Sunday, August 15, 2010

IBU, AYAH, ANAK

iANAK : Wahhh, baju kat JACKEL, starting from RM29.90 la ibu..JACKEL kan baju dia cantik cantik..

IBU :  Kawan kawan ibu kalau beli baju, semua beratus ratus. mahal2. diorang cakap, sebab dah penat kerja, mesti ada sumthing yang diorang beli berbaloi untuk apa yang diorang dah buat.

ANAK : Yeke.. tapi mmg pon kan, ceratin orang mcm tu, untuk satisfaction dorang sendiri. tak kesah mahal mcam mana pun.

IBU : Tu la, hantar jahit baju pon dekat RM100. Diorang kata : "Kemas jahitan ".  Tapi ibu tengok diorang pakai biasa je kadang kadang. Sama je macam ibu beli baju yang dah siap, lagi murah.
IBU lagi : Kalau ibu keluar jalan jalan ngan diorang, mesti diorang beli barang barang mahal mahal. Ibu mana reti. Ibu buat buat tengok je. Lepas tu ibu elak la, cari barang lain.

;
;
;
SI ANAK rasa sebak. Semakin menebal rasa untuk cari kerja yang bergaji besar, dan belikan barang barang apa je yang si IBU nak.
SI ANAK taw, bukannya si IBU tak mampu, tapi cara hidup yang sederhana telah menjadikan si IBU sedemikian.
SI ANAK semakin sedar, dia tak patut membebankan si IBU yang usia kian meningkat, namun masih gigih bekerja. Sungguh, SI ANAK tersentuh, kagum dengan semangat SI IBU dan SI AYAH...

** "Tapi ibu tengok diorang pakai biasa je kadang kadang. Sama je macam ibu beli baju yang dah siap, lagi murah" - sedar tak, ini cuma ayat untuk si IBU menyedapkan hati sendiri supaya tidak terikut ikut berbelanja besar. SI IBU, SI AYAH tak nak beli baju baju mahal mahal sebab nak menyimpan untuk anak anak.
SEDAR TAK?


SI ANAK pelik,kenapa masih ada anak anak derhaka???

SEDIH

Agaknya, kalau ibu ibu tahu anak yang dikandung selama sembilan bulan itu akan derhaka, mungkinkah akan dibunuhnya masa anak tu dalam kandungan? Dan kalaulah ayah ayah tahu si anak akan derhaka, mungkinkah akan dibuang anak itu sebaik sahaja dilahirkan?
----------------------------------

KASIHNYA IBU BAWA KE SYURGA
KASIHNYA AYAH SEPANJANG HAYAT


No comments: