-"|

eh, lagi satu, bukan majlis kawen,
baru majlis bertunang.. teeeehehehe ^_^

she is such a kind hearted person, soft, sopan santun 

memang totally absolutely berbeda kalau compare ngan aku
hahaha, iya iya dong, aku kan GANAS,muka memang tak ayu langsung apetah lagi bersopan santun, tapi comel tetap ada ! LOL
SEKADAR GAMBAR HIASAN : hantaran tunang abang aku from pihak perempuan, skrg da kawen pon.hehe

terkozut eden taw jang tbe2 dapat taw melalui panggilan sms seorang sahabat
panggilan msg itu berbunyi begini :
" fafa, taw tak anis tunang rini, budak2 umah dia sume g,and bla bla bla"

oh, rini tu bermaksud smalam mengikut tarikh dan masa panggilan sms diterima
msg tu aku balas pagi tadi, kol 9 berbunyi begini :

" umi, benarkah perkhabaran mengenai pertunangan anis yang dismpaikan itu?"
{ok, skema kan, sungguh dahulu kala}-___-"

dan panggilan sms berterusan so on and so on

majlis berlangsung kat KEDAH, Kedah hang taw dak? jaOH nun di sana

in fact, memang beliau tak heboh2kan langsung, she is so secretive
kalau aku ni boleh dikategorikan sebagai secretive, aku rasa beliau tu secretive 3 kali ganda taw bab bab abg sayang abg sayang nih
ahaha
pape je la labu..tumpang gembira untuk beliau

dah nak akhir2 sem ni, kawan kawan aku memang masing masing busy merencanakan masa depan
banyak dah dengar kura kura(?) mereka nak kawin la, nak bertunang la, next year

semoga masing masing berjaya dalam kehidupan 
amiinnn :)

aku?
......

tunggu putera katak puru raja datang meminang..bahahahaha
ceh ceh, berangan macam tunggu nak kena panggggg je kan ^_^


contengankaki: masa bertunang memang banyak dugaan kan; sebab tu kalau boleh, hari ni bertunang, esok ter0s kawen.. -____-"
eksaited nak wat entry pasal anis ni sebab aku memang eksaited.
boley tak camtuh.hehe. 


sekian, wassalam

Friday, December 17, 2010

COMEL LA SCHA TU KAN

Pernah tak anda anda tengok iklan FAIR & LOVELY kat tv?
alaaaa,yang iklan alat pencerah kulit tu
tipu sangat kalau kata tak pernah tengok, tipu dosa tau, Allah tak suke . eheh.

aaaaaaaa, nak cite ni, kalau korang tengok iklan FAIR & LOVELY TU, ada orang berkult cekelat datang tengok mende tu, pastu dia tanye la si salesgirl tu, macam mana dengan kulit dia yang kusam ala ala bertompok, sambil menconteng sedikit 'dot' ke atas gambar yang ade kat tempat promo tu. | korang faham ke tak apa yang aku cuba ckp neh..hahaha. kalau tak faham, please read again. ehehe. |

Sebenarnya,tu bukan la point penting sangat, aku taknak kesah pun pasal keberkesanan produk tu,cuma, anda anda taw tak siapa model dia yang berkulit kecokelatan konon2 hitam tu? 
---------

JULIANA EVANS!
YE, diulang, JULIANA EVANS!

----------

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

bak kata Wan Kamarudin, APA KEJADAHNYA!
hello! beliau tu memang dah terang terangan putih melepak lagi gebu lagi pulak mix mat saleh confirm putih yang satu malaya ni pon dah taw la!

kalau sepuluh kali iklan tu keluar kat tv, memang sepuluh2 kali aku gelak gelak terguling guling satu rumah sampai dapur taw..sebab, so NOT RELEVAN! teeeheehe, ok tak, tipu je terguling guling -____-"

please la, jangan tipu pelanggan, apa la salahnya, cari model model yang kulit gelap sikit, then lepas pakai tu, dia jadi cerah, bersinar sinar tak ada tompok tompok walau sedikit pon. ish, ish ish, tu pun nak kena ajar.

alaaaa,jadi la relevan sikit. ni macam kelakar je.
takpon, amik aku je jadi model tuh. bahahaahahahahaha |gelak guling guling jap | peace!

abaikan beliau ni -___-"

p/s: JULIANA EVANS VERY CANTIK KAN (?)


KENAPA AWAL ASHAARI HENSEM?


Tuai padi antara masak,
esok jangan layu layuan
intai aku antara nampak
esok silalah rindu rinduan



Dah berapa hari tak menconteng;
rindu,sangat rindu,
tapi, pilu sayu je kadang kadang
nak menconteng apa apa pun, aku tak mampu

SEKIAN


Sunday, December 12, 2010

FIRST TRY, FIRST SERVE

Bismillahirrahmanirrahim

Anda faham dengan tajuk entry ini?
Tidak difahami? 
Baguslah, sebab saya pun tak pahami
-___-"

Hahahahahahha ( gelak jap; tetiba -___-"); 
Dah berapa hari tak menconteng conteng
sibuk melancong di utara tanah air, melawat si abang sulung
hari ni, tibalah masa untuk mengedate conteng conteng, dengan rasa gumbira, seb baik tak sakit jantung.

apa kena mengena ngan sakit jantung?
ahha, kenapa ea, kenapa ea,,,,
-
-
-
-
-
-
-
YEAY! YEAY! YEAY!
ai berjaya memenangi GIVEAWAY lah you!
Alhamdulillah,
my first try, suka suka hati dan urat saraf, and tak sangka...
ohhhh, terharu, terkejut, tersuprised, takasima, eh, terkesima, dan berbagai bagai ter lagi!
|see,itulah kaitan ngan sakit jantung| teeheheheh ^_^



Can't wait for the hadiah. eheh.

OH, by the jalan, tak lupa juga kepada dua orang lagi pemenang;
&
:)
anda anda memang comel.. ^_^

 SEKIAN  FIRST TRY FIRST SERVE,
WASsalam :)

Monday, December 6, 2010

JOM DAPATKAN GA DARI SABAH!

 
Assalamualaikum pembuka bicara, 
pembuka bicara nak dapatkan GA,
GA diimport dari SABAH, jauhnya,
Cabaran nak dapat GA, ku sahut dengan gagah perkasa

hahaha, sungguh entah apa apa pembuka bicara
maafkan daku wahai cik anna <<< ini tuan GiveAway, sila klik utk maklumat lanjut

Due Date : 7th December 2010

dimulakan dengan bismillah,disudahi dengan alhamdulillah, 
begitulah sehari dalam hidup kita, mudah mudahan dirahmati Allah :)
Alhamdulillah, bersyukur aku dikurnia Allah, sempurna sifat dan sedikit COMEL :)
haaa, itulah aku, eehhee.. 
kata kena cerita pasal diri aku kan,
so, mestila kena kenal siapa orangnya dulu ( tak kenal, maka tak cinta..) harap harap, ramaila yang jatuh cinta kat aku lepas ni.. muahahaha .. ^_^

entry ini juga memerlukan aku meletakkan gambar yang comel2..
errr, yg atas tu kira comel tak? -___-"
zzzzzzzz...

--------
diriku hanya insan biasa
dilahirkan dan dibesarkan di ibu kota
anak perempuan tunggal dalam keluarga
lagi lagi...err, anak kedua dan manja :)
haha, tak caya ke aku manja?
ok la, tak manja, tapi mengada -__-"

manja mengada dan COMEL kan (-___-")

kadang kadang boleh jadi sangat gila gila
dan kadang, boleh jugak jadi gila
dulu kecik kecik, memang suka baca majalah gila gila, 
ohhh, rindunya zaman kanak kanak riang gembira ^_^

GILA TAK? GILA TAK? |SILA ABAIKAN KAKI TERKEPIT ITU -__-"| and COMEL kan? haha
haaa, amek kau! juling tapi COMEL kan.. bahahaha

