Monday, April 7, 2014

29 WEEKS

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk 29 weeks minggu ni :) Sekejap je masa berlalu kan.
Baby pun Alhamdulillah, active. Rajin teman mommy.

Barang2 dah start beli sikit2. Sediakan beg baby & mommy dulu untuk pergi hospital. Kena standby dalam kereta. Setakat ni beg baby je yang nak penuh. Beg mommy non hado! hahaha almaklumlah, lebih excited tengok barang baby :D

Oh, nak beli barang baby ni pun banyak kerja-kerja survey menyervey :p

Mula-mula pergi AEON
Lepas tu pergi Baby Outlet Warehouse
Lepas tu pergi GIANT
Lepas tu pergi BABYMALL
Lepas tu pergi ANAKKU
Lepas tu pergi TESCO

Hah, tu activity start dari 2 minggu lepas :D
Belum kira survey online lagi. Memang naik juling bijik mata dok scroll sana sini. TAPI puas bila akhirnya kita sedar kita boleh dapat yang murah among all. Sikit sini sikit sana. Pandai-pandai la. hehe. Tu kalau rajin la. Kalau malas, pergi je 1 tempat tu, hah, shopping semua sekali. Nasib la mahal ke murah ye dak? heee

Lepas ni saya share review saya tempat2 yang saya survey. Mana la tahu kot membantu korang kan :D

Minggu ni rasa nak shopping lagi. Nak lengkapkan semualah. Nak jalan dah termengah2. So, nanti perut makin membesar, kita tunggu masa je. Takyah nak jalan2 mengah2 lagi dah. hehehehe.

Semoga dipermudahkan :)



Tuesday, February 11, 2014

CERITA KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

Bismillahirahmanirrahim,

Dah sehari pun berlalu untuk 2nd Checkup dekat KKIA. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Takda angin takda ribut terus2nd Checkup ye dak? Mana 1st Checkup nya? hahahaha tu nanti kita up next entry la sebab panjang nak cerita. ecececece.

Kali ni pun bukan nak cerita sangat pasal 2nd Checkup.
Ni nak cerita pasal SIKAP pelawat masa pergi 2nd Checkup semalam.... haihhhhh

Ok rasanya korang semua sedia maklum KKIA ni MEMANG AKAN SELALU PENUH. SESAK.
Jadi, tempat duduk adalah terhad. Betul tak???

Haaaa, ni nak habaq ni. Apa yang buat panas hati sangat ni. Fahamkan situasi ni ye

TEMPAT DUDUK PENUH.

RAMAI IBU MENGANDUNG BERDIRI

RAMAI IBU DUKUNG ANAK BERDIRI

RAMAI BAPA DUKUNG ANAK BERDIRI

SEORANG LELAKI  MUDA KACAK BERGAYA elok sangat lah duduk sebelah isteri dari awal saya datang, sampailah dah nak balik. Tak berganjak dari kerusi SEDANGKAN IBU-IBU NI SAMPAI LENGUH2 KAKI KENA BERDIRI SAMPAI NOMBOR DIPANGGIL

Apa perasaan anda?

Relax je? Oh sangat bagus.
Bukan apa, ni masalah ATTITUDE . Mana sikap timbangrasa ?
Bayangkan kalau jadi dekat diri sendiri, panas hati takk? hihihihihihihihihi

Saturday, February 8, 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE : SUMBER MINYAK IKAN TERBAIK!


             


Antara manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee:

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout



Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak






Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus





> SYARFA ID 888589 <
PM/SMS/WHATSAPP : 0176108997


SCALING, POLISHING, TAMPAL GIGI


Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini dalam sejarah.
Lepas 10 tahun, akhirnya jejakkan kaki jugak kat klinik gigi. Huahuahua. TERPAKSA. eh

Alkisahnya gigi dah perlukan sangat-sangat khidmat doktor gigi. Dah tu, takkan nak degil lagi kan. Lompong habis gigi baru tawww.. Nak makan susah, nak senyum, nak gelak, pun susah. Jadinya, bertabahlah jumpa dentist -__-". Apa lagi ibu mengandung. Kurang kalsium, gigi pun mudah sangat mereput. Almaklumlah, baby dok sedut segala kalsium mommy. Acane? Mommy pasrah je lah bila gigi reput. Gigi depan pulak tu. hahahaha. Huduh taw dak!

Dah malas nak banyak cerita. Ni nak bagi isi-isi penting untuk panduan korang, kot-kot la lepas ni korang jadi berani nak jumpa dentist kan.

Ok yang saya pergi ni kat area Puchong. KLINIK PERGIGIAN NURUL kat Bandar Puteri Puchong. So, siapa yang duduk area Puchong, bolehlah serbu klinik ni.


Sebelum nak serbu, ni nak nasihatkan sikit, eloklah buat appointment dulu. Sebab apa, macam haritu  saya call pun, hari sabtu, PENUH, next isnin PENUH, next selasa PENUH. hoih. Tu sebab hari cuti umum kot. So terusssss jump ke next SABTU. Alhamduillah, ada kosong, 1230 pm. TERUS BOOKING! Pilih doktor perempuan. heh. Boleh pilih-pilih doktor pulak kau :p

So, hari ni la appointment. Takut tapi tak sabar nak bagi gigi ni cantik so that boleh senyum melebar lepas ni. hahahaha.

Dah register segala bagai, tunggu la dalam beberapa minit. Kebetulan tak la ramai sangat masa saya sampai tu. So, tunggu sekejap je. Masuk-masuk bilik SURGERY 1, kehadiran disambut penuh mesra oleh doktor. Doktor NURUL lah kot. Tak la pulak tengok namanya. Sebab nevous. hahaha.
Perkara pertama yang saya tanya doktor : " Doktor, saya pregnant, boleh kan?" HAHAHA. Oh yes, doc gelak kecil. Doc kata BOLEHHHHH . hehe. Eh, ofkos la kena tanya kan. Over risau. Kot la nanti gerudi2 tu mengganggu baby dalam perut. hahaha

So, ibu-ibu mengandung, jangan risau ye. Boleh je nak cuci gigi ke, nak cabut gigi ke. BOLEH. Jangan risau. Suka takkk? :D

Lepas tu mula la sesi check sana check sini cungkil sana cungkil sini. Oh, masa ni ok lagi. Tak ada lagi ngilu-ngilu sangat.

Bila start scaling.. HAAAAAA.. ngilu kaww! Habis kena korek semua. Idok le nampak dia korek-korek. Tapi boleh rasa. Heeeee..Tapi dalam hati dah mula selawat, mohon ketenangan.

Oh, seriously korang, letakkan pengharapan kia pada Allah, Allah akan bantu. Baca bismillah banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Its MAGIC. Sakit pun rasa macam ada tak ada :) dan akan rasa macam diawang-awangan je & nak tidur. huhu.
So please, bismillah, selawat NONSTOP! Ni tips ni . Semoga membantu.

Oh, tapi korang jangn risau tau! Doc ni sangat lemah lembut. Tak kasar langsung dia buat. Dan bermula saat itu, terus berazam nak rajin check gigi lepas ni. Wahhh sampai gitu sekali kan!

Range harga dia macam ni la. Total yang saya kena pun AGAK BOLEH TAHAN JUGAK. wuwuwuwuwu. Tapi ok lah. Padan muka siapa suruh 10 tahun tak check gigi. Kira cover la 10 tahun punya fees tu. hihihi.

IMAGE GOOGLE 

IMAGE GOOGLE

Akhir sekali, KLINIK PERGIGIAN NURUL ni HIGHLY RECOMMENDED!  :)

Sekian review pergi klinik gigi :D Dah boleh senyum lebar sekarang ni . heeeeeeeeeeeeeeee

Wednesday, January 15, 2014

PRODUCT REVIEW - ALFALFA COMPLEX

Bismillahirrahmanirrahim

Hari hari review sedunia. Eh tak, hari review untuk diri sendiri je. 
Sebagai pengguna tegar Shaklee & sebagai Pengedar Shaklee, wajiblah saya share apa kelebihan produk-produk Shaklee ni berdasarkan pengalaman sendiri. ye dak? Barulah customer yakin. Cewah cewah.

Ok hari ni nak review tentang ALFALFA COMPLEX.

Saya start makan Alfalfa ni awal tahun 2013. Masa tu jadi ahli terus. Almaklumlah, nak beli murah. kehkehkeh. Hidup kena bijak dek oi. Jadi ahli dulu, baru beli. Gituuu. Demi pelaburan di masa hadapan. 

Alfalfa ni ada 2 botol --> KECIK (330 Biji), BESAR (700 Biji).
Haaaa amacam banayk gila kan? Tahan setahun niiii. Ni kalau saya yang guna la. Jimat-jimatan la katakan. hekhek.

Oh, sebenarnya saya beli dan guna ni tujuan asalnya nak atasai MASALAH RESDUNG. Memang makin lama makin teruk dah. Sejak dari zaman kat universiti lagi. 

Bangun pagi je mak aiiii hachoom hachoom sesuka hati sampai meleleh hingus.
Jerawat pula toksah cakap la kan. Memang dah jadi kesan degil dah kat muka ni. LIAT. Pantang hilang, dia muncul. 
Makan seafood memang berjuangla melawan kegatalan lepas tu. 
Lepas tu kerap sangat kawasan kepala gatal-gatal miang-miang. Seksa!

Dah cuba macam-macam. Makan jamu orang kampung, perasap muka, sabun resdung, makan Evening Primrose Oil, makan jamu sana jamu sini, ubat resdung sana ubat resdung sini. Sesetengah tu adalah kesannya. Tapi sekejap je. Bila tak makan, automatic resdung datang lagi. Macam tora datang lagi tu. eh.
Hurm, iols malu la jerawat banyak-banyak sangat ni, Tak selesa. Tak confident. Iols mesti buat sesuatu ! TEKAD.

