Sunday, September 18, 2011

Biarlah 'mereka' berbicara

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Siapa yang nak berbicara?
 eheh, gambar-gambar raya bersama kesayangan2 ni laaa.. :)
checkitout guys!

ADA PERTAMBAHAN LAGI SORANG AHLI KELUARGA  RAYA KALI NI :) oh and tema kali ni warna PUTIH ^_^ comel tak ? eheh

cikfafa and the HEROES OF THE HOUSE :) oh,missing one hero there, my eldest brother..eheh
AIRA'S ATOK & NENEK.eheh. Da jadi grandparent da ayah ngan mamaku :p
Rombongan cik kiah, eh cik fafa berhari raya :p



duhhh.. buruk bebeno muke -___-" .. owh, that's my prertty sis in law and my eldest brother :)
This is the POYO girl in the house! Anyway, ada org cakap gambar ni boleh buat poskad. walaweyhh.. boleh? muahaha
LOVES;

SPM KENA LULUS BAHASA INGGERIS LA PULAK

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Saat berganti Minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, dan terus berganti-ganti.
Oh, mungkin konsep berganti2 ini yang cuba diterapkan dalam sistem pendidikan kita. Sentiasa berganti-ganti, sentiasa berubah-ubah.
Kadang-kadang kita memang perlukan perubahan dalam kehidupan supaya hidup bertambah baik dan terus maju ke depan. Tapi, biarlah perubahan tu berkadaran dan rasional. Bukan perubahan membuta tuli!

Dah lama berniat nak menconteng isu ni, tapi asyik tertangguh sebab kekangan masa. eheh,kekangan la sangat. malas je sebenarnya. :p
Tak berapa nak ingat hari apa hari tu, tengok berita TV3, dia punya intro : "BAHASA INGGERIS BAKAL JADI SUBJEK WAJIB LULUS SPM". Dgr je intro dia, memang tak berganjak dari TV sebab taknak terlepas tengok. heee...~
Ok, speech yang tak berapa nak speech sangat given by Timbalan Perdana Menteri.. YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Beliau cakap, macam dalam tajuk tu la, BAHASA INGGERIS BAKAL JADI SUBJEK LULUS SPM. haaaaaaa..amek kau! Tapi...! tapi ye kawan kawan, beliau berkata lagi, itu hanya akan dilaksanakan sekiranya bekalan gur bahasa ingegris mencukupi... oh, macam tu pulak.  agak-agaknya, ada tak usaha untuk mencukupkan jugak bekalan guru bahasa inggeris? kot kot la import cekgu bahasa inggeris dari LONDON ke.? ye dakk? huhu

Bukan nak mempertikaikan sangat usaha yang bakal dijalankan oleh government ni, tapi hakikatnya memang nak pertikaikan pon.heeee. 
Ada beberapa point penting yang kita boleh renung sejenak:

1) Bahasa Jiwa Bangsa ; Mana semangat patriotik yang diwar-warkan sangat yang sepatutnya kita tinggikan martabat bahasa melayu, bukan martabat bahasa penjajah. Bila kita cuba jadikan bahasa Ingggeris sebagai subjek wajib lulus SPM sama macam bahasa melayu, sedar tak yang kita sedang cuba menyamatarafkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris? Tak sedar? ha, cuba sedarkan diri sekarang!   Oh lagi satu, amatlah tidak bersesuaian bila tambah tambah lagi, pengumuman tersebut dibuat masa kita masih dalam mood kemerdekaan. Sebab terasa macam  apa yang dicakap mengenai sayangi negara, cintakan bahasa tak selari dengan perbuatan.. -____-". Not a good example tau..!

2) Negara Matarahari Terbit boleh maju hanya dengan bahasa ibunda mereka ; JEPUN! cuba anda tengok negara JEPUN. rasanya fakta ni semua dah sedia maklum. Kita pergi negara diorang, kita kena cakap bahasa diorang. dorang datang negara kita,  diorang tak cakap pun bahasa kita. btol? Tapi, tengok sendiri macam mana majunya teknologi diroang hanyta dengan berbekalkan bahasa ibunda mereka tanpa perlunya memartabatkan bahasa orang lain.

3) Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhakan;  Apa cerita dengan yang ni? Cuba anda fikir, kalau dulu, sibuk dengan usaha mengapplikasikan Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris, sampai hantar guru2 untuk attend special course. Now, nak mansuh pulak. Lagi sekali berganti-ganti silibus,and as I posted on my facebook's wall, " Malaysia akan tersenarai dalam top 5 negara paling banyak orang gila" ! Jangan terkejut sebab itu semua tak mustahil kalau sistem education asyik berubah. Ok la, kalaulah Math & Science in English tu tak dimansuhkan, rasanya, mungkin ada juga relevan nya untuk jadikan Bahasa Inggeris tu sebagai subjek wajib lulus SPM ( walaupun tak berapa nak relevan), sebab adik2 kita ni dah dipolish dengan penggunaan bahasa inggeris yang agak meluas, berbanding zaman-zaman kita dulu.kot. Tapii, bila nak dimansuhkan, dah tak ada relevannya di situ sebab dah tak selari intentionnya. Dua tindakan yang super super contra.  Renung-renungkan :)

4) Bahasa Inggeris Bahasa International? : Oh ye, ini memang tak dinafikan. Sampaikan aku dulu pun bahasa utama belajar memang guna Bahasa Inggeris (walaupun duduk kat Malaysia, yang dulunya dikenali sebagai TANAH MELAYU ) . Tapi kenapa perlu dijadikan subjek wajib lulus SPM? Bukan semua orang nak pergi luar negara, bukan semua pelajar2 akan dihantar belajar ke luar negara, bukan semua pelajar akan bekerja di luar negara. Yang lulus cemerlang pun bukan semua dapat pergi sambung belajar kat luar negara, apetah lagi yang lulus sipi sipi je..kan?

5) Apa nasib pelajar yang tak lulus Bahasa Inggeris? : Renungkan lagi.. Hanya kerana subjek bahasa asing ni, mungkin ramai anak-anak bumi tanah melayu ni yang kena repeat SPM. Kalau dulu,gagal SPM sebab tak lulus Bahasa Melayu,  memang patut pun! sebab itu bahasa tanah air kita. Tapi bila gagal SPM sebab tak lulus bahasa asing, sedangkan Bahasa Melayu dah lulus,what should i say? hurmmm.. macam-macam dunia. Janganlah bebankan lagi adik-adik saya, Diroang tengah semangat belajar,jangan diberi banyak sangat tanggungan. Mereka manusia biasa. Bukanlah nak megendahkan. atau tak kisah kalau diroang gagal Bahasa Inggeris, tapi bagi mereka peluang. Gagal dalam SPM belum tentu lagi diorang akan gagal jugak di peringkat yang lebih tinggi. Lulus cemerlang Bahasa Inggeris masa SPM pun belum tentu lagi akan terus pandai menguasai bahasa tu. Ingat, kita manusia biasa, beri peluang kepada diorang. Jangan jatuhkan semangat diorang.


