Sunday, September 18, 2011

Biarlah 'mereka' berbicara

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Siapa yang nak berbicara?
 eheh, gambar-gambar raya bersama kesayangan2 ni laaa.. :)
checkitout guys!

ADA PERTAMBAHAN LAGI SORANG AHLI KELUARGA  RAYA KALI NI :) oh and tema kali ni warna PUTIH ^_^ comel tak ? eheh

cikfafa and the HEROES OF THE HOUSE :) oh,missing one hero there, my eldest brother..eheh
AIRA'S ATOK & NENEK.eheh. Da jadi grandparent da ayah ngan mamaku :p
Rombongan cik kiah, eh cik fafa berhari raya :p



duhhh.. buruk bebeno muke -___-" .. owh, that's my prertty sis in law and my eldest brother :)
This is the POYO girl in the house! Anyway, ada org cakap gambar ni boleh buat poskad. walaweyhh.. boleh? muahaha
LOVES;

SPM KENA LULUS BAHASA INGGERIS LA PULAK

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Saat berganti Minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, dan terus berganti-ganti.
Oh, mungkin konsep berganti2 ini yang cuba diterapkan dalam sistem pendidikan kita. Sentiasa berganti-ganti, sentiasa berubah-ubah.
Kadang-kadang kita memang perlukan perubahan dalam kehidupan supaya hidup bertambah baik dan terus maju ke depan. Tapi, biarlah perubahan tu berkadaran dan rasional. Bukan perubahan membuta tuli!

Dah lama berniat nak menconteng isu ni, tapi asyik tertangguh sebab kekangan masa. eheh,kekangan la sangat. malas je sebenarnya. :p
Tak berapa nak ingat hari apa hari tu, tengok berita TV3, dia punya intro : "BAHASA INGGERIS BAKAL JADI SUBJEK WAJIB LULUS SPM". Dgr je intro dia, memang tak berganjak dari TV sebab taknak terlepas tengok. heee...~
Ok, speech yang tak berapa nak speech sangat given by Timbalan Perdana Menteri.. YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Beliau cakap, macam dalam tajuk tu la, BAHASA INGGERIS BAKAL JADI SUBJEK LULUS SPM. haaaaaaa..amek kau! Tapi...! tapi ye kawan kawan, beliau berkata lagi, itu hanya akan dilaksanakan sekiranya bekalan gur bahasa ingegris mencukupi... oh, macam tu pulak.  agak-agaknya, ada tak usaha untuk mencukupkan jugak bekalan guru bahasa inggeris? kot kot la import cekgu bahasa inggeris dari LONDON ke.? ye dakk? huhu

Bukan nak mempertikaikan sangat usaha yang bakal dijalankan oleh government ni, tapi hakikatnya memang nak pertikaikan pon.heeee. 
Ada beberapa point penting yang kita boleh renung sejenak:

1) Bahasa Jiwa Bangsa ; Mana semangat patriotik yang diwar-warkan sangat yang sepatutnya kita tinggikan martabat bahasa melayu, bukan martabat bahasa penjajah. Bila kita cuba jadikan bahasa Ingggeris sebagai subjek wajib lulus SPM sama macam bahasa melayu, sedar tak yang kita sedang cuba menyamatarafkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris? Tak sedar? ha, cuba sedarkan diri sekarang!   Oh lagi satu, amatlah tidak bersesuaian bila tambah tambah lagi, pengumuman tersebut dibuat masa kita masih dalam mood kemerdekaan. Sebab terasa macam  apa yang dicakap mengenai sayangi negara, cintakan bahasa tak selari dengan perbuatan.. -____-". Not a good example tau..!

2) Negara Matarahari Terbit boleh maju hanya dengan bahasa ibunda mereka ; JEPUN! cuba anda tengok negara JEPUN. rasanya fakta ni semua dah sedia maklum. Kita pergi negara diorang, kita kena cakap bahasa diorang. dorang datang negara kita,  diorang tak cakap pun bahasa kita. btol? Tapi, tengok sendiri macam mana majunya teknologi diroang hanyta dengan berbekalkan bahasa ibunda mereka tanpa perlunya memartabatkan bahasa orang lain.

3) Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhakan;  Apa cerita dengan yang ni? Cuba anda fikir, kalau dulu, sibuk dengan usaha mengapplikasikan Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris, sampai hantar guru2 untuk attend special course. Now, nak mansuh pulak. Lagi sekali berganti-ganti silibus,and as I posted on my facebook's wall, " Malaysia akan tersenarai dalam top 5 negara paling banyak orang gila" ! Jangan terkejut sebab itu semua tak mustahil kalau sistem education asyik berubah. Ok la, kalaulah Math & Science in English tu tak dimansuhkan, rasanya, mungkin ada juga relevan nya untuk jadikan Bahasa Inggeris tu sebagai subjek wajib lulus SPM ( walaupun tak berapa nak relevan), sebab adik2 kita ni dah dipolish dengan penggunaan bahasa inggeris yang agak meluas, berbanding zaman-zaman kita dulu.kot. Tapii, bila nak dimansuhkan, dah tak ada relevannya di situ sebab dah tak selari intentionnya. Dua tindakan yang super super contra.  Renung-renungkan :)

4) Bahasa Inggeris Bahasa International? : Oh ye, ini memang tak dinafikan. Sampaikan aku dulu pun bahasa utama belajar memang guna Bahasa Inggeris (walaupun duduk kat Malaysia, yang dulunya dikenali sebagai TANAH MELAYU ) . Tapi kenapa perlu dijadikan subjek wajib lulus SPM? Bukan semua orang nak pergi luar negara, bukan semua pelajar2 akan dihantar belajar ke luar negara, bukan semua pelajar akan bekerja di luar negara. Yang lulus cemerlang pun bukan semua dapat pergi sambung belajar kat luar negara, apetah lagi yang lulus sipi sipi je..kan?

5) Apa nasib pelajar yang tak lulus Bahasa Inggeris? : Renungkan lagi.. Hanya kerana subjek bahasa asing ni, mungkin ramai anak-anak bumi tanah melayu ni yang kena repeat SPM. Kalau dulu,gagal SPM sebab tak lulus Bahasa Melayu,  memang patut pun! sebab itu bahasa tanah air kita. Tapi bila gagal SPM sebab tak lulus bahasa asing, sedangkan Bahasa Melayu dah lulus,what should i say? hurmmm.. macam-macam dunia. Janganlah bebankan lagi adik-adik saya, Diroang tengah semangat belajar,jangan diberi banyak sangat tanggungan. Mereka manusia biasa. Bukanlah nak megendahkan. atau tak kisah kalau diroang gagal Bahasa Inggeris, tapi bagi mereka peluang. Gagal dalam SPM belum tentu lagi diorang akan gagal jugak di peringkat yang lebih tinggi. Lulus cemerlang Bahasa Inggeris masa SPM pun belum tentu lagi akan terus pandai menguasai bahasa tu. Ingat, kita manusia biasa, beri peluang kepada diorang. Jangan jatuhkan semangat diorang.


Setiap tindakan anda pros dan kontras. Ini semua hanya my 2 cents. Tak minta anda bersetuju dengan pendapat ini.sekadar contengan merapu sebagai luahan hati dan perasaan yang sedih dengan pendekatan2 yang kadang-kadang kurang rasional.

Thanks for reading!