Maka ditakdirkan officemate dah jadi member shaklee, minta advice sikit, minta nak jadi ahli & beli ALFALFA. Sebab apa? Sebab murah. hihihihi. Paling penting selamat. Teruja gila bila dapat. Malam tu terus telan sebiji alfalfa. Selawat sikit semoga disembuhakn penyakit, InsyaAllah. Dan menakjubkan sangat-sangat. Setelah sekian lama tak rasa nikmat bangun pagi tanpa bersin melampau, pagi tu adalah pagi yang sangat menerujakan. Haaa amik kau. Menerujakan terus. Kau hado? haha
Tu baru makan sebiji je taw.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Terus amalkan amik Alfalfa sebiji je sehari sebab saya kedekut. Nak jimat, hahahaha.
Lepas-lepas tu, tak risau dah makan seafood pun. Makan la sepuas hati sambai kembung. Tak ada gatal-gatal dah macam selalu.

Eh, nak bagitahu lagi ni.
BONUS selain daripada resdung dah ok, masalah senggugut yang setelah sekian lama menghantui hidup akhirnya LESAP! YA ALLAH, SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!
Lagi satu BONUS! ---> Masalah keputihan pun berkurangan dengan jayanya. Sobs. Mengalir airmata kegembiraan. Terharu. Terima kasih Allah.
Dengan hanya belanja RM53 untuk sebotol Alfalfa tu, banyak masalah kesihatan saya pulih satu persatu. Dengan izin Allah jua.
Kembali pada konsep : USAHA, DOA, TAWAKAL


Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa yang lain untuk lelaki dan wanita :-

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster

p/s : Siapa ada masalah macam saya ni, saya syorkan sangat-sangat amik ALFALFA ni.

SMS/WhatsApp : 0176108997 
Email : syarfa97@gmail.com 
Atau boleh PM di Fanpage FB 

Friday, January 10, 2014

TRUST






TRUST .
Kepercayaan.
Kalau dalam perkahwinan tak ada unsur ni, maka BERPERANGLAH.

TRUST.
Once broken, consider sold.









Bulan Keempat (2- Demam)

Bismillahirrahmanirrahim

Siang semalam, mommy rasa sihat sangat. Balik kerja pun, rasa nak masak sambal goreng jawa. Mengidam katanya. Alhamdulillah, lepas solat maghrib, mommy start masak. Daddy pun tolong :) . Lambat la sikit baby dengan daddy dapat makan. Mommy minta maaf ye.

Lepas makan, tengok tv dengan daddy. PENCETUS UMMAH AKHIR. Macam biasa mommy suka baring-baring sebab badan dah sakit-sakit, lenguh. Tapi mommy ngantuk. Mommy dah rasa sakit kepala, sakit tekak. Belum campur sakit satu badan ni. Ya Allah, sakit tak terkata. Tapi mommy tahu, mommy sakit badan sebab pembawakan baby. Orang kata la. Mommy telan Ostematrix + Vitamin C. Sekurang-kurangnya, kalau nak demam, tak jadilah demam bila ambil vitamin. c. Ambil Ostematrix untuk bekalan kalsium sebab mommy jarang minum susu. :') 

Malam makin menginjak, badan mommy rasa makin lemah. Mommy masuk bilik, nak baring dekat katil bagi selesa sikit badan. Dalam cuba nak lelap, kepala pun dah sakit, badan dah panas, mommy lupa mommy belum solat isyak lagi. Allahu. Seksanya nak bangun dari katil. Dah alang-alang, mommy ambil tuala kecil untuk letak kat kepala masa tidur nanti. Semoga pagi esoknya panas badan berkurangan. Mommy tidur tapi dalam tak sedar rupanya mommy tengah lukakan hati orang. Hmmm. Sungguh, bukan mommy sengaja. Kalaulah dapat ditransfer rasa sakit tu, nah. Ambil dan rasa lah. dan ketahuilah bukannya sakit itu dibuat-buat.

Bangun pagi, rasa kurang sikit panas. Tapi kepala terasa lagi berat. Hmm..Mommy bagi salam kat anak mommy. Mommy harap anak mommy sihat kat dalam tu. 

Sampai ofis, mommy rasa mommy takde pilihan. Mommy ingat mommy kuat nak tahan demam ni. Mommy jamah sikit biskut, mommy makan ubat demam yang doktor bagi (selamat untuk ibu mengandung, insyaAllah).Mommy makan ubat sakit tekak sekali. Mommy tak nak kalau mommy demam ni effect dengan baby, effect dekat daddy sekali. 

Mommy harap balik je kerja ni mommy dah sihat. 
Baby doakan mommy ye sayang. :')

Thursday, January 9, 2014

BULAN KEEMPAT (1)

Bismillahirrahmanirrahim

8.1.2014, pukul 11.30 pm.
Dah nak tidur. Tunggu lelap je mata ni.
Tiba-tiba baby bergerak.
Amboi, tu nak bagitau mommy baby dah nak tidur ke atau baby tak nak tidur lagi nak suruh mommy temankan? Atau baby lapar? Almaklumlah, semalam mommy dinner sikit sangat.

Haha.

Ok tu je.

Semoga baby membesar dengan sihat ye sayang :')