Setiap tindakan anda pros dan kontras. Ini semua hanya my 2 cents. Tak minta anda bersetuju dengan pendapat ini.sekadar contengan merapu sebagai luahan hati dan perasaan yang sedih dengan pendekatan2 yang kadang-kadang kurang rasional.

Thanks for reading!

LOVES,


Monday, September 5, 2011

kerja bermalasan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Ok, just a quick update for today.
Belum ada m ood nak post pasal raya sebab kalau post pasal raya wajiblah ada gambar raya, bila ada gambar raya, mestilah ada dalam pendrive,
tapi sekarang ni kat opis, malas nak berpendrive..boleh? haha

Hari ni kompem ramai dah stat kerja kan?
Aku pahammm sangat macam mana mood korang..
Hari ni, aku rasa macam nak tido je kat ofis.. tengok fail..apeee pon tak bolehh..
dengar bos bagi arahan, kepala mengangguk, tapi hati kat rumah, fikiran kat tilam bantal..muahahaha..
nasib baek boleh angguk lagi kann..kalau  tak angguk langsung, esok memang boleh tido 24jam la kat umah sampai berbualan lamanya..
paham tak apa yang aku cakap ni?tak paham? aku pon tak paham..miahahaha..

ampunkan aku, sebab sekarang dah time balik umah tapi aku sibuk bertapa kat ofis..
cis, kenapa tah rajin pulak
aku patut angkat punggung dah sekarang ni masuk dalam kereta dan vroooommmm memecut ke rumah...

sekian, contengan merapu meraban di petang hari
kalau bosan, jom kita conteng dinding pulak..

konklusinya, nak cakap, hari ni kerja sangat tak bermutu -____-"


Thanks for reading!


Loves,


Friday, September 2, 2011

sakuraaida porno~~~

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum

Taknak wish raya lagi sebab post pemanas badan ni bukan untuk tujukan ucapan ari raya ataup0n nak jemput datang rumah,tapi post pemanas badan lepas dekat sebulan tak menconteng cuma nak memanaskan periuk di dapur..boleh? merapu malam-malam ni memang sengaja mengundang penyepak kan?..-____-"

okey okey, taknak merapu meraban dah, mata da stim, otak da tingtong..j0m kita rungkaikan isu porno "sakuraaida"..

Sekarang ni aku nak buat satu ujian,kalau korang dapat,korang memang tak syak lagi terer tahap cipan la..haha..ok,ikut step2 berikut:
1) Pergi ke Search Engine GOOGLE, bukan enjin kereta ye!
2) Sila  taip : SAKURAAIDA
3) Apa lagi..tak retireti nak klik search?eheh.

Haaaaa..siapa dapat result yang ada kaitan dengan word-word mengancam macam ni:-

"porn,sex,sexy..." and semua la yang ada bau-bau bacang dengan those mengancam words?

Tak syak lagi korang memang bijak tahap cipan! Dapat kannnn??

So,apa kaitan si sakuraaida ngan aku pulak kan?pornoporno plak tuh, tiba-tiba melucah2 pulak tengah tengah malam dengan porno ni kan.hahaha. SAKURAAIDA bukan sedara mara aku mahupun kawan aku..tapi SAKURAAIDA adalah AKU. ye,AKU! Tapiiiiiii...dia bukan aku, dan aku tak kenal pun siapa dia.Kalau korang rajin, cubala tengok website2 tuh. Lepas tu share ngan aku sebab aku taktengok lagi. Tengok tajuk pon da seram..hahhaha

eh,merapu lagi eh? eheh,sikit je merapu  =p

anyway,dipendekkan cerita...blog ni dulu penah guna url http://sakuraaida.blogspot.com. Kenapa aku guna SAKURAAIDA? haishhhh..itu la dia, penipu,penjahat punya translator. Alkisahnya,korang mesti tau ada website yang kita boleh letak nama melayu kita,lepas tu dia kua la nama JEPUN kita..Haaaaa,tu la yang aku gedik2 test dulu. Lepas tu, nama jepun aku yang dia bagi : SAKURAAIDA! macam ayuuuuuu gituuuuuu kannnn.. Bila buat blog, aku pon letak la url http://sakuraaida.blogspot.com. memang macam comel kannnn..haha

Tapi, memang malang tidak berbau lahhhhh...
Kenapa wujud SAKURAAIDA yang sebenar!pulak tu PORNO! Damn Damn Dum bunyik mercun betol!sumpah taktau wujudnya nama si porno SAKURAAIDA tuh..!
mencik tau!mencik!

Jadiiiiiiiii..lantaran peristiwa tersebut, blog ini secara rasminya hari ini telah bertukar url selaras dengan nama blog which is: http://contengcontengfafa.blogspot.com. Semoga dengan pertukaran url ni,akan mencambahkan lagi kerajinan untuk menconteng. haha. takde kaitan...-___-"

Thank for reading!

L0VES,

Friday, June 10, 2011

rejeki..

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Rejeki?

Apa tu? 

Korang kena baca  dengan nada jawa sikit. baru umpphhh! ha0 liao! ahah,kalau memang pure malay, sebutlah REZEKI. lagi manis didengar :p

Cakap pasal rezeki ni, mesti dalam hati & sanubari kita as a normal human being, ada rasa, terdetik kat hati, like:

"whooaaaa,kayanya beliau"
"hensemmmmnyeee pakwe dia. padahal dia takdela cantik sgttt p0n"
"bestnya dia dapat kerja gaji berjuta-juta-jutaaaa" (nada bob dlm JUTAWAN FAKIR) 

Penah tak? penah tak korang fikir camtu? Definitely yes kan peeps! :)

Aku sendiri pun penah and selaluuuuu sangat terdetik kat hati macam tu. Lepas tu mula tak puas hati sebab orang lain dapat hidup bersenang-lenang dengan gaji berjuta-juta-juta, lepas tu jalan dengan pakwe hensem kacak bergaya walaupun dia tak la cantik mana, lepas tu glemer macam siti nurhaliza sampai semua orang adore la kat dia, lepas tu  pusing-pusing KL naik helikopter je, takyah susah2 jem sana sini, lepas tu lepas lepas ni, semua dia ada. Cecite pe yang dia tak ada? 