Aku memang cameraholic, HAHA, ade ke istilah tu -___-, tapi betul, sangat obsess ngan kamera
kalau orang taknak amik gamba aku, aku amik gamba sendiri, ade aku kesah? cak cak cak .tehehehe..~
Antara contoh  KECAMERAHOLICAN COMEL cik fafa
Mungkin juga, mampu untuk menjadi ayu sekali sekala,
mampu juga untuk menjadi sopan supaya direbuti oleh jejaka jejaka dan ibu ibu mertua;
|hak hak | muntah ijau | 
x caye? 
ayu tak? COMEL sopan santun ala ala wanita melayu terakhir kan? haha, xpe, sile la gelak,kalau nak gelak

 -----
Seorang wanita yang mampu menarik minat para penggemar bowling, (=_=")
sebab aku suka baling bola bowling,
longkang memang teman setia si bola kalau aku yang baling,
tapi aku tak kisah, sebab aku suka, kau boleh je kalau nak gelak terguling guling
SEE, gaya paling COMEL di abad ini (?) =.=
bolehla kalau nak gelak guling guling sebab aku COMEL

satu perkara yang memang tak boleh dinafikan sampai bila bila, oleh siapa siapa,
kaler PINK memang pujaan hati sejak sekian lama,
tiada siapa yang mampu memisahkan aku dan dia, 
sebab dah lama tersemat dalam jiwa,
oh, lihatlah, terbukti sudah betapa aku seorang yang setia.. |MUAHAHAHA |

alaaa, nak bukti gak ke?
COMEL kan bola PINK neh.. tthehehehhe (oh bola lagi besar dari muka  -__-")


akhir kata penutup kalam,
rasa macam dah over menconteng dan mengupload gambar tentang kecomelan
maafkan daku kalau membuatkan mata tuan GA berbalam balam,
cuma terovereksaited dengan tugasan yang diberikan
haruslah contenganku segera dihentikan.

( ohhhh, sangat penat untuk berlakon kecomelan -____-" )

P/S :
cik anna; tlg bagi perhatian pada perkataan COMEL yg berkaler pink yg disengajakan untuk memenuhi kriteria  :).. eheheheheheh

sekian, assalamualaikum :)

MARI CONTENG NAMA

Cak cak cak !!
Selamat Pagi, Good Morning, Sobahulkhoir ^_^

Hari ni aku bangun awal, yeay! hak hak bangga jap
Kol 7 la tapi -___-"

Lepas tu, memerapkan sekejap diri dalam cik To i let, 
saje buat perapan diri di pagi hari, teheeeee..

well, memang kan, org ckp, |org la ckp, aku tak ckp |, kalau duduk ngan cik To I Let, mcm2 menda dalam pikiran
Memang pun taw, termain di minda pasal nama nama kita sebagai Makhluk yang hidup di muka bumi ini
haha, bosan kan, bosan kan !
tapi,
Kalau Alien, aku pun tak kesah nama dia apa pun =,=

Aku conteng nama aku dulu ;
yang bermaksud :
SYARFA' : kemuliaan
'AQILAH : yang berakal

Alhamdulillah, maksud yang baik ^_^
nampak tak ada tanda (') tu |?|
ahha, memang spesel lah, dan menimbulkan banyak spekulasi, eh, kompilasi, eh eh, komplikasi kot.. -___-
next time ah cite, kali ni nak cite kenapa kita perlu nama yang membawa maksud yang baik :)
Dulu, aku pernah attend satu seminar, dengan Dato' Dr Hj. Fazilah Kamsah,
tertarik juga mengenai personaliti diri
dan menyentuh isu nama

Beliau cerita pengalaman sebenar beliau :
"Seorang makcik mempunyai seorang anak perempuan, yang baru berumur berapa belas tahun (sekolah menengah tak sampai form 3 kot, kalau tak silap ). Alkisahnya, emak kepada si anak gadis ni, bertemu dengan Dato' lantas menceritakan perihal anak gadisnya. Anak gadisnya saaaaangat liar, |bukan haiwan liar ok|, keluar dengan laki tu, laki ni, siang malam, kadang2 tak balik, ditegah, tapi tetap tak berubah, sampai makcik ni buntu. Satu soalan yang ditanya oleh Dato' 
: Siapa nama anak makcik ni ? :

Jawapan makik tu :
"Sharrul Bariah "


Istighfar panjang Dato' bila dengar nama tu
Kenapa?