LOVES,


Monday, September 5, 2011

kerja bermalasan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Ok, just a quick update for today.
Belum ada m ood nak post pasal raya sebab kalau post pasal raya wajiblah ada gambar raya, bila ada gambar raya, mestilah ada dalam pendrive,
tapi sekarang ni kat opis, malas nak berpendrive..boleh? haha

Hari ni kompem ramai dah stat kerja kan?
Aku pahammm sangat macam mana mood korang..
Hari ni, aku rasa macam nak tido je kat ofis.. tengok fail..apeee pon tak bolehh..
dengar bos bagi arahan, kepala mengangguk, tapi hati kat rumah, fikiran kat tilam bantal..muahahaha..
nasib baek boleh angguk lagi kann..kalau  tak angguk langsung, esok memang boleh tido 24jam la kat umah sampai berbualan lamanya..
paham tak apa yang aku cakap ni?tak paham? aku pon tak paham..miahahaha..

ampunkan aku, sebab sekarang dah time balik umah tapi aku sibuk bertapa kat ofis..
cis, kenapa tah rajin pulak
aku patut angkat punggung dah sekarang ni masuk dalam kereta dan vroooommmm memecut ke rumah...

sekian, contengan merapu meraban di petang hari
kalau bosan, jom kita conteng dinding pulak..

konklusinya, nak cakap, hari ni kerja sangat tak bermutu -____-"


Thanks for reading!


Loves,


Friday, September 2, 2011

sakuraaida porno~~~

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum

Taknak wish raya lagi sebab post pemanas badan ni bukan untuk tujukan ucapan ari raya ataup0n nak jemput datang rumah,tapi post pemanas badan lepas dekat sebulan tak menconteng cuma nak memanaskan periuk di dapur..boleh? merapu malam-malam ni memang sengaja mengundang penyepak kan?..-____-"

okey okey, taknak merapu meraban dah, mata da stim, otak da tingtong..j0m kita rungkaikan isu porno "sakuraaida"..

Sekarang ni aku nak buat satu ujian,kalau korang dapat,korang memang tak syak lagi terer tahap cipan la..haha..ok,ikut step2 berikut:
1) Pergi ke Search Engine GOOGLE, bukan enjin kereta ye!
2) Sila  taip : SAKURAAIDA
3) Apa lagi..tak retireti nak klik search?eheh.

Haaaaa..siapa dapat result yang ada kaitan dengan word-word mengancam macam ni:-

"porn,sex,sexy..." and semua la yang ada bau-bau bacang dengan those mengancam words?

Tak syak lagi korang memang bijak tahap cipan! Dapat kannnn??

So,apa kaitan si sakuraaida ngan aku pulak kan?pornoporno plak tuh, tiba-tiba melucah2 pulak tengah tengah malam dengan porno ni kan.hahaha. SAKURAAIDA bukan sedara mara aku mahupun kawan aku..tapi SAKURAAIDA adalah AKU. ye,AKU! Tapiiiiiii...dia bukan aku, dan aku tak kenal pun siapa dia.Kalau korang rajin, cubala tengok website2 tuh. Lepas tu share ngan aku sebab aku taktengok lagi. Tengok tajuk pon da seram..hahhaha

eh,merapu lagi eh? eheh,sikit je merapu  =p

anyway,dipendekkan cerita...blog ni dulu penah guna url http://sakuraaida.blogspot.com. Kenapa aku guna SAKURAAIDA? haishhhh..itu la dia, penipu,penjahat punya translator. Alkisahnya,korang mesti tau ada website yang kita boleh letak nama melayu kita,lepas tu dia kua la nama JEPUN kita..Haaaaa,tu la yang aku gedik2 test dulu. Lepas tu, nama jepun aku yang dia bagi : SAKURAAIDA! macam ayuuuuuu gituuuuuu kannnn.. Bila buat blog, aku pon letak la url http://sakuraaida.blogspot.com. memang macam comel kannnn..haha

Tapi, memang malang tidak berbau lahhhhh...
Kenapa wujud SAKURAAIDA yang sebenar!pulak tu PORNO! Damn Damn Dum bunyik mercun betol!sumpah taktau wujudnya nama si porno SAKURAAIDA tuh..!
mencik tau!mencik!

Jadiiiiiiiii..lantaran peristiwa tersebut, blog ini secara rasminya hari ini telah bertukar url selaras dengan nama blog which is: http://contengcontengfafa.blogspot.com. Semoga dengan pertukaran url ni,akan mencambahkan lagi kerajinan untuk menconteng. haha. takde kaitan...-___-"

Thank for reading!

L0VES,