Siapa taknak dilimpahi dengan semua nikmat hidup tu? Hidup senang lenang.
 
sekali petik, sepuluh beg PRADA datang. aku? sepuluh kali petik, beg kat pasar malam pun tak datang-datang.bengang tak bengang la kan. berlagak betul beg-beg tu dengan aku.. Lepas tu dia sekali petik, seratus offer kerja datang. Aku? Seratus kali petik, lampu umah aku yang terbakar. Ada kaitan? Memang takde la :p

Then, cuba tengok zaman sekarang ni, masuk rancangan realiti pun boleh jadi jutawan. takyah susah-susah belajar sampai degree nak jadi peguam. Kau nyanyi je, minum air asam jawa banyak-bayak dengan modal singgit sekali minum, lepas tu at the end.... TADAAAAAA...! hamik kau SEJUTA RUPIAH! eh, RINGGIT MALAYSIA. Sekaligus jadik jutawan. Paling koman pun la kan, siapa yang masuk rancangan realiti nyanyi-nyanyi sekarang ni, mesti dapat RM100k. 100k beb! rasanya kalau aku kerja jadik peguam setahun turun naik mahkamah pun  belum dapat 100K tu. Tapi, dorang, dengan hanya menyanyi menari, attend class for 3 months, dah boleh dapat that amount. fuhhhh. memang tak adil, kalau dicompare dengan graduate bidang professional yang bertungkus lumus belajar for more than 3 years.

Tu la yang kita katakan REZEKI. ye anak-anak sekalian, REZEKI.
 
Tapi, sedih with current phenomenon. Cuba tengok rancangan realiti yang berbentuk Islamic.The prizes for WINNER. How much? Ada sampai jumlah yang disebut sebelum ni tak? Tak tau apa word yang sesuai nak describe this situation. DISCRIMINATION? or what. I dont know. Persepsi masing-masing. I am sad bila sudah terang lagi bersuluh bila benda-benda yang boleh dikategorikan sebagai melalaikan dapat lebih perhatian penaja-penaja. Oh, maybe ada la tu behind the scene yang aku tak tau.Only you know :)  

Itu pun kita katakan REZEKI.

And me, myself, baru habis belajar, tapi belum grad. Waiting for the day of graduation this coming December. Dah sebulan tanam anggur yang memang tak ade hasil. Bosan? Memang bosan.  Tension? Yup, tension bila online je, tengok facebook, semua nak update pasal dapat kerja tu la, kerja ni la, kerja sana la, kerja sini la. AKU? Masih di sini menghabiskan beras di dapur and berusaha membersarkan badan. Lagi tension bila dapat tau gaji dorang gempak-gempak. Tertekan beb, seriously! Tapi....

Tu la kita katakan as "REZEKI".

ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing. Rezeki tetap ada. Cuma cepat dan lambat je. I believe. Cuma kita sendiri yang kena usaha lebih.
Ingat, ALLAH MAHA PEMURAH :) and ingat, ALLAH sentiasa menguji hamba-hambaNYA. ALLAH bagi kesenangan,and ALLAH akan uji kita dengan kesenangan tu. ALLAH bagi kita kesusahan, and ALLAH akan uji juga kita dengan kesusahan tu. Mungkin kita tak dapat ganjaran kat dunia, tapi INSYAALLAH, ada ganjaran di akhirat :)

Contengankaki:
REZEKI takkan datang bergolek :) 


THANKS FOR READING!

Tuesday, June 7, 2011

"akhirnya tamatlah riwayat hidupku..."

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Ha adik-adik, mari-mari mari ke mari duduk dekat dekat ngan kakak yang c0mel momel ni. kak nak habaq sat kat hampa suma, satu ceghita al-kesah zaman t0k nenek hang. d0k ghrapat2 tama0 gad0h2 naaaaaa...

eh? pelik ouh lidah kl ni nak berloghat2. sumpah kena kutuk pasni.takp0n kene penampaq sedasss.. -___-"
dipendekkan ceita, alkisahnya, dikala di dalam kereta bersama-sama mama ku, dan adikku, hendak kemana tidakku ingat. tapi beberapa hari yang lepas la. tapi dah lupa. sah nyanyuk..... :(
masa tu borakk2 pasal apa tah, terkeluar la 1 issue pasal karangan aut0biografi.
apa tu karangan autobiografi? tak tau? ish ish ish, korang ni sekolah kat mana ni, takkan tak tau kot, tu spesies karangan yang paling diminati tau. yang paling senang di abad ini. sebab paling sempoi ikut je daya imaginasi kau yang tinggi mencecah langit tu.eheh, aku bajet macam terer je kan. :p

oklah, bagi yang tak tau tu,atau bagi yang dah terlupa apa tu karangan autobiografi, sedikit fakta tentang karangan autobiografi supaya anda faham jalan cerita yang akan diceritakan selanjutnya. erk.. ayat berbelit? huhu.

sesungguhnya, karangan autobiografi merupakan karangan yang anda akan mengimaginasikan diri sendiri sebagai satu objek, contohnya, kasut. cerita la  pengalaman mula2 dibuat macam mana, kat mana, dibuat daripada apa, sleit2kan pugak perasaan sebagai kasut, yang mahal ke, like seronok, sedih, takut, semua boleh. 

and, yang nak di stress kan kat sini is; ayat yang paaaaaaling famous bila buat karangan ni :
"akhirnya tamatlah riwayat hidup aku sebagai sepasang kasut"
eheh, cliche punya ayat. jangan tipu kalau korang kata korang tak penah buat ayat ni. famous kottttt. aku pun memang suka gila la buat ayat ni,dah sedih2 kena buang kat tong sampah, koyak-koyak, badan sakit-sakit la konon, akhirnya.... INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UN..


haaaa, ni yang nak marah ni. lain kali jangan buat ending yang macam tu taw. jangan nak touching-touching sangat. Sebab, masa aku Darjah 6, kitorang kena warning dengan cikgu BM merangkap cikgu kelas kitorang, lebih kurang macam ni la :

"awak jangan mengada-ngada buat karangan autobiografi tu, ending  [" akhirnya tamatlah riwayat hidup aku sebagai blablaba..."]. Kalau awak dah mati, macam mana awak boleh cerita kisah hidup awak sekarang ni.."
amacam? ada logik ka deyyy? haha. very logik ok.

soo..kalau taknak kena babap, jangan mengada-ngada buat camtu tau.. letak la happy-happy sikit. contohnya macam ni:
"akhirnya aku dikutip oleh seorang kanak-kanak. Aku dijahit dan dipakai semula.Aku sangat cantik"
Senang kan? :p

CONTENGANKAKI:
Tu based on experience 12 years ago.outdated tak? cikgu korang sekarang ni ada cakap macam tu tak?
Buah cempedak diluar pagar, Kalau salah tolong tunjukkan :)

THANKS FOR READING!

