Friday, June 10, 2011

rejeki..

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Rejeki?

Apa tu? 

Korang kena baca  dengan nada jawa sikit. baru umpphhh! ha0 liao! ahah,kalau memang pure malay, sebutlah REZEKI. lagi manis didengar :p

Cakap pasal rezeki ni, mesti dalam hati & sanubari kita as a normal human being, ada rasa, terdetik kat hati, like:

"whooaaaa,kayanya beliau"
"hensemmmmnyeee pakwe dia. padahal dia takdela cantik sgttt p0n"
"bestnya dia dapat kerja gaji berjuta-juta-jutaaaa" (nada bob dlm JUTAWAN FAKIR) 

Penah tak? penah tak korang fikir camtu? Definitely yes kan peeps! :)

Aku sendiri pun penah and selaluuuuu sangat terdetik kat hati macam tu. Lepas tu mula tak puas hati sebab orang lain dapat hidup bersenang-lenang dengan gaji berjuta-juta-juta, lepas tu jalan dengan pakwe hensem kacak bergaya walaupun dia tak la cantik mana, lepas tu glemer macam siti nurhaliza sampai semua orang adore la kat dia, lepas tu  pusing-pusing KL naik helikopter je, takyah susah2 jem sana sini, lepas tu lepas lepas ni, semua dia ada. Cecite pe yang dia tak ada? 

Siapa taknak dilimpahi dengan semua nikmat hidup tu? Hidup senang lenang.
 
sekali petik, sepuluh beg PRADA datang. aku? sepuluh kali petik, beg kat pasar malam pun tak datang-datang.bengang tak bengang la kan. berlagak betul beg-beg tu dengan aku.. Lepas tu dia sekali petik, seratus offer kerja datang. Aku? Seratus kali petik, lampu umah aku yang terbakar. Ada kaitan? Memang takde la :p

Then, cuba tengok zaman sekarang ni, masuk rancangan realiti pun boleh jadi jutawan. takyah susah-susah belajar sampai degree nak jadi peguam. Kau nyanyi je, minum air asam jawa banyak-bayak dengan modal singgit sekali minum, lepas tu at the end.... TADAAAAAA...! hamik kau SEJUTA RUPIAH! eh, RINGGIT MALAYSIA. Sekaligus jadik jutawan. Paling koman pun la kan, siapa yang masuk rancangan realiti nyanyi-nyanyi sekarang ni, mesti dapat RM100k. 100k beb! rasanya kalau aku kerja jadik peguam setahun turun naik mahkamah pun  belum dapat 100K tu. Tapi, dorang, dengan hanya menyanyi menari, attend class for 3 months, dah boleh dapat that amount. fuhhhh. memang tak adil, kalau dicompare dengan graduate bidang professional yang bertungkus lumus belajar for more than 3 years.

Tu la yang kita katakan REZEKI. ye anak-anak sekalian, REZEKI.
 
Tapi, sedih with current phenomenon. Cuba tengok rancangan realiti yang berbentuk Islamic.The prizes for WINNER. How much? Ada sampai jumlah yang disebut sebelum ni tak? Tak tau apa word yang sesuai nak describe this situation. DISCRIMINATION? or what. I dont know. Persepsi masing-masing. I am sad bila sudah terang lagi bersuluh bila benda-benda yang boleh dikategorikan sebagai melalaikan dapat lebih perhatian penaja-penaja. Oh, maybe ada la tu behind the scene yang aku tak tau.Only you know :)  

Itu pun kita katakan REZEKI.

And me, myself, baru habis belajar, tapi belum grad. Waiting for the day of graduation this coming December. Dah sebulan tanam anggur yang memang tak ade hasil. Bosan? Memang bosan.  Tension? Yup, tension bila online je, tengok facebook, semua nak update pasal dapat kerja tu la, kerja ni la, kerja sana la, kerja sini la. AKU? Masih di sini menghabiskan beras di dapur and berusaha membersarkan badan. Lagi tension bila dapat tau gaji dorang gempak-gempak. Tertekan beb, seriously! Tapi....

Tu la kita katakan as "REZEKI".

ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing. Rezeki tetap ada. Cuma cepat dan lambat je. I believe. Cuma kita sendiri yang kena usaha lebih.
Ingat, ALLAH MAHA PEMURAH :) and ingat, ALLAH sentiasa menguji hamba-hambaNYA. ALLAH bagi kesenangan,and ALLAH akan uji kita dengan kesenangan tu. ALLAH bagi kita kesusahan, and ALLAH akan uji juga kita dengan kesusahan tu. Mungkin kita tak dapat ganjaran kat dunia, tapi INSYAALLAH, ada ganjaran di akhirat :)

Contengankaki:
REZEKI takkan datang bergolek :) 


THANKS FOR READING!

1 comment:

Syada said...

hahha!^_^
i'm here...gud sharing fafa jameelah...rezeki setiap orang tak sama dan berbeza2..ada sebab knp Allah tak bagi kita macam yang dia dapat...always remember that Allah knows what is the best for us...kita kena sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada disamping berusaha juga...the important is get the 'sakinah' & barokah in what u r doin...
~semoga setiap langkahmu diredhoi~
LO<3