Wednesday, April 10, 2013

KECOH ISU PELAJAR 'MAIN BELASAH-BELASAH"


Bismiilahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum

Dah kecoh, dah tersebar luas video pelajar belasah ketua kelasnya.
Saya baru tengok tadi.
Ouch, berderau juga darah ni haaa bila tengok. 
Mula-mula yang terdetik kat hati : ALAHAI ADIK-ADIK, KENAPA SAMPAI MACAM TU SEKALI?

Saya cuba letakkan diri saya kat tempat kedua-dua keluarga : MANGSA DAN PEMANGSA.

Kesimpulannya, kat dua-dua tempat, saya SEDIH.

  • Pertama dah tentu la sebagai keluarga MANGSA, saya sedih ahli keluarga saya dibuat 'main belasah-belasah'
  • Kedua sebagai keluarga PEMANGSA, saya sedih kenapa pendek akal fikiran dia, tak takut ke kalau masuk penjara, tak cukup sempurna ke didikan yang diberi untuk hormat orang lain?


ITU YANG SAYA RASA. ANDA?

Saya tak nak dah share video tu. Saya tak mampu nak tengok. Mau meleleh keluar air mata.

Tapi saya baca komen-komen 'FACEBOOKER'  yang melambak dekat video-video yang dishare tu.

Oh, pun menyedihkan.

Gaya bahasa, tutur kata sangat tak mencerminkan nilai-nilai murni.
Anda marah dengan tindakan pelajar tu, tapi respon anda sangat menjengkelkan!
Keluar macam-macam kata-kata kesat. Itu contoh yang baik?
Kalau macam tu la, jangan salahkan pelajar tu, salahkan dulu keadaan sekeliling dia yang sangat-sangat membantu dan menggalakkan wujudnya aktiviti 'MAIN BELASAH-BELASAH'

Tak faham?
Pergilah baca komen-komen yang ada satu persatu.
Komen yang baik dan membina tu memang ada, ALHAMDULILLAH.

Contoh macam officemate saya, baru bergelar ibu, dia lebih risau macam mana nak besarkan anak dia nanti, risau dengan pengaruh sekeliling, instead of mencaci maki orang yang kita sendiri tak tahu kehidupannya macam mana.

Saya mohon, hindarkanlah komen dengan kata-kata yang mencaci maki menyumpah seranah budak tu.
Lebih baik doakan yang baik-baik untuk dia. 
INGAT! Kata-kata tu satu doa. 

Kalau tak, anda sama je macam dia. Peace!

p/s: Ini pendapat saya. Anda ada pendapat anda?

p/s/s : A PERSON IS INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY


LOVES;
 

1 comment:

El Hardy said...

budak2 skrg.makin lama makin teruk..persekitaran,tv, internet byk bg pengaruh...institusi masyrakat makin berterabur..x tau sapa la yg nk betulkn tu...

tengok video tu,teringat time sy masih sek dulu..hehe...sy dulu x jahat,ganas sikit jer dr tu.tp jgn silap,ganas2 sy dulu dlm hati ada taman....hehehehe :)

salam kenal