Tuesday, May 31, 2011

puan sipipi labuh dah kawen

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Its Friday night, 27th of May 2011, 9pm..
Sorang lagi classmates selamat bergelar ISTERI kepada seorang lelaki.
Alhamdulillah, perhubungan yang dijaga sekian lama, now dah tersimpul terikat ter dan bermacam macam ter lagi dengan satu ikatan yang suci :)) i dont know exactly how long u guys have been together:.i bet, macam2 dugaan yg cikpuan sipipilabuh  tempuh kan? whatever it is, kamu dah p0n jadi isteri orang. tahniaahhhh my adik. tapi adik lagi besar daripada kakak.duhhhhhh. -____-" tak aci betol..pulak tu, kawin dulu pulak.. lagi laaaaa.. ai jeles u. haha.

fyi, majlis berlangsung at Surau Ar-Rahmaniah, Batu 7 Gombak :), and of course la, aku sempat menghadirkan diri. Waited for this meaningful moment for soo longgg.. eceeeehh, macam aku pulak yang nak kawin kan?haha. BUT, this is only NIKAH CEREMONY. The reception.... tungguuuuu.. kan puan sipipilabuh kan kan kan? Jangan lupa jemput saya lagi eh? :p Banyakkkkk sangat gambar sebenarnya, tapi, tak larat la nak upload lagi, so, jom cuci-cuci mata sikit-sikit dulu eh.eheh
 
Cincin kedua mempelai :)
CIKPUAN SIPIPI LABUH TGH BERSIAP :)
senget kepala tengok? gud.. teleng2 kan kepala anda.haha




 
TADAAAAA.. encik suami sipipi labuh aka en. asyraf :)

MAS KAHWIN. SELANGOR, now dah RM300.

i LOIKEEEEE! soooo sweeeet. bila la aku punya turn nih.muahahhaa.

Dah dah, taknak upload banyak2 gamba, rasa jeles membuak-buak nih.haha.
all in all, CONGRATULATIONS TO:

SITI HAJAR & ASYRAF
Semoga korang bahagia sampai ke akhir hayat, dikurniakan anak-anak yang comel & tembam macam korang and andof course anak-anak yang soleh:)
i'm happy for u guys! and

J.E.L.E.S =P

eh, lupa, thanks to IZZATI sebab rajin jadik photographer malam tu dengan ehsan kamera adik aku. LOL!
kau memang photogapher tak bertauliah.haha.

CONTENGANKAKI;
banyak pulak  tersebut J.E.L.E.S. -__-"
I mean it.haha

Sekian, thanks for reading! Luv ya! :)

Sunday, May 22, 2011

SELAMAT 'belated' HARI IBU & TEACHER'S DAY :)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum

Yuhuuuu... Awwwww chakkk! TETIBA -___-"
Hari ni dah 21 Mei rupanya. tik tok tik tok, sekejap je masa berlalu. tik tok tik tok juga, dah lama aku tak update blog. Sampai kan tajuk blog pun terpaksa ada "belated".. haishhh, LOSER!... ahh, tak kira tak kira! nak jugakk wish SELAMAT 'belated' HARI IBU & TEACHER'S DAY! muahhh muahhh to all mommies and teachers in the world :)

Seronok menjadi seorang cikgu bila anak-anak didik kita berjaya. Seronok bila tengok dorang makin pandai. Daripada seorang pelajar hingusan yang tak taw ABC, tak tau macam mana nak mengira secara teratur 123, daripada cuma pandai baca perkataan 2 suku kata je, daripada tak tau nak baca doa masuk tandas, tak tau rukun2 solat 5 waktu, kini pelajar2 dah buktikan dorang boleh lakukan lebih daripada tu. Berkat tunjuk ajar siapa? GURU lah. 

Seronok juga jadi cikgu, bila anak-anak murid datang kat kita and say "THANK YOU TEACHER, I GOT 'A' FOR YOUR SUBJECT" . Ya Allah, ALHAMDULILLAH..

Lagi seronok, bila datang je 16 Mei,berlonggok-longgok mcam ulat gonggok hadiah atas meja. Siapa bagi? Mestila anak-anak murid. Belum campur kek coklat lagi. Tetiba.haha
Semangat kan jadi cikgu when u can feel those? tiba tiba rasa berdebar-debar jantung nak jadi cikgu.. eh? berkobar-kobar kot.... -___-"

 Cakap banyak pun tak guna kan.. nahh tengok ni...
See....... siap dapat baju kurung 3 pasang, dengan tudung sekali.. haishh. aku memang lemah la kalau bab baju-baju  ni, nak nak kalau free kan..siapa yang tak nak oii!

So, all in all, JADILAH CIKGU.mueheheheh.. Again, happy belated teacher's day  especially to my mama sebab she is a teacher... and hadiah2 tu forsure la hadiah my mama, and lagi forsure, not mine.. haha


Selesai Bab 1, nak masuk bab 2 pulak.

SELAMAT 'belated' HARI IBU..!!!

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku
Bila kuberduka
engkau hiburkan selalu


Inilah insan yang bergelar mama :) yang dah baaaanyakkkk sangat berkorban & bersabar dengan kerenah anak pompuan beliau yang sorang ni..

eh eh ehhhh.. silap... ni ayah, bukan mama..haha.. 
whatever pun, pengorbanan ayah pun tersaaaangat lah banyak. boleh nangis kalau dikira satu persatu yang sebenarnya tak terkira pun. -___-"
yes! my movely mom :)
ahhh, bila upload je gambar-gambar ni,  feel like crying
i owe them sooo much that i know will never ever able to pay back

kek hari ibu dated 13th May 2011. lambat la daripada hari ibu yang sebenarnya kan. ye, aku tau, even masa aku beli kek tu pun, kakak kedai tu ckp, " aik, da lama lepas da". adik aku dengan bijak pun  menjawab " better late than never" .. yeahhh.. betul kan. sebab tak ada masa yang sesuai nak celebrate on the 8th may till the 12th may.

watever it is, its just a simple suprise celebration. tak ada plan pun, just kebetulan keluar then hantar adik yg si bongsu gi tuisyen, dekat pulak dengan kedai kek, terus la ter'TINGGGGG!!' .. ohhhh.. this is the time.!
bawak mama duduk dekat gerai makan yang memang hajat mama nak g duduk2 minum kat situ pun.haha. suruh adik cover line dulu sementara aku g beli kek.
potong kek dekat gerai tepi jalan je.
well, for me, tak kisah dekat mana-mana pun, as long as ikhlas and show that you appreciate her/him :)

Last but not least, to my superduper lovely powerful mama :
HAPPY 'belated' MOTHERS DAY 
&
HAPPY 'belated' TEACHERS DAY

thank you so much for being the greatest mom in d world
thank you for being soooo patient with your children and your students :)
May ALLAH bless you

loveee u sooo muchhh

from your soooo poyo daughter;

*sejak bila palaki spek pun tak tau la, dah macam mak nenek -____-" LOL*


Contengankaki;
Remember! Syurga di bawah tapak kaki ibu and doa ibu sangat mustajab :)


THANK YOU FOR READING :)






Tuesday, May 10, 2011

the end of student life?