Maksud nama tu :
"SEJAHAT JAHAT MANUSIA"

-____-"

cuba anda fikirkan, kaitan dengan tingkah laku si anak tadi, dengan nama yang diberi
hmmmm,,, memang sangat berkait
makcik tu, ahli keluarga, cikgu, kawan kawan, hari hari panggil si anak gadis tadi dengan nama tu

bayangkan ea,
"assalamualaikum SHARRUL BARIAH (SEJAHAT-JAHAT MANUSIA) "
ataupun
" eh Sharrul Bariah (SEJAHAT-JAHAT MANUSIA), kau nak pergi mana?"
|sila tukar sharrul bariah tu dengan ayat dlm kurungan)

haaaaaaa... see, orang kata kalau 44 kali sebut, boleh jadi betul
macam doa la
' nauzubillah  min zalik'
tapi,da jadi da kat anak gadis tu

then, makcik tu dinasihat supaya tukar panggilan nama anaknya.
jangan panggil lagi nama tu, mudah mudahan boleh berubah

Nampak tak, seriusnya peranan nama dalam kehidupan seharian kita?
So, janganla diambl ringan bila nak letak nama anak anak, atau kata panggilan sekalipun,
nama nama indah banyak dalam islam kan

contoh lagi nama yang kalau boleh dielakkan tapi sangat menjadi trend masyarakat melayu :
* zaniah = penzina
*wati = orang yang bersetubuh
*faqir = orang miskin yg sangat2

ada lagi la, banyaaaaak sangat, try google eh eh.. hehehe

oh yes, ada yang ckp " saya amik daripada ayat quran, takkan x elok jugak "

ye,memang daripada ayat al-quran, tapi kena faham jugak maksud ayat al-quran tu, bukan main ambik cmtu je, taw taw, bukan susah pun, tgk je tafsir :)

Nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.
 
Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).


Nama yang baik adalah doa, harapan ibu bapa kepada anak mereka
nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi.
  


p/s : sebagai ingatan untuk diri sendiri jugak, t nak letak nama anak, kena pikir yang terbaik.. teehheeheh


contengan kaki aku : korang taw tak maksud nama korang ?

 WASSALAM :)




Sunday, December 5, 2010

HOI, TOLONGLAH INSAF!

Pagi tadi, tengok la TV9, NASIK LEMAK KOPI O tu; mereka berbicaralah pasal nak sambut tahun baru dah, i mean tahun baru ISLAM, bukan tahun baru Georgian -___-". Masa tengok tu, memang dah lambat, kol 9 baru bangun tido. haha. Tolong jangan contohi saya ye adek adek. sangat tak sesuai untuk dibuat menantu . OHHH,beginilah nasib diriku. hak hak .

kembali kepada NASI LEMAK KOPI O, memang sedap makan di pagi hari,aaaaaaaaa, sedap gile wa cakap lu la kan, tapi pagi tadi minum kopi o je, nasi lemak takde, sebab jangan harap la aku ni nak memasak kalau da bangun kol 9 kan. haha. again, jatuh standard aku -___-"

orang kata, kalau jatuh bangun semula, maka, meh lagi sekali aku bangun, cerita pasal NASI LEMAK KOPI O neh,,,

Kumpulan apetah ea nama dia, eden lupo la, yang nyanyi sedap2 badan ala ala comel2 gitu kt NASI LEMAK KOPI O, nyanyi memang kaw kaw hao Liao la, sukeeee sukeeee. Beliau nyanyi lagu Maal Hijrah :)
alaaaa,masa zaman zaman sekolah, memang kita kita suka sangat la lagu tu kan, masuk pertandingan nasyid, dengan gaya gaya tangan  genggam penumbuk..(HIJRAH ITU PENGORBANAN, HIJRAH ITU PERJUANGAN...) tehehehe. comel kan, sebab aku memang suka masuk nasyid dolu dolu walaupon suara macam ong gedek gedek.

tak caye?
sile la carik saya kalau anda bijak bistari
carik la saye, carik la -__-"
haaa, caye tak, caye tak.. teheehhe.. berkilat hitam berminyak, gaya mutu keunggulan. haha, tengok tengok, salji yang turun taw, bukan hujan.muahaha.

