Saturday, February 8, 2014

SCALING, POLISHING, TAMPAL GIGI


Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini dalam sejarah.
Lepas 10 tahun, akhirnya jejakkan kaki jugak kat klinik gigi. Huahuahua. TERPAKSA. eh

Alkisahnya gigi dah perlukan sangat-sangat khidmat doktor gigi. Dah tu, takkan nak degil lagi kan. Lompong habis gigi baru tawww.. Nak makan susah, nak senyum, nak gelak, pun susah. Jadinya, bertabahlah jumpa dentist -__-". Apa lagi ibu mengandung. Kurang kalsium, gigi pun mudah sangat mereput. Almaklumlah, baby dok sedut segala kalsium mommy. Acane? Mommy pasrah je lah bila gigi reput. Gigi depan pulak tu. hahahaha. Huduh taw dak!

Dah malas nak banyak cerita. Ni nak bagi isi-isi penting untuk panduan korang, kot-kot la lepas ni korang jadi berani nak jumpa dentist kan.

Ok yang saya pergi ni kat area Puchong. KLINIK PERGIGIAN NURUL kat Bandar Puteri Puchong. So, siapa yang duduk area Puchong, bolehlah serbu klinik ni.


Sebelum nak serbu, ni nak nasihatkan sikit, eloklah buat appointment dulu. Sebab apa, macam haritu  saya call pun, hari sabtu, PENUH, next isnin PENUH, next selasa PENUH. hoih. Tu sebab hari cuti umum kot. So terusssss jump ke next SABTU. Alhamduillah, ada kosong, 1230 pm. TERUS BOOKING! Pilih doktor perempuan. heh. Boleh pilih-pilih doktor pulak kau :p

So, hari ni la appointment. Takut tapi tak sabar nak bagi gigi ni cantik so that boleh senyum melebar lepas ni. hahahaha.

Dah register segala bagai, tunggu la dalam beberapa minit. Kebetulan tak la ramai sangat masa saya sampai tu. So, tunggu sekejap je. Masuk-masuk bilik SURGERY 1, kehadiran disambut penuh mesra oleh doktor. Doktor NURUL lah kot. Tak la pulak tengok namanya. Sebab nevous. hahaha.
Perkara pertama yang saya tanya doktor : " Doktor, saya pregnant, boleh kan?" HAHAHA. Oh yes, doc gelak kecil. Doc kata BOLEHHHHH . hehe. Eh, ofkos la kena tanya kan. Over risau. Kot la nanti gerudi2 tu mengganggu baby dalam perut. hahaha

So, ibu-ibu mengandung, jangan risau ye. Boleh je nak cuci gigi ke, nak cabut gigi ke. BOLEH. Jangan risau. Suka takkk? :D

Lepas tu mula la sesi check sana check sini cungkil sana cungkil sini. Oh, masa ni ok lagi. Tak ada lagi ngilu-ngilu sangat.

Bila start scaling.. HAAAAAA.. ngilu kaww! Habis kena korek semua. Idok le nampak dia korek-korek. Tapi boleh rasa. Heeeee..Tapi dalam hati dah mula selawat, mohon ketenangan.

Oh, seriously korang, letakkan pengharapan kia pada Allah, Allah akan bantu. Baca bismillah banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Its MAGIC. Sakit pun rasa macam ada tak ada :) dan akan rasa macam diawang-awangan je & nak tidur. huhu.
So please, bismillah, selawat NONSTOP! Ni tips ni . Semoga membantu.

Oh, tapi korang jangn risau tau! Doc ni sangat lemah lembut. Tak kasar langsung dia buat. Dan bermula saat itu, terus berazam nak rajin check gigi lepas ni. Wahhh sampai gitu sekali kan!

Range harga dia macam ni la. Total yang saya kena pun AGAK BOLEH TAHAN JUGAK. wuwuwuwuwu. Tapi ok lah. Padan muka siapa suruh 10 tahun tak check gigi. Kira cover la 10 tahun punya fees tu. hihihi.

IMAGE GOOGLE 

IMAGE GOOGLE

Akhir sekali, KLINIK PERGIGIAN NURUL ni HIGHLY RECOMMENDED!  :)

Sekian review pergi klinik gigi :D Dah boleh senyum lebar sekarang ni . heeeeeeeeeeeeeeee

5 comments:

SITI KHALIJAH IBRIHAIN said...

Brp awak kene. Sy pn igt nak bt scaling polishing and tampal.

SITI KHALIJAH IBRIHAIN said...

Brp awak kene. Sy pn igt nak bt scaling polishing and tampal.

mrsZF said...

Siti khalijah ; Rasanya haritu around RM300 plus gak kena sebab byk kena tampal. Huhu

Anonymous said...

hi sis..nk tanya kalau scalling tu harga rm70 tgk kt gambar awak bg..itu harga untuk sebatang gigi ke or seluruh gigi..terima kasih

Anonymous said...

hi sis..nk tanya kalau scalling tu harga rm70 tgk kt gambar awak bg..itu harga untuk sebatang gigi ke or seluruh gigi..terima kasih