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Its my 2nd day at home after the final paper :)what a relief. in fact, yet to relief. until my thesis is approved for binding, i'l not live peacefuly.haha. just sent the corrections pending approval. hopefuly, there's no more correction. just need to submit the the Abstarct in Arabic..and again, hopefuly, thsi week, i'l manage to send it for binding :) 

this evening, i need to go back to nilai since there will be a dinner with dearest cousrsemates at Sate Haji Samuri @ Bangi.. fully sponsored taw by 1 of my classmates. hehe. best kan? then, tomorrow morning, will be going to Sungai Congkak for another activities with them. mandi2, barbequing, so on and so forth. haishhh, lemah la dgr mandi2 neh. allergic btol kala0 da sampai sungai tapi tak mandi. haha. maybe that will be the last time we could spend together. Well, of cos each of us 'll have our own destiny :). mana yang rindu kampung, will go back to the hometown & berkhidmat kat sana. insyaAllah, ada rezeki, jumpa lagi kan.

going to pack some stuffs for tomorrow. sebab menumpang rumah orang tonite, so kena bawa apa apa yang patut.eheh. will update later on.
Till then..see ya! Muah muah

Contengankaki:
Mood rindu to blogging.  :(
Mood searching for job -___-"

Sunday, May 1, 2011

sedih je mengadu :(

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,

Tak perlu berceloteh panjang, tak perlu berjela jela ayat pembuka kata

Kalau korang sedih kan, korang selalu mengadu kat siapa? dekat mummy? dekat daddy? dekat kawan2? dekat boyfriend/ girlfriend? 

errrrmmm.. jangan nak kata " mestilah kat ALLAH" -____-"

yang tu hakikatnya aku pun tau. kita mesti akan mengadu kat ALLAH, sebab kita yakin ALLAH dengar. tapi isu di sini, kita sebagai manusia tak boleh lari daripada memerlukan insan lain disisi untuk kita mengadu domba masalah kita, tatkala kita sedih.kan kan kan. please, jangan deny -___-"

dulu, masa zaman-zaman sekolah, aku sukaaaa sangat mengadu kat kucing kesayangan aku yang berbulu kembang and sangat comel, tapi berlagak sikit.heh. betul.. aku akan baring kat katil sambil peluk dia pastu cakap " MONTEL, akak sedih la.." pastu aku akan cerita bla bla bla kat dia... sambil tu mesti SI MONTEL meronta ronta minta dilepaskan. -__-" lagi dia meronta, lagi aku peluk dia kuat2. sebab aku nak cerita gak kenapa aku sedih. sebab, walaupun dia haiwan, kit atau dia tak faham apa yang kita cakap. kalau dia tak ada respon pun, tak ada la nak terasa sangat, at least we know. tapi cuba kalau cakap dengan manusia, lepas tu dia boleh buat muka seposen je and respin yang entah apa-apa. what say u?

tapi sekarang, MONTEL dah mati, dah lama dah. and aku pun dah tak bela kucing. and u dont know how i miss that moment.aku bukanlah jenis yang akan share saat saat aku sedih dengan my mom. no, that's so not me.bukan semua benda aku share dengan my mama. hurmmm.. 

and now, i am sad, and i need my cat. to share my sadness :'(


ya Allah, tabahkan hatiku. Aku lemah ya Allah. Berikan aku kekuatan  :'(


Saturday, April 16, 2011

BILA LELAKI KATA....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,


UNTUK WANITA..

Bila lelaki kata 'saya sanggup bagi apa saja yang awak nak'
JANGAN PERCAYA!
sebab tak mungkin dia boleh bagi semua harta dia..

Bila lelaki kata ' awaklah satu2nya wanita yang saya sayang'
JANGAN PERCAYA!
sebab yang pasti dia lebih menyayangi ibunya

Bila lelaki kata 'saya akan sentiasa disisi awak'
JANGAN PERCAYA!
sebab dia takkan ada kat sebelah kita 24jam

Bila lelaki kata ' saya tak akan buat awak menangis'
JANGAN PERCAYA!
sebab kita pasti akan menangis kerana dia, kerana rindukan dia, kerana risaukan dia..


- SEKIAN -

Saturday, March 19, 2011

mama......demam :(

Assalamualaikum,

tengah mood  demam, sayu  teringat  kat  mama
ohhhhh..seriously, i miss  her  so much n  i miss my  ayah n  my adek2  yang  nakal
time2  demam macam  ni, memang rasa  nak nangis  je  selalu

dari  dulu lagi, kalau  duduk  kat  rumah,  asal  demam je terlepek  macam tak bermaya  langsung
nakk tidooooo  je keje.
lepas tu mama mesti datang  bilik, tanya  " demam ke?"
sambil tanya, tangan mesti letakk kat  dahi..
and.....
time tu jugakla airmata ni mesti nak menitis
cehhhh. mengada?


bukan mengada, tapi memang secara automatic kerana  sentuhan seorang ibu..
dan mesti lepas tu terus carikan panadol nak  suruh anak dia ni makan, supaya  cepat sembuh
kalau ajak pergi klinik, hurmmmm.jangan harap la nak pergi
aku  memang  tak berapa suka nak pergi klinik,  jangan  tanya kenapa.huhu

masa  kecik  kecik dulu, memang  seronokla bila mama sapu  air  asam jawa kat kepala
sejukkk  je.  takpun letak air lidah buaya. :)
lagi satu,  minum  air badak, tapi aku tak suka.tak tau kenapa.heh.pelik kan.
pastu ayah  pulak,  memainkan  peranan  untukk memicit  kepala  yang confirm berdenyut2 tatkala demam
memang ayah the best  tukang  urut ever. kaw  kaw punya. heh.

tapi,
kat  sini, ketika ini,  aku sorang  sorang
tak ada yang  boleh picitkan  kepala
tak ada yang  boleh hulurkan panadol, apatah  lagi yang nak letak air asam jawa kat kepala





YA ALLAH, SEMBUHKANLAH AKU


Thursday, March 17, 2011

salah . menyalah . kesalahan . pesalah .

Assalamualaikum,

sad.
really.
no more tear?

i cant.

banyak perkara yang berlaku  sejak beberapa hari ni
yang  menuntut  kesabaran memujuk hati agar  tak memberontak
manusia memang tak pernah  puas  hati
yang jadi  mangsa,  manusia  jugak

things  just  happened

apabila  manusia  cuba  menutup  kesalahan  diri sendiri  dengan mencari  kesalahan  orang  lain. manusia  jenis apa  ni? manusia  hipoktrit?manusia ego? manusia yang tak  ada akal fikiran? manusia yang tak ada otak?

bagi  aku, ini manusia  BODOH!

apabila manusia menyalahkan orang hanya kerana perkara yang sebesar kuman sehingga dijadikan sebesar gajah. mengadu domba di  ruangan  public dengan  alasan-alasan tahap kanak kanak  tadika  yang  mungkin  kanak  kanak  tadika  sendiri  lebih  matang  pemikirannya. semuanya  dilakukan  untuk menagih  simpati. manusia  jenis  apakah  ini?  manusia  gedik?  manusia  propa?  manusia  gila?

bagi  aku,  ini  manusia  BODOH!


kenapa manusia-manusia  ini BODOH?

sebab  tak pernah  nak  menilai diri  sendiri sebelum beban kesalahan  diletak atas orang  lain
sebab  betah menjatuhkan  hukuman  tanpa menilai fakta  fakta  kes  dan  bahan bahan  bukti

kalau  manusia  manusia jenis ini tak  berubah
masyarakat boleh  porak peranda
kelak jangan disalahkan manusia lain tak cuba mengubah,
gunakan akal fikiran yang  waras, bukan ikut  rasa.


Wassalam

Sunday, March 13, 2011

bila mama berbicara.....


fafa  : tinggall  berapa  bulan  je lagi ila nak habis  belajar. harap  harap  lepas  la grad tahun ni. tapi, kalau da grad pun beum boleh nak chambering lagi.kitorang punya degree  kan belum dapat approval bar council

mama  : belum ada la yang lepas jadi lawyer?  senior2  macam  mana?

fafa  :  senior pun dengar cerita ramai yang amik nak jadik lawyer syarie la sebab takyah recognition bar
          council.

mama : owh,takyah chambering?

fafa: takyah.tapi depend on certain state  gak.ada yang  nak kena wat  chambering gak,tapi tak lama la     macam civil punya pastu kena amik test plak. 
      emmm..kalau nak kerja under government,memang  takde  masalah la.sebab jpa dah  lepas.so,bolehla apply pegawai undang undang under government.  tapi..ila  tak  berapa  minat  la ma..ila taknak jadik DPP, or SAR, or Magistrate. Ila tak berapa suka. nak kerja kat firm je.huhu

mama :  kenapa  tak  suka?
fafa : entahla. plannya.sementara nak tunggu dapat recognition  bar council, bley la ila kerja je jadik kerani ke kat mana mana law  firm, at least, dapat experience  more kat firm.then nanti bila boleh chambering,ilmu tu boleh  apply.senang sikit kan. takla terkubur macam tu je. tak kisah la gaji macam mana pun.

(mama mengangguk)

fafa : lepas tu kan mama,nak g kelas buat kek la.beajar  banyak banyak resipi, nanti  boleh  jual. best la dapat  buat yang  comel comel. 

mama : pergi la.. (sambil suggest  nama tempat untuk belajar  )

fafa : haaaa.kalau jadik cikgu macam mana ea ma.tambah belajar setahun je kan..

mama : apply je nanti, ok je kalau  jadi cikgu.  tapi kalau boleh cubalah bidang  yang  kamu belajar  dulu

fafa :  yela,memang  pon.dah belajar 6thn,takkan nak biar  macam  tu je. tapi bila fkir  pasal recognition, terus  jadik down.  :( kawan kawan ila pon ramai yang nak jadi pensyarah,lawyer syarie. tak ramai yang nak amik bidang civil. sambung belajar, macam nanti dulu kot. nak rasa pegang duit sendiri dulu.dah lama sangat belajar.

mama  : memang  taknak ke kerja ngan  government?

fafa  :  taknak,sebab nanti kena  dengan bidang  yang ila  tak  suka.  

mama :  kena mintak jugakla. kalau  government kan terjamin  sikit.  nak buat  loan rumah  semua senang.  at  least dapatkan tapak dulu nak kerja. nanti apa apahal senang.

fafa : tapi tak suka. nanti kena tukar suka suka hati.kena bahagian yang ila tak suka.


..........


fafa :  yela yela...apply jugak nanti  -____-"


Bila mama berbicara...
 

CONTENGANKAKI
ila adalah panggilan manja dirumah. =p
fyi, kenapa ada choice nak amik civil or syariah, sebab memang my degree is double degree :)

doakan kejayaanku  
semoga  segalanya  dipermudahkan..
aminnnn

Sunday, March 6, 2011

Ku kan terus mencinta sedetik lebih :)

Assalamualaikum,
here is song of the day

OST  for HIKAYAT  MERONG  MAHAWANGSA

the lyric is just  nice
and sweet
originally dinyanyikan  by si  hensem ANUAR ZAIN
ohhh..his voice is  undoubtedly  amazing.  truly  in love  kalau  dengar kan
but, this time terjumpa one vid  kat  youtube  in which  there's  one  guy  yang  nyanyi lagu  ni & suara dia ....  feewitttt jugak  la!  boleh kita  berduet? haha

jatuhh  cinta  la kat awak CUMI1569.

ehhh..tak  boleh..tak  boleh.  tak  boleh jatuh cinta  kat awak.
h0h0h0h0hhh0..


owh btw,the cover pon  nice!
credit  to  OBITLENSA  :)


hence,  without further  delay
present  to you....

'SEDETIK  CUMA'
by ANUAR   ZAIN  :)





CONTENGANKAKI
dedicated for you, dear   ;)

Saturday, March 5, 2011

EXCLUSIVE COMPLIMENTARY PASS TO "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA"

