Monday, April 7, 2014

29 WEEKS

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk 29 weeks minggu ni :) Sekejap je masa berlalu kan.
Baby pun Alhamdulillah, active. Rajin teman mommy.

Barang2 dah start beli sikit2. Sediakan beg baby & mommy dulu untuk pergi hospital. Kena standby dalam kereta. Setakat ni beg baby je yang nak penuh. Beg mommy non hado! hahaha almaklumlah, lebih excited tengok barang baby :D

Oh, nak beli barang baby ni pun banyak kerja-kerja survey menyervey :p

Mula-mula pergi AEON
Lepas tu pergi Baby Outlet Warehouse
Lepas tu pergi GIANT
Lepas tu pergi BABYMALL
Lepas tu pergi ANAKKU
Lepas tu pergi TESCO

Hah, tu activity start dari 2 minggu lepas :D
Belum kira survey online lagi. Memang naik juling bijik mata dok scroll sana sini. TAPI puas bila akhirnya kita sedar kita boleh dapat yang murah among all. Sikit sini sikit sana. Pandai-pandai la. hehe. Tu kalau rajin la. Kalau malas, pergi je 1 tempat tu, hah, shopping semua sekali. Nasib la mahal ke murah ye dak? heee

Lepas ni saya share review saya tempat2 yang saya survey. Mana la tahu kot membantu korang kan :D

Minggu ni rasa nak shopping lagi. Nak lengkapkan semualah. Nak jalan dah termengah2. So, nanti perut makin membesar, kita tunggu masa je. Takyah nak jalan2 mengah2 lagi dah. hehehehe.

Semoga dipermudahkan :)



No comments: