Assalamualaikum,
tengah mood demam, sayu teringat kat mama
ohhhhh..seriously, i miss her so much n i miss my ayah n my adek2 yang nakal
time2 demam macam ni, memang rasa nak nangis je selalu
dari dulu lagi, kalau duduk kat rumah, asal demam je terlepek macam tak bermaya langsung
nakk tidooooo je keje.
lepas tu mama mesti datang bilik, tanya " demam ke?"
sambil tanya, tangan mesti letakk kat dahi..
and.....
time tu jugakla airmata ni mesti nak menitis
cehhhh. mengada?
bukan mengada, tapi memang secara automatic kerana sentuhan seorang ibu..
dan mesti lepas tu terus carikan panadol nak suruh anak dia ni makan, supaya cepat sembuh
kalau ajak pergi klinik, hurmmmm.jangan harap la nak pergi
aku memang tak berapa suka nak pergi klinik, jangan tanya kenapa.huhu
masa kecik kecik dulu, memang seronokla bila mama sapu air asam jawa kat kepala
sejukkk je. takpun letak air lidah buaya. :)
lagi satu, minum air badak, tapi aku tak suka.tak tau kenapa.heh.pelik kan.
pastu ayah pulak, memainkan peranan untukk memicit kepala yang confirm berdenyut2 tatkala demam
memang ayah the best tukang urut ever. kaw kaw punya. heh.
tapi,
kat sini, ketika ini, aku sorang sorang
tak ada yang boleh picitkan kepala
tak ada yang boleh hulurkan panadol, apatah lagi yang nak letak air asam jawa kat kepala
YA ALLAH, SEMBUHKANLAH AKU