ASSALAMUALAIKUM


,

ohhhh...seriously,  i  am  super duper  excited  now. I  just received  two tickets  for  'HIKAYAT  MERONG   MAHAWANGSA'  seperti  yang  tertera  dalam  gambar  di  atas..wuhuhuhuuuuuuu..  happy!  happy!  happy!  berbaloi  baloi  mengada-ngadakan  diri  topup  minimum RM10  sebanyak  2x  in  a  day. Oh, memang tak kisah sangat nak topup sebab expired date 2013 nanti, almaklumla, pengguna  UNIPAX :)..Lepas  dah  sent  details,  CELCOM  cakap :  "1000  yang BERTUAH  akan  dapat".  memanggggg masa tu  dah  tak  berharap  sangat..yela kan,  bukan  senang  untuk  jadi  yang bertuah  dlm  1000  tu. Pengguna  celcom  je  dah  berapa  ramai. so, redha  je la,  disamping  turut   mngharapkan  tuah..muheheheh


dan..alhamdulillah :) 

satu hari  yang diselubungi  kesedihan  dan  kekusutan,  Allah selitkan jugak  kegembiraan..
betul seperti kata  pepatah : 
"EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING"

sekurang-kurangnya,  terubat  sikit  kekusutan  aku ni  :)

tayangan  bermula  17  mac  2011 till the last day of tayangan fiem ni. taktaw  lagi  nak  g  bila.  kena  tengok  jadual  dulu.  almaklumla,  hidup  makin  tak  terurus  sekarang  ni.huhuhuhuh..
oh  dan,  boleh  pilih  nak  tengok  dekat  either  ; CATHAY /  GSC  /MBO /  TGV/ BIG  CINEMA  /LOTUS  FIVE  STAY  yang berdekatan  dengan  anda
lepas  tu, kena  bawa  these  2  passes untuk ditukarkan di kaunter ke bentuk  ticket yang  sebenar..
ohhhhh, tak sabarnyaaaaa..memang jakun  gila la bila orang  first  time dapat peluang macam ni. macam la tak penah tengok wayang kan! -___-"

and..
siapakah  peneman  bertuah  aku  untuk  menonton?
J0M SAYANG!  ahahaha.. tettttttt!


haaaa,  jeles tak?  jeles tak?  lebih  baik korang  jeles  sebab  korang  tak  dapat  kan?  hahahahhaa.. anyway,  sape yang dapat  gak  tu,  congratz  yeah!    :)

oh  ye,   ini  pandangan  belakang  pass ^_^..  tercatit  disitu  terms  &  conditions.. eceeehh..poyo  jap  di  situ =p
sori  ye,  terlebih  excited  la..... ampunnn  ampunnnn



CONTENGANKAKI;
lepas  ni  kena  rajin  try luck  lagi..
semoga  akann  terus  bertuah
muehehehehe..

TERIMA KASIH CELCOM :)

pakar menyakitkan hati orang ?

aku bukan doktor pakar,
aku bukan jua peguam yang  pakar
apa  yang  aku  tahu,
aku  cuma seorang  insan  biasa  tetapi  luarbiasa  dan  pakar  menyakitkan  hati  orang



ye.....
aku  tak  matang
aku  belum  matang
secara zahir  mungkin  aku  dah  matang
tapi  belum lagi  matang  pemikiran
belum  lagi  matang  tingkah  laku

kesannya..
tingkah  laku  dan  pemikiran  yang  tidak  matang  ini  
hanya  mampu  menyakitkan  hati  orang



maafkan  aku

  kamu  memang  penyabar


contengankaki;

jangan  la  asyik tanya  aku  'bila  nak  kawen'  
aku dah  penat  oiii nak  jawab
boleh bikin  stress kepala.
haha
....
...
belum  ada  yang  masuk  meminang
ada  rezeki nanti ada  la
ada  paham?

sekian.


eh,  korang  pakar  macam  aku  tak?
-___-"

Saturday, February 26, 2011

... S0OO HECTIC KEBAB00M

hari ni hati kata mahu
hari semalam hati kata mahu
hari esok?
semoga terus mahu

hari ini tangan ligat menaip
hari semalam tangan ligat menaip
hari esok?
semoga terus ligat menaip

hari ini otak berfikir
hari semalam otak berfikir
hari esok
semoga terus berfikir
hari ini badan malas
hari semalam badan malas
hari esok?
semoga jangan terus malas


Bismillahirrahmanirrahim,

ALLAHUMMA LA SAHLA ILLA MA JA'ALATHU SAHLA WAANTA TAJ'ALUL HUZNA IZA MA SHI'TA


sungguh, tekanan menyiapkan tesis sangat terasa


CONTENGANKAKI;
nanti bila semua dah settle, will pay a visit back  k :)


Sunday, February 20, 2011

sedih la camni :(

Bismillahirrahmanirrahim,

sedih. keyboard ni ak berfngsi dengan elok :( d0nno masalahnya.  ada horof2 yang x bley gna. see, i am s0 malas nak gna on screen keyboard. fenad yo know & +ry  sbo+an yg laen ske+ & simb0l yang laen ske+, dengan harafan  korang boleh faham. hahaha. ok, dah macam bahasa afa dah fon +ak +aw.




keadaan begini sanga+ mengganggo keinginan ako nak wa+ esaimen :( very :(

kawan kawan +erdeka+ xde yang +aw

nak kena an+a g klinik ko+ neh :((:((

kala0 de yang +aw, flease flease flease. helf me. 

adoiiii..kedengaran s0 weird la +hose aya+ :(



Saturday, February 19, 2011

goreng pisang ke pisang goreng (?)

Bismillahirrahmanirrahim,

hai readers kesayangan! apa khabar sekalian anda?dah lama tak c0nteng conteng sini. rindu tak,rindu tak? baik cakap rindu, kalau tak, tak dapat 'goreng pisang' ! haha, kenapa 'goreng  pisang'? sebab dia beshhhhhhhh.

korang kan, kalau g gerai2 kan, mesti cakap kat makcik : "makcik, nak  'GORENG PISANG' singgit' " kankankan?


aku musykil la,kenapa nak beli GORENG PISANG eh? kenapa tak beli PISANG GORENG?....






haaaa,tu mesti nak cakap " alaaaaa, sama je la mana mana pun, ada pisang jugak "..



------------------------ 


haipppppp, berani cakap macam tu? babap kang!

jom, kita tengok kenapa dua terms tu berbeza;


nampak gambar tu?
nampak orang pakai topi tu?
beliau tengah buat apa?
tak faham gambar?
ok, cuba bayangkan beliau sebenarnya tengah menggoreng. || ceh, buat penat aku lukis kalau korang tak paham. kuciwa la. haha -___-" ||


yela, sebenrnya nak cakap bahawasanya term 'GORENG PISANG' itu merupakan satu perbuatan. "GORENG", adalah kata kerja, dan "PISANG" adalah objek yang dikerjakan. faham?
apabila kata kerja digabungkan dengan objek, ia akan menjadi apa? jadi kata kerja la.haha. sorryla, aku sendiri da lupa undang undang bahasa ni  -_-"

tapi lebih kurang macam tu la

bila PISANG dah digoreng, maka timbullah 'PISANG GORENG'

macam ni;
IMAGE : CIK G00GLE :)


nampak sedap kan,lazizah jiddan :) barulah boleh makan

kalau mintak 'GORENG PISANG', boleh makan ke?

walaupun nampak remeh, tapi ia akan terus menerus salah kalau tak dibetulkan
even 1 perkataan membawa seribu makna


kalau lah aku jual PISANG GORENG, then ada orang datang cakap " kak, nak GORENG PISANG singgit".....
 ;
;
;
;
;
;



aku bagi je apron, sudip kat dia, and cakap;
" nah, goreng la pisang ni "


boleh tak macam tuh?muehehehehe


CONTENGANKAKI;
so, starting from today onwards, tolongla beli "PISANG GORENG", jangan beli "GORENG PISANG"

IMAGE : CIK GOOGLE :)

Sunday, February 13, 2011

BANYAKNYE BLOG HANG ...