ohh, saya sangat suka merapu merepek, ampunkan daku

------

hah, maal hijrah, frankly speaking, masa dengar orang nyanyi2 kat NASI LEMAK KOPI O tu, pastu disusuli dengan FARAH AF cakap cakap pasal baca doa akhir tahun, doa awal tahun, baru terdetik kat hati "EH, bila 1 Muharram ? "....

terkesima kejap.... 

naif, memang naif  :'( jahil, memang jahil :'( aku lupa, aku tak amik berat :'( aku tak alert :'(
entah apa je yang dalam fikiran pun tak taw, benda benda lagho je agaknya

sedih kan bila tergolong dalam golongan sedemikian, 
lepas ni, aku mesti jadi lebih alert, lebih peka dengan tarikh2 bulan Islam.. dan dan, TOLONG INGATKAN AKU..!! | bak kata lagu Ana Rafali. ( tapi mama sebut 'Ana Rafael',,tehehehe ,, ampun ea Ana, mama gurau2 je tergeliat lidah =p)|

  --------
oh, nak share gak doa akhir &  hujung tahun 


DOA AKHIR TAHUN :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."
DOA AWAL TAHUN :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Sekian, wassalam

Selamat Berhijrah ye to all my dearest(s) ... 
:) make our life better :)
:) may Allah bless us :)


welcome to 1 Muharram, 1432 Hijrah :)
 

KEPALA BARU ITU SILA ABAIKAN

GEDIK GEDIK SEBENTAR BERSAMA KIT KAT

AHHa, dah terupload kepala baru untuk blog ini, tehehehe ;
gedix tak gedix tak?
macam promotion muka sendiri yang langsung tak ayu
besar gedabak la pulak kan..bahahaha

kalau rasa rasa macam nak menyampah pon takpe,
sebab aku pon menyampah,

takpe takpe; paham sesangat
-___-"
tapi tak kira la,
sebabselamaniponcikfafamemangselalusyoksendiri

penat taw edit edit ni sehari semalam tak tido semata mata nak menghilangkan jerawat2 kat muka tuh
yela yela,memang muka ai tak flawless, betul , jujur setulus hati neh, tak main la tipu tipu, berdosa, Allah tak suka..
sebab tu la kena edit gak, kasi nampak cun sikit la, sikit je, tak banyak. ehehe

bila cakap pasal edit neh, teringat la kat sorang minah ni, kawan la, dia memang sukeeeeee yang teramat sangat mengedit gambar, yela, bila edit, kulit yang tak flawless pun, boleh kasi flawless; ala ala cun gitewwww,,, eueeeewww.. hak hak, tapi ai tak kesahlah kan, sebab ai pon edit gak.bukannya nak tipu orang, or mengaburi mata orang kata kulit ai cantek, tapi saje nak menyedapkan mata sendiri, beranganla jap kulit flawless walaupun sebenarnya tak. (T_T)

tapi, si minah ni, edit bukan stakat edit macam gitu gitu je, edit siap membeliakkan biji mata; ala ala nak bagi nampak cam katun jepun la..muuahaha, kening pon kasi up sket, walaupon memang da ter'up' ala ala ziana zain selepas beberapa kali cukuran, pastu siapa siapa yang dok sebelah dia, memang gambar muka pelik2 yg dia letak, sikit pun dia tak edit.. bahaha, err, tapi kalau edit pon, editing dia mcm tak cantik, pelik, mcm alien.. dia saje je taknak bg org laen nampak cantek -___-" |eyp,babap jap tgn ni taip bukan2| bahaha

seb baik la aku tak amek gamba ngan dia
pastu bila org upload gamba tanpa edit beliau,yang memek muka memang kahkahkah, cepat cepat dia soh delete.
nape? aishhh, jaga standard la beb! gambar musti mau ayu! CEH!


adoi,penat kan ngata orang, kurang pahala ai (T_T)
tapi xpe kot, bukannya korang knal sape dia..hehe
saje gelihati dengan perangai ala diva dia


nota conteng : nanti ai tukar lagi kepala itu taw taw.. tolongla tahan jap kena menyampah seketika :)

wassalam