Assalamualaikum,

aku terkedu
aku terkesima
aku terduduk
aku terjatuh

ahhh, tiada kena mengena semua itu
pembuka bicara yang entah apa apa. haha.


HAAA, look, the r0unded column,
he said:
"banyaknye blog hang... "

haha.yes, undeniable.


okey, everyhing happen for a reas0n; lets check one by one:

ALL START HERE;
FAFA's official blog, CONTENG CONTENG FAFA  :)
everything about me is written here, pers0nal opinions, pers0nal story mory,
and any rand0m things.
and as we can see, there are lots of menu at the b0tt0m of the header yang comel.haha.
(m00d perasan jap )

FROM LEFT : CONTENG CONTENG FAFA, CONTESTS & FAFA, GALERI FAFA, FACEBOOK FAFA, & LAST BUT NOT LEAST, TANYA FAFA

orite, CONTENG CONTENG FAFA, as stated earlier, is my official blog, clear cut case. 
Secondly, CONTESTS & FAFA


why do i have to create this blog?

okey, i love contests.. when i love contests, i want to join contests, when i want to j0in contests, i will create entries for the contests, when i create entries for the contests, my official blog will always full with contests when my official blog is fulled with the contests,my entries in the official blog will be left far behind. got it?

so what?

so, this is the function of another blog, specially for contests organized by bloggers :)
i am free to j0in whatever contests without disturbing the official blog of mine. ok tak?
maybe for certain bloggers, they dont mind to put or mix up contests and so on and so on in a single page, but i stand otherwise, and i know, there are many bloggers outside there who also 'CONTESTS MANIAC'  & have separate blog just for contests. so, have fun with contest ! yeay!

thirdly, GALERI FAFA
OR, the exact name ; fafagalleries

for the purpose of my business
yes, i do love business, and i am doing it step by step. hopefully, will able to succeed. oh yes, do visit fafagalleries keyh, will be updated s0on :)



forthly, FACEBOOK FAFA

sudah terang lagi bersuluh, its my facebook account, of course !

my pleasure if you guys wanna add me there, BUT, please please please, leave a message, informing that you are from my blog, i'll not simply approve people / strangers . thanks for your cooperation. haha. demand gile kan (?).

fifthly, TANYA FAFA

its a formspring account;
well,the truth is, its nothing ! just for fun.hehe. if, in case you have any question to ask me, feel free to do so ya! if you have nothing to ask me, you must make yourself have something to ask me.mueahaheheh.boley tak camtuh ?

I think, thats all for now,
the last two points not related to the topics since it is not blog, but... apa kata kita anggap je those twos are blog? boleh? haha.

 TERIMA KASIH DAUN KELADI, JANGAN BOSAN BACA ENTRY INI :)
KALAU BOSAN BACA ENTRY INI, TAKPE, SIKIT PUN TAK TERASA HATI :)

 INI TUAN PUNYA BLOG(s) UNTUK SEMUA YANG TERSEBUT DI ATAS
COMOT KAN? haha. gamba enterfrem tetiba.

SEKIAN, WASSALAM :)

Friday, February 11, 2011

I FALL IN LOVE :)

I FALL IN LOVE..








WITH YOU...













NO! 















WITH THIS :)


CUTEeeeeeeeeee rite?!!


dedicated for you :)

HECTIC LIFE BEGUN (!)

Bismillahirrrahmanirrahim,

dear diary, 
this is short entry for you,
you dont know how i miss you, 
i am currently super duper busy
the hectic life is just begun

now, at 0131,i am still, accompanied with songs played
doing these things;

yes, i have presentation tomorrow, at 8, 
and yet to finish this.
hurm, the stress is more and more

need to study more,
analytical presentation!
yes, it should be,and it is mandatory!
if not, i'll die. haha

pray me for the best dear diary
muahh..
luv lots :)

Friday, February 4, 2011

ARNAB YANG BERBUDI BAHASA (?)

Bismillahirrahmanirrahim;


Orang cina dah raya ke-2, aku baru nak kecoh bagai dengan zodiak arnab dia. ala c0mell c0mel kan. sebab tu la tak dapat dinafikan yang aku turut terkesan dengan sifat comel tu kan. muahahaha, macam nak sekeh je kan!

Gigi arnab? tak ada. Gigi kapak ada la. haha.

okey, i was born on 15th March 1987, tahun Arnab la ikut Tahun Cina ni. Tengok tv semalam, and dengar antara komen pengacara yang mengatakan orang yang lahir tahun arnab ni bersifat lemah lembut. haha kebetulan mama dengar, mama cakap " ADA ORANG PERASAN LA TU" -____-"

Lepas tu, yang si adik pulak cakap, " PATUTLA MUKA MACAM ARNAB" ..LOL! memang kurang sopan. but, i am more kurang sopan, bila reply his by this " LAHIR TAHUN TIKUS, PATUTLAH MUKA MACAM TIKUS (sambil menggayakan muncung2 tikus) " haha. okey, itu gurauan adik beradik je sekadar hiburan :)

So, lets check it out what are the characteristics of persons born in this year ;

Tahun : 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011

1)
Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.
2)
Hati mudah tersentuh dan kaya kasih sayang. Anda gemarkan ketenangan dan kedamaian. Sifat diri yang tenang membuatkan anda jarang bertindakbalas pada cabaran dan musuh. Anda tidak gemar bersaing dan lebih rela mangaku kalah daripada hidup dalam tekanan.Anda gemar untuk berkomunikasi dengan masyarakat yang mempunyai sikap yang ceria atau suka berjenaka. Anda juga mampu bersikap romantis dan menarik minat orang lain untuk mendekati anda.

3) 
Percintaan : Bergantung harap dan hidup pada insan yang disayangi bukan cara yang bijak dalam hubungan kasih sayang. Sesekali anda harus bertegas dan membuktikan anda mampu berdikari agar orang disayangi lebih menghormati anda.
Anda baca, anda nilai sendiri diri anda ^_^
GAMBAR PARKINSON (SILA ABAIKAN) AKSI MENYOROKKAN GIGI KAPAK. -___-"


CONTENGANKAKI; 
Jangan percaya okey, ini sekadar suka suka untuk memeriahkan suasana :)
THANKS TO MISS GOOGLE :) sebab all those combined from from number of sources @